Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Lepat Pisang Tanduk
November 10, 2017November 10, 2017

Pat pat suku lipat. Nahh …. Resipi Lepat Pisang Tanduk yang sedap lagi mudah gituu….

Pisang ohh pisang

Isi Kandungan hide
1 Pisang ohh pisang
1.1 Curi Masa
2 Resipi Lepat Pisang Tanduk Sedap Mudah
3 Resipi Lepat Pisang Tanduk Sedap Mudah
4 Related posts:
5 Makan BEST kat Sg Buloh | Nasi Kambing Abam Botak... Rare laaa
6 Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah
7 Sagu Bronok Kukus Ala Johor
8 Memang terpaksa mengadap gajet. Cara tips jaga mata terutama kanak-kanak

Kat rumah Nina pantang nampak pisang. Sekejapan licin! Suka betul anak-anak ngan pisang. kannn best kalau ada kebun pisang. Hari-hari boleh masak berasaskan pisang. Paling Hot viral kat blog Nina ni carian Resipi Kek Pisang Viral paling senang sukatan cawan . Anak-anak Nina pun suka! Kalau buat sekejapan habis. Sekali hadap jer… Aduduuu… anak sapa lah tu! Haha

Kali ni Nina ada pisang tanduk. Godek-godek punya godek,  akhirnya kata sepakat Nina buat lepat.  lantak laa orang kata pisang ni tak berapa sedap bikin lepat ke. Kita yang bikin, kita yang nak makan kann…. Bukan suh depa buatkan pun… Belasah jer. Halal

Sebelum ni pun Nina buat Lepat Pisang Tanduk. So Nina follow jer resipi yang sama. Malas dah try an error. Masa selalu cemburu ngan Nina. Tak tau laaa nape, surirumah pun rushing. Kesuntukan masa memanjang!

Curi Masa

Nak update blog share resipi ngan korang ni pun, gigih gak laaa Nina curi tulang Eh! masa. Kena  peruntukan masa tido Nina tuk korang. Selalunya midnight semua dah tido baru Nina ngadap blog. Kesian kann…?? Tak yah kesian sangat sebab bila dah minat, tak tido seharian pun sanggup. Lagi pun setakat  tak cukup tido,  lumrah  asam garam kehidupan seharian Nina 🙂

Bagi Nina, dok tido aje boleh bikin beku otak, beku tekanan darah , pastu rasa lemau lemah longlai seluruh badan. Baik aktif sibuk buat keje. Baru rasa bertenaga! Caiyok caiyok…

Jom nengok resipi Lepat Pisang. Kot kot esok lusa pisang  ada banyak stok pisang kat rumah tuu boleh lah bikin lepat. Nina kongsikan resipi pakai sukatan cawan. Senang tuk korang . Manalah tau, kot kot korang nak ada stok pisang lain ke, boleh gak bikin lepat guna resipi ni…. Bagus kan Nina? Aceceehhh… angkat bakul 

Resipi Lepat Pisang Tanduk Sedap Mudah

Resipi Lepat Pisang Tanduk Sedap Mudah

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya- di bersihkan dulu kemudian di layurkan
2 biji pisang tanduk- dilenyekkan (kira-kira dapat dalam 4 cawan pisang dah lecek) Kalau korang nak gantikan dengan pisang lain pun boleh jer… Idok ler wajib pakai pisang tanduk. Sila bijak ok. hehe
1/2 cawan gula pasir
10 sudu besar gula merah
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
1/2 cawan susu cair
1/2 biji kelapa parut -gaul rata ngan secubit garam
secubit garam

Cara penyediaannya
1- Layurkan daun pisang secukupnya.
2- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula merah dan gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan susu cair dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
Letakkan kelapa parut dan kemudian adunan lagi
4- Daun dilipat tutup.adunan tersebut dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
5- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

Latest, Nina buat lagi Lepat Pisang Mudah … Nyum nyumm….!!

 

Resipi Lepat Pisang Tanduk Sedap Mudah

Related posts:

Makan BEST kat Sg Buloh | Nasi Kambing Abam Botak... Rare laaa

Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah

Sagu Bronok Kukus Ala Johor

Memang terpaksa mengadap gajet. Cara tips jaga mata terutama kanak-kanak

Lifestyle Resepi lepat pisangmenu minum petangresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. adda syuhada says:
    November 10, 2017 at 12:12 pm

    mesti sedap ni….

    Reply
  2. mamapp says:
    November 10, 2017 at 4:38 pm

    sedapnya.. mama mmg suka pisang tanduk sebab rasa dia ada masam2 sikit

    Reply
  3. Dkna Abza says:
    November 10, 2017 at 4:44 pm

    nampak resepi kak nina simple jer tapi nak buat tu ya ampun…malasnya. sanggup beli yang dah siap hahaha

    Reply
  4. sueizza says:
    November 10, 2017 at 8:21 pm

    menggodanyaaaaaa….

    Reply
  5. Huda says:
    November 10, 2017 at 10:33 pm

    tengok resepi ni, rasa nak nangis, sebab homesick.. Huda selalu buat kuih ni dengan mak kat kg. ni dah merantau susah dah nak balik kg T_T

    Reply
  6. amie says:
    November 11, 2017 at 9:48 am

    Cantik kejadian lepat pisang tu bila ada tambahan tepung beras.

    Reply
  7. Mama Kembar 3 says:
    November 12, 2017 at 12:11 pm

    Sedapnya! Suka yg ada inti kelapa camni

    Reply
  8. lisak says:
    November 12, 2017 at 2:13 pm

    lama tak makan lepat pisang ni . rasa mcm sedap jee huhu mana nak dapat ni .. nk beli malas hahahaa

    Reply
  9. akubiomed says:
    November 16, 2017 at 12:33 am

    Adeh, windu nak rasa Lepat Pisang. Susah nak jumpa dah dan orang buat.

    Reply
  10. Noriza Rahman says:
    November 21, 2017 at 10:29 am

    Cantiknya kejadian lepat pisang tu. Dah lama tak makan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes