Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

train to dabong
September 27, 2023September 28, 2023

TRAIN TO DABONG | Pengalaman pertama naik Sleeper Train

Dabong! Asalnya tak tahu Dabong ni kat mana. Tolong jangan gelak! Ingatkan dekat Thailand rupanya Dabong ni dalam Malaysia je, terletak di Negeri Kelantan. Dah lama plan nak follow trip Train To Dabong. Selama ni dok tengok je kengkawan healing ke sana naik sleeper tren. Aawww… klasik sungguh!

Isi Kandungan hide
1 Pengalaman naik Sleeper Train ke Dabong
1.1 Tips naik ETS
1.2 Train To Dabong ERT Jungle Train. Gemas – Dabong koc berkatil
1.3 Tips pilih tren koc katil
1.4 Pengalaman tidur dalam koc katil
1.5 Cafe dalam ERT
1.6 TSM Travel BEST
1.7 Itinerary Aktiviti Trip Train To Dabong
1.8 Related posts:
2 Ada BOH Ada Ummph..!! Sebab BOH laaa aku ...
3 AYAM SEDAP BAQ HANG! Menu Baru The Chicken Rice Shop
4 Resipi Meatballs Ikea Homemade untuk anak tak mau makan nasi
5 Apa tu AIR NABEEZ? Banyak khasiat amalkan segelas ketika sahur

Alhamdulillah, akhirnya Nina berkesempatan join Short trip Healing #TrainToDabong 3h2m. Ya ampun happy tak terkata! Terima kasih lah Geng izinkan isterimu yang comey ini keluar berjimba bersama kawan-kawan. Walaupun trip ni kejap je 3h2m tapi shorttrip ni sangat santai, tak rushing, really enjoy my me time amboi.. cakap omputeh lak dan ianya menjadi kenangan terindah buat seketul Nina.

Pengalaman naik Sleeper Train ke Dabong

Perjalanan bermula dari KL Sentral ke Gemas naik ETS bertolak jam 9:40pm sampai Gemas jam 12:18am.
Naik ETS best selesa. Dalam ni ada cafe, yang mana belum sempat makan ke boleh lah isi perut. Toilet pun bersih selesa. Selain naik dari KL Sentral, korang pun boleh buat pilihan untuk naik dari Stesen Kajang 1.

ETS KL Sentral ke Gemas

Tips naik ETS

  • Bawah tempat duduk ada disediakan plug untuk charge handphone. So masa ni korang charge lah phone, power bank korang sepenuhnya. Sebab nanti sampai kat Gemas akan tukar tren ERT, takde plug ya!
  • Buat yang nak terkucil, tak payah tahan yaa.. Toilet ETS selesa.
  • Buat yang selalu kelaparan, ada je cafe tapi standby laa duit lebih. Bukan harga kedai mamak anney yang biasa korang lepak.

Train To Dabong ERT Jungle Train. Gemas – Dabong koc berkatil

Ahaa… 12:18am – Sampai Gemas korang ada masa dalam sejam, boleh lah bersihkan diri tapi masa tak lama pun dan toilet memang ramai. Sebab tu sebaiknya korang settelkan urusan korang masa dalam ETS tadi.

Perghhh perjalanan paling heaven!
Pertama kali Nina naik sleeper train weyhhh…
Selain nama sleeper train, ada yang panggil jungle train / classic tren / tren koc katil.
Banyak betul nama ERT ke Dabong ni.

ERT (Express Rakyat Timuran) bertolak jam 1:18am dan sampai Stesen Dabong dalam jam 9am esoknya. Perjalanan 8 jam, tidur lah dengan lena sebab esok dah sampai Dabong lagi banyak tempat nak explore jelajahi. Kekal bertenaga!

Tips pilih tren koc katil

  • Koc katil Nina di gerabak T8 katil no X (rahsia) belah kanan. Terbaik laaa lokasi yang dipilih. Walaupun sedikit bising dengan bunyi gelesan engine tayar keretapi tapi ini lah bunyi kenangan yang tak akan dilupakan. Siap masuk dalam mimpi lagi bunyi ni. HAhaaa
  • Gerabak 8 adalah gerabak terakhir, agak jauh sikit nak ke cafe tapi it’s ok. Kelebihan gerabak ni kat sini aman damai tenteram sebab kurangnya orang lalu lalang tumpang jalan nak ke laluan ke cafe.
  • Best sebab katil bawah, tingkap luas so enjoy bangun pagi selak langsir nampak view penuh kehijauan. MasyaAllah cantiknya!
SLEEPER TRAIN EXPRESS RAKYAT TIMURAN TRAIN TO DABONG

Pengalaman tidur dalam koc katil

Sebelum bertolak, Geng sengaja menyakat kata berani ke, nanti kalau terjumpa lipas dalam koc katil acaner? Alamakkkk! Bab lipas paling Nina fobia. Huhuuu

Sampai je kat katil, terus Nina belek-belek, selak sana selak sini cari LIPAS dulu! HAhaaa ..
Takde keje cari pasal. Ghisauu gak kalau terserempak dengan lipas. Alhamdulillah setelah puas selongkar segala ceruk, akhirnya tak pun bertentang mata dengan En. Lipas. Alright lulus bersih! Lega sangat.
Tidur Nina lena dibuai mimpi indah sampai bunyi geselan tayar keretapi pun termasuk dalam mimpi. Enjoy betul, nikmat sungguh bunyi tayar keretapi tuu.. HAhaa

Cafe dalam ERT

Tengah malam, Nina ke cafe. Mmmm…. Enjoy makan dalam keretapi. Self service, order sendiri kat kaunter, ambik sendiri makanan, lepas makan bayar dan last buang sisa makanan kita sendiri dalam tong sampah. Sama-sama mudahkan urusan semua orang. Simple kannn? Tempat pun bersih!

Makanan minuman kat cafe dihidangkan panas-panas, rasa not bad. Paling sedap , Nina rekemen korang order Maggi Sup. Heaven makan panas-panas. Harga don’t worries, berpatutan. Standard harga macam kat mamak je. Ok kannn?

CAFE DALAM ERT EKSPRESS RAKYAT TIMURAN

Nikmat feeling makan dalam Train lebih berharga. Sambil makan tergoyang goyang, dihiasi bunyi engine gerabak lagi . Mana nak dapat hari-hari kann?
Best part Tour Leader TSM siap bantu ambikkan dan hantarkan order. Superb servis! Terima kasih Olie..

Masa tren berhenti di station Gua Musang, dapat tengok view Gua Musang dari katil. Tak perlu keluar. Sebab tren berhenti sekejap sangat tak sampai 5 minit kat station Gua Musang.
Tips: masa ni kena cepat-cepat ambik peluang snap gambar view Gua Musang. Waktu pagi cantik!

TRAIN TO DABONG

Alhamdulillah selamat sampai Dabong
Perjalanan yang panjang tapi really enjoy my healingggggg moment.
Best tido dalam sleeper train. So classic!
Rindu bunyi engine gerabak. 😂😂

Aktiviti pertama jejak je di bumi Dabong, kitaorang ambik gambar di 0KM DABONG
Wajib laaa snap gambar kat sini. Bukti Aku dah sampai 0KM Dabong!
Sambung lagi part 2 . . . Stay tune!
Oh ya, nak kasitau korang short trip Train To Dabong 3h2m ni Nina join travel agent TSM Travel.

TSM Travel BEST

  • Lebih mudah berurusan, tak perlu fikir apa. Mereka yang uruskan semua.
  • Harga cun! Berbaloi dengan harga pakej sebab korang akan dapat semua yang terbaik. Dari segi masa, lokasi, koc katil view cantik (dapat tidur katil bawah), makanan sedap, gambar cantik, selesa, masa yang santai tak rushing at all. Eh! Banyakkkkkkk
  • Mereka berpengalaman so semua lokasi yang superb terbaik kita lawati
  • Tempat makan gerenti sedap mereka bawak, kedai makan gerenti bukak sebab derang dah ada networking so kita datang semua dah tersedia. Sebelum sampai dah order sesiap. Tempat viral sedap kannn selalu ramai orang kena tunggu lama. Dengan TSM Travel tidak ya, tak payah tunggu food datang, food yang tunggu kita datang! Vavavaa… Best kannn?
  • Paling best Tour Leader TSM bukan je peramah, baik hati malah
  • Mereka juga photographer professional! Cecantik weyhhh gambar video yang derang rakam buat kenangan. Korang kena tengok Tiktok mereka!
  • Korang tak payah sibuk jalan sibuk nak ambik gambar selfie bagai sebab derang yang rakamkan moment untuk kenangan kita! Siap ada video lagi.. Tetiba feeling macam artis terkenal, bercuti siap bawak videographer gituh. HAhaa… Best giler.
  • Healing terbaik! Bercuti dengan lebih tenang, selesa kerana tahu bahawa perancangan perjalanan percutian kita dalam tangan yang berpengalaman dan profesional.
  • Dengan TSM Travel mereka boleh custom percutian kita mengikut keperluan dan keinginan kita. Mereka boleh mengambil kira keutamaan kita , seperti makanan, aktiviti, dan destinasi tertentu. Korang set lah kumpulan kecil pun mereka boleh onz kann trip healing korang. Pepandai laa korang discuss dengan mereka kasi jadi!
  • Dan paling penting – TSM Travel adalah agen pelancongan yang dipercayai dan berlesen untuk memastikan pengalaman percutian terindah yang positif, dikenang sampai bila-bila.
TEMPAT MENARIK DABONG

Baik hati Nina share ngan korang no wasap mereka.
Kalau tak silap small group – 1 group minima 8 orang , maksima 9 orang (satu van 10 orang termasuk 1 orang tour leader)
Wasap : http://www.wasap.my/60172632361/triptodabong
Wasap : http://www.wasap.my/60192692067/triptodabong
Tiktok : https://www.tiktok.com/@tsmtravel
Facebook : https://www.facebook.com/bytsmtravel

Itinerary Aktiviti Trip Train To Dabong

Okies, next Nina kongsikan itinerari dan aktiviti yang best Nina travel di Dabong ni, tempat makan, lokasi cun dan banyak lagi sepanjang Nina ikuti short trip healing Train To Dabong. Kasi trailer sikit aktiviti pertama > > > kitaorang ambik gambar di 0KM DABONG. Wajib laaa snap gambar kat sini. Bukti aku dah sampai 0KM Dabong! Sambung lagi part 2 . . . Stay tune!

ppssttt > > > kot korang nak terlajak ke Hatyai, korang boleh usha Travel Bajet HATYAI Itinerary 3h2m , Nina pegi sebelum ni. Alahai.. kuyus nya daku masa ni. Yang ini travel sendiri-sendiri. Bajet ciput ala backpack bertemakan food hunter!

Related posts:

Ada BOH Ada Ummph..!! Sebab BOH laaa aku ...

AYAM SEDAP BAQ HANG! Menu Baru The Chicken Rice Shop

Resipi Meatballs Ikea Homemade untuk anak tak mau makan nasi

Apa tu AIR NABEEZ? Banyak khasiat amalkan segelas ketika sahur

Review Tips Travel Dabong KelantanERTETSExpress Rakyat TimuranInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaItinerary DabongJungle Trainme timePakej Train To DabongPengalaman PertamaSleeper TrainTempat Cuti Budget BestTempat menarik DabongTravel BudgetTSM Travel

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. Netty Ah Hiyer says:
    September 27, 2023 at 8:41 pm

    Bestnya tengok Nina jenjalan ke Dabong naik train ni.. siap tidur-tiduran lagi tu..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      September 28, 2023 at 9:33 am

      Memang best kak! Nina dok plan nak join lagi trip train to dabong ni
      Nanti nak ambik pakej yang lama sikit kat sana.
      Nak explore banyak lagi tempat menarik di Dabong

      Reply
  2. Ciktie says:
    September 29, 2023 at 9:38 am

    kita yang dekat ni pun xsampai² lagi.. asyik plan je tak menjadi lagi ni hikhik

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 3, 2023 at 7:06 pm

      Aiseymennn… Ada masa nanti try explore Dabong. Banyak tempat menarik ada di Dabong
      Join trip travel lagi best, acah-acah pelancong gitu. More fun!

      Reply
  3. Satay sate says:
    October 16, 2023 at 11:10 pm

    Macam best je ni.. Tempat tidur tu pon nampak macam besar je.

    kalau ambil katil bahagian atas tu, ruang dia sama besar ke ye?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 17, 2023 at 11:21 am

      Memang best! Aahh… ruang atas sama macam katil bawah. Cuma katil bawah lagi best tak perlu panjat.

      Reply
  4. anamizu says:
    October 24, 2023 at 11:56 am

    wahhhhhh bestnyaaaa! teringin juga nak chobaaaa naik tren tido pegi Dabong mcm best! hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes