TIPS PARENTING : SEAWAL UMUR BERAPA TADIKA , KAT MANA , KOS , TADIKA JENIS APA , antara soalan lazim yang selalu berlegar-legar dalam fikiran ibubapa bila anak dah mula sedikit besar. Rasa macam Eh! Anak aku ni dah boleh pegi sekolah dah ni! Kann… HEhee
Seawal umur berapa korang dah hantar anak ke Tadika?
Dah bersediakah anak korang ke Tadika?
Apakah target korang bila hantar anak ke Tadika?
Tadika jenis apa yang korang pertimbangkan? Islamic / Chinese / English / makan-makan? Erkk~ makan-makan?? Hehee… ada parent yang berfikiran begini. Ke nanti 6 tahun hantar je anak masuk prasekolah ?
Berapa peruntukan yang diperlukan setahun?
Berbaloi kah jumlah dengan kosnya?
SEAWAL UMUR BERAPA TADIKA ?
Tentu aje antara soalan soalan ni yang berbisik-bisik dalam minda korang jugak kannn?
Ya , kita sama, sekasut. Jangan risau , ianya normal. Yang tak normal bilamana wujudnya ibubapa yang tak pernah kisah langsung perihal anak-anak mereka. Tu baru pelik!
Setiap individu punya jawapan mereka masing-masing
Sebenarnya bab parenting ni takde yang betul dan takde Tips parenting yang salah. Semuanya mengikut kesesuaian anak dan ibubapa. Yang penting pelajaran adalah nafkah anak , tanggungjawab ibubapa wajib ditunaikan.
Tadika 5 tahun ?
Bagi Nina pula, paling awal Nina hantar anak-anak ke Tadika adalah pada usia 5 tahun standard umur. Tak terlalu awal dan tidak pula lewat.
Target Nina tidak terlalu tinggi, cukup sekadar masa umur 6 tahun setengah dah boleh membaca.
Atleast sebelum melangkah ke darjah 1 nanti dah lancar membaca. Tidak lah nanti
ketinggalan.
Kenapa?
Jawapan adalah subjective. Macam nak jawab soalan SPM lak… Hehee
Memang ada ibubapa yang hantar anak mereka ke Tadika seawal 3 tahun. Tidak dinafikan.
Seperti yang Nina cakap awal, tips parenting ni takde yang salah dan takde yang betul bethol dia aje betul. HAhaaa
Sebab apa? Itu kena lah tanya mereka….
Masing-masing pasti ada jawapan yang terbaik bagi mereka.
Tadika 6 tahun ?
Kalau umur 6 tahun baru nak hantar Tadika boleh juga tapi pastikan ibubapa punya rasa tanggungjawab yang tahap tertinggi dan banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar pada anak-anak kat rumah. Kiranya homeschooling. Ramai jugak yang dah mula mehthod gini. Ajar anak dari rumah dulu.
Tapi jangan lah sampai stress pada diri ibubapa dan anak-anak. That why laaa… umur 5 tahun tuu just nice. Berperingkat dalam pembelajaran.
Baca : Anak tulis terbalik DISLEKSIA kah anakku?
Ketahui ada tanda Disleksia dan apa ibubapa kena buat
Tadika jenis apa ?
Aha.. Ada banyak jenis Tadika yang ada kan?
Ada Tadika Islamic, Tadika Chinese, Tadika English, Tadika Methodist dan banyak lagi. So ikut lah target korang. Yang penting silibus nya nanti sesuai untuk mereka darjah 1 nanti.
Contoh nya : Kalau darjah 1 nanti nak sekolah private Islamic so dari sekarang laa Tadika Islamic.
Dan sebaliknya sekolah Kebangsaan Jenis Cina… Nina dulu sekolah tadika tapi lepas tu sekolah rendah kebangsaan so akhirnya ke laut tak reti cakap dah. Huhuuu
Kalau setakat darjah 1 nanti sekolah Kebangsaan so better hantar Tadika yang mengikut silibus sekolah dan tidak terlalu extreme. Relax! Bukannya anak nanti habis tadika , ada Hari Anugerah Konvo dan darjah 1 masuk Universiti. Chill ya
Objektif hantar anak tadika ? Membaca Menulis Mengira
Ketahui dan dalami bahawa sebab utama masuk Tadika awal adalah tempat anak-anak mengenal dunia luar, berkawan, mengenal huruf (3M) selain balajar kendiri diri – displin, hormat-menghormati antara guru dan murid dan juga kawan-kawan. Erti kata lain – berpisah dengan kita untuk seketika.
So, adakah korang target anak-anak yang lepasan Tadika have-have ni level IQ dah sekolah rendah darjah 3? Dah tahu sifir, darab dan menyelesaikan masalah insurance atau menjawab perihal politik?
Haishh… janganlah gitu.
Please laaa.. kesian kat anak-anak kita kalau ibubapa yang punya target terlalu tinggi kat anak-anak. Mereka masih perlukan masa bermain. Diulang BERMAIN!
Dengan bermain ini laaa sel otak mereka berhubung. Eh ehh….. macam iklan kat TV lak~ *bukan promote susu ehh**
SEAWAL UMUR BERAPA TADIKA KAT MANA KOS TADIKA
Ini gambar Eilhan kenangan hari pertama Tadika Titian Sayang. Anak-anak Nina dari Kakak Sulung hingga anak no.4 Eilhan tadika yang sama kecuali Eicha. Alhamdulillah…. Tadika so far ini sangat memuaskan dari banyak segi. Terutama sekali dari segi displin dan minat anak-anak terhadap belajar. Setiap hari ada homework! Memula memang rasa sedikit sengal. Dah kenapa setiap hari ada homework?! HAhaa
Dah lama rupanya sangat positif! Memupuk jatidiri ‘rajin’ buat anak-anak.
Sememangnya mencapai target Nina. Yelah…. Target Nina pun tak tinggi mana…. Bukannya Nina nak anak tetiba habis Tadika jadi ‘professor’ lak kan….. Poyo!
Biarlah mereka belajar berperingkat mengikut silibus sekolah….
Ketahui Tips yang perlu ambil tahu sebelum daftar anak masuk Tadika
Sebelum anda mendaftar anak anda masuk tadika, terdapat beberapa perkara penting yang perlu korang pertimbangkan
- Sistem Pendidikan Tadika: Fahami sistem pendidikan tadika yang terdapat di tempat korang , sama ada tadika awam atau swasta, serta jenis pendidikan awal yang mereka tawarkan seperti Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (PPK) atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAUD).
- Umur Kemasukan: Ketahui umur minimum yang dibenarkan untuk mendaftar anak ke tadika. Biasanya, kanak-kanak boleh mendaftar ke tadika pada usia 4 atau 5 tahun, tetapi ini boleh berbeza mengikut program dan negeri.
- Pilihan Bahasa Pengantar: korang perlu memilih sama ada ingin mendaftarkan anak ke tadika berbahasa Melayu atau tadika berbahasa Inggeris. Pastikan tadika yang dipilih sesuai dengan pilihan bahasa yang kita gunapakai kat rumah. Ini mengelakkan kecelaruan anak dalam bertutur dan berkomunikasi.
- Lokasi Tadika: Pertimbangkan lokasi tadika yang berdekatan dengan tempat tinggal atau tempat kerja korang. Ini akan memudahkan pengangkutan anak dan menjimatkan masa perjalanan.
- Kelayakan Guru: Pastikan tadika yang dipilih mempunyai guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
- Pengalaman Tadika: Tanyakan tentang reputasi tadika dan cari maklumat tentang pengalaman orang lain yang telah menghantar anak mereka ke tadika tersebut. Survey kat jiran-jiran yang dah berpengalaman hantar kat Tadika tersebut. Berapa tahun dah beroperasi dan sebagainya. Terima komen yang posotif dan negetif dan kaji puncanya
- Program Pendidikan dan Kurikulum: Ketahui tentang program pendidikan dan kurikulum yang ditawarkan oleh tadika tersebut. Pastikan ia sejajar dengan nilai dan matlamat pendidikan untuk anak anda.
- Kemudahan dan Keselamatan: Pastikan tadika menyediakan kemudahan yang selamat dan bersih untuk anak kita . Semak juga langkah-langkah keselamatan yang ada.
- Kos Pendidikan: Pertimbangkan kos pendidikan dan apa yang termasuk dalam yuran yang korang bayar. Tanyakan tentang yuran pendaftaran, buku teks, makanan, dan sebagainya. Berbaloi kah yuran dan pembelajaran yang disediakan termasuk buku dan program lain-lain. Survey-survey laa dulu. Bukan apa selalunya deposit tak boleh dipulangkan. Buat keputusan yang bijak
- Saringan Kesihatan: Ada tadika yang mengharuskan anak-anak menjalani saringan kesihatan sebelum mendaftar. Pastikan anak dalam keadaan sihat.
- Lawatan dan Perbincangan: Sebelum membuat keputusan akhir, buat lawatan ke tadika dan berbincang dengan pengurus tadika serta guru-guru untuk memahami lebih lanjut tentang pendekatan dan nilai-nilai pendidikan tadika. Antara soalan : Berapa bilangan murid dan guru dalam satu kelas
- Komitmen dan Kesiapan Anak: Akhir sekali, pastikan anak dah bersedia dan mempunyai komitmen untuk memulakan pengalaman tadika. Bantu anak memahami apa yang diharapkan dan galakkan mereka untuk menjalani pengalaman baru ini dengan gembira.
Ingatlah bahawa setiap tadika mungkin mempunyai peraturan dan prosedur yang berbeza, jadi adalah penting untuk berhubung secara langsung dengan tadika yang berkenaan dan mendapatkan maklumat terkini dan lengkap sebelum mendaftar!
Semak latar belakang tadika
Ini paling penting bagi Nina ::::: periksa latar belakang tenaga pengajar (cikgu). Berapa lama seseorang guru mengajar di situ? Adakah sebulan, 3bulan, 1setahun atau lebih 5tahun?
Kenapa ehh?
Ini jawapan subjective Nina. Sebab….. Bila seseorang guru boleh mengajar lebih 3-5tahun di Tadika tersebut maka keseluruhan pengurusan Tadika adalah baik!
Dari segi persekitaran, silibus, guru besar, majikan dan pekerja, keupayaan guru menangani permasalahan antara murid dan guru dan macam-macam lagi… Terutama sekali penerimaan stress antara guru dan murid.
Kalau setakat guru tuu keje sebulan pastu berhenti dan tukar guru baru, maka guru tidak akan dapat menyelami tahap kecerdikan dan prestasi seseorang murid. Tentu ada masalah dari guru atau pihak tadika itu sendiri. Allahualam
Macammana nak tahu?
Selidik laaa…. Tanya jiran, tanya guru besar masa daftar, risik-risik kat guru atau cikgu assistant yang ada kat situ, berkenalan dengan ibubapa yang hantar anak di Tadika yang sama.
Sure korang akan tahu berapa ramai guru yang keje lama kat situ
Selain tuu sure kat luar sekolah ada letak gambar kelas murid-murid. Tentu ada gak gambar tahun sebelumnya… Tengok lah muka guru yang sama atau sebaliknya.
Tadika ini bagus! Tiada ‘kisah tersembunyi’ Eh! Dah macam tajuk cerita TV3 lak hehee
SEAWAL UMUR BERAPA TADIKA
Haa.. Tadi Nina ada mention Eicha je Tadika lain. Nina ada kongsikan ceritera Pengalaman Hari Pertama Tadika Sekolah PASTI
Akhir kata, tepuk dada tanya selera…
Buatlah keputusan yang bijak dan rasional tanpa mengikut desakan dan cakap-cakap orang. Anak kita adalah ‘PERMATA INSAN’. Pernah dengar tak?
Ini ayat orang politik lak sapa lah tuu? hehee
Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama 😉
Info menarik berkaitan isu ni pun ada di blog http://famimasuccess.blogspot.my/2016/08/tadika-atau-taska.html.
Isu macam ni pun ada di kupas ni http://famimasuccess.blogspot.my/2016/08/tadika-atau-taska.html. Boleh juga dijadikan guide.