Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 23, 2024June 21, 2024

TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI : NASI SIHAT YANG LEMBUT PEROI

Beras mempunyai pelbagai jenis dan juga kualiti. Antaranya adalah seperti beras spesial tempatan, beras wangi atau beras basmati. Korang tahu tak, beras basmati antara beras yang lebih baik berbanding beras biasa untuk mereka yang jaga diet? Beras basmathi juga sedap, lebih sihat sebab kandungan GI rendah tapi ada cara tips masak beras basmathi supaya hasilnya nasi lembut peroi. Korang cuba! Sebab nanti korang akan jatuh cinta dan beralih pada nasi yang lebih sihat lepas ini.

Isi Kandungan hide
1 Apa itu beras basmati?
1.1 Kelebihan beras basmathi berbanding jenis beras lain
2 TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI
2.1 Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2.2 Baca : NASI CEPAT BASI ? CUBA TIPS INI
2.3 NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)
2.4 TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK
3 PANTANG LARANG KETIKA MASAK BERAS BASMATHI
3.1 TIPS TAMBAHAN MEMASAK BERAS BASMATHI
3.2 Related posts:
4 Akhirnya berjaya! Tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional ...
5 Ssyyhhh ... Korean Secret dari SYAHIRAH best laaa...
6 PETUA MEMBERSIHKAN BLENDER PALING JIMAT
7 Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...

Apa itu beras basmati?

Beras basmati yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Beras’, berasal dari kawasan-kawasan seperti India dan Pakistan. Ia mempunyai tekstur yang lebih panjang berbanding jenis beras lain dan mempunyai aroma yang berlainan. Apabila dimasak, beras ini tidak akan melekat dan memberikan tekstur yang lembut.

TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI

Kelebihan beras basmathi berbanding jenis beras lain

Beras basmati telah lama menjadi pilihan utama bagi ramai penggemar nasi yang telah beralih ke nasi yang lebih sihat kerana kelebihannya yang pelbagai manfaat kesihatan.

Antara kelebihan beras basmati ialah : 

  • Indeks glisemik rendah: Berbanding dengan jenis beras lain, beras basmati mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Ini bermakna ia meningkatkan gula darah pada kadar yang lebih perlahan, menjadikannya pilihan yang baik untuk pesakit diabetes dan mereka yang ingin mengawal paras gula darah mereka
  • Kaya dengan serat: Beras basmati adalah sumber serat yang baik, yang membantu dalam proses pencernaan dan memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik
  • Kaya dengan vitamin dan mineral: Beras basmati mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin B, zink dan magnesium yang penting untuk fungsi tubuh yang sihat
  • Membantu dalam pengurusan berat badan: Beras basmati mempunyai lemak dan kolesterol yang rendah serta kaya dengan serat 

Beras basmati bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.
Dengan memilih beras yang tepat, korang bukan sahaja dapat menikmati rasa yang hebat tetapi juga nilai nutrisi yang baik untuk tubuh korang. 

TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI

Ada tips dan cara masak Beras Basmathi tau!
Tak susah tapi kalau tak kena cara, tak syok laaa makan nasi nanti. Boleh spoil mood makan bila nasinya keras, kejung, terasa berbiji beras walaupun nasi dah masak. Pernah makan tak gini? Failed kannn…

Rendamkan beras adalah langkah paling utama.

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Tips penting : Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.

Tips Petua Elakkan Nasi Tidak Cepat Basi Tahan Lama

Baca : NASI CEPAT BASI ? CUBA TIPS INI

NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)

Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.

Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak agak macam kita perasakan garam kepada masakan yer.

Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.

1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.

Selalunya Nina gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. InsyaAllah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni. Jika sengaja nak lebihkan cecair bolehhhhhh tapi make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras. Ingat tau!

TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK

Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:

  • Kaedah menumis beras dahulu : kaedah ni selalunya tumiskan semua bahan-bahan tumisan dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, biarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru masukkan beras.
  • Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan cecair sebelum masukkan beras dalam rice cooker.

* Kaedah didih air tanpa sukatan : kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak. Kita yang noob takyah berani-berani cuba. Naya rugi je nanti! Huhuuu…

Nasi Beriani Beras Basmathi

PANTANG LARANG KETIKA MASAK BERAS BASMATHI

Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi :

  • Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras patah. Sebab pada ketika ni beras berada dalam stage fragile.
  • Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
  • Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
  • Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
  • Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.

TIPS TAMBAHAN MEMASAK BERAS BASMATHI

  • Menggunakan pewarna : jika korang nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sebelum dikacau.
  • Minyak : harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair.
  • Elak nasi patah : elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi beras basmathi , terutama sekali ketika nasi dah kering.
  • Bekas penyukat : gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air .
  • Masak guna periuk tanpa rice cooker : jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih banyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.

Semoga perkongsian yang dikongsikan ini membawa manafaat kepada semua. InsyaAllah..
Kredit : Chef Wans

Related posts:

Akhirnya berjaya! Tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional ...

Ssyyhhh ... Korean Secret dari SYAHIRAH best laaa...

PETUA MEMBERSIHKAN BLENDER PALING JIMAT

Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...

Resepi Tips Beras BasmathiBeras Basmathi VS beras biasaBeras sihatBeras untuk dietCara MasakCara masak nasi lambat basiKelebihan Beras BasmathiSukatan Air BerasSukatan air beras basmathitips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Pingback: Petua TIPS Nasi Tidak Cepat Basi
  2. LadyBird says:
    May 26, 2024 at 7:16 pm

    berasa basmathi buat masakan terasa lebih lazat walaupun x pandai masak.. yumm yumm yumm

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes