Aduhhhh…. Dok viral dah sana sinin sinun pasal kedai spek Murah ni.. Tiap kali bukak Facebook, asyik nampak pasal Kedai cermin mata murah KL terletak di Sungei Wang ni.. Berhantu sungguh! Hati ni lembut bak tisu, rapuh bak biskut samperit yang cair dalam mulut tu.. Nafsu terus cair dok pujuk Geng. Bawak laaa daku pergi terjah kedai spek Murah tu….. Merengek-rengek ajak dia bawak pi sana.. Korang jangan bayangkan kita rengek hentak kaki tu. Buruk lak gamaknya. Maklum laaa dah tua, comey tok seh doh. HAhaaa
Akhirnya semalam, janji di chapati. Yeayyy yeahhhh…!! Gumbira nya hati dinda wahai kanda. Chewah… Macam dialog drama sangat lak.. Hehee
Kedai Cermin Mata Murah KL siap 1 jam near me
Perjalanan ke Sungei Wang senang jer… Naik MRT turun Bukit Bintang, jalan kaki sikit dah sampai. Atau naik jer motor, rempit cilok cilok (alamak.. Buk Polisi sila buat-buat tak baca eh) moto lagi cepat, parking cari yang free. Jalan kaki sikit pun sampai.
Naik kete pun sampai gak, parking bawah bangunan jer Sungei Wang cuma… Pupuk dan semai laaa ketabahan kekentalan jiwa raga sedalam seluas lautan hindi dulu. Tiap traffic light waktu menunggu tu memang stress rasa nak makan steering kot. Huhuuu… Nasihat manja, sebaiknya elakkan eh… Sebelum pupus stering kete dalam KL ni.
Kedai cermin mata murah KL – EYE PRO VISION Sungei Wang Plaza
Kedai cermin mata viral murah giler teroks!
Sengaja kami pi pepagi, kedai belum bukak kita dah sampai. Risau kot nanti kena bersesak kena beratur panjanggggg macam viral tudung ke handphone dolu. Sorry hilang ingatan lak jenama apa.. Ok tipu. Benarnya kami seketul insan yang suka pi mana pun awal pagi. Tak suka sesak.
Promosi Cermin mata di Eye Pro Vision murah. Hanya RM65 sepasang
Ingatkan main-main jer depa dok viral. Bila dah sampai Eye Pro Vision, memang betul laaa harga sepasang spek bingkai + multicoated lens hanya RM65!
Pelbagai design terkini. Cantik!
Rambang mata weyhh… Memacam design ada! Lebih 2000 design dan pilihan bingkai cermin mata ada. Dari design ala Cikgu Bedah Adek Manja hingga laaa design K-Pop. Banyakkk pilihan…!!
Ikutkan kalau nak try semua design yang ada, memang sampai tutup kedai pun tak sudah sudah buat pilihan. Semua jenis reka pilihan frame yang ada kita dok cuba try. Kannnnn….?
Staff Eye Pro Vision William bijak beri nasihat dan cadangan
Part ni paling Nina suka! Sangat jimat kan masa Nina dalam membuat pilihan. Sebab nya muka Nina ni kecik memang susah nak jumpa spek yang menepati size muka Nina.
Masa Nina dok belek-belek frame, staff tegur Nina nak cari spek yang macammana. Terus Nina bilang nak spek yang tak besar sangat, tidak lebar kat tepi, tak mau kembang sebab nanti pakai tudung tak cantik, tak kemas. Nak cantik trendy! Amboi…. Permintaan dah macam kedai abah ku. HAhaa
Tak sampai 5 minit, Nina di beri pilihan 4 design yang semuanya menepati citarasa Nina. Seronok… Jimat masa!
Korang bayangkan tanpa bantuan William, berapa jam yang amats lama tuk proses memilih + marathon mencuba tanpa henti segala frame yang ada kat situ.
Pernah jadi masa beli spek mata dedulu, penantian demi penantian, masa pun berlalu berejam lamanya… KebaBommmm…!!! Baru TERperasan muka Geng dah transform Geng penunggu gua yang tengah bertapa . Beku membisu, jari dia jer bergerak nanti. Acaner? Oh tidakkkkkk…
Ok tipu jer… Geng orang nya sporting melayan kerenah isterinya comel dia ni, belum pernah lagi dia transform jadi penunggu gua, selalunya Nina jer cepat bosan cuba lastly ajak balik tak jadi beli. Sudah nya… Dah 5 tahun Nina tak ganti spek baru. Padan muka sendiri. HAhaa…
Dengan bantuan William K-Pop kat Eye Pro Vision amat memudahkan Nina dalam membuat pilihan. Semua yang di cadangkan cantik, kalau aku kaya…. 4 spek tu Nina borong! Kalau laaaa…. Hehee
1 jam siap!
Aiseymenn.. Ni lagi satu giler teroks laaa kedai spek viral Sungei Wang ni..
Nina dah bertahun pakai cermin mata, tiap kali beli spek baru paling cepat siap pun sehari.
“Lengloi… Ok, lusa baru you datang ambik cermin mata baru ya…”
Dekat Eye Pro Vision ni, memang pantas. Tempoh sejam tu tak sempat buat apa pun.. Nina pi makan pun dah lebih sejam. Kunyah pu laju-laju! Hahaa.. Tak sempat nak window shopping bodek Geng belanja Nina baju baru. Huhuuu…. Jahat tau!
Pppsstttt >>>> lain kali bilang kat Geng 3 jam siap eh.. Atleast sempat laaa Geng lanjer Nina 3 helai baju pun jadi laaa. HAhaa..
Lens Alpha BLUE 420
Korang gerenti belum pernah dengar pasal lens Alpha Blue 420 ni kannn? Sebenarnya Nina pun 1st time tahu.
Masa nak buat spek tu ari, Nina tak mau multicoated lens biasa sebab Nina dah biasa dengan lens yang berkualiti. Chewah… Maklumlah jenis payah kedekut payah pilih frame maka nak pakai lama beli yang bagus punya.
Alang-alang Nina nak lens bagus, William cadangkan Nina ambik lens Alpha Blue 420.
Harga promo Alpha Blue 420 – hanya tambah RM60 jer
Aduyai… Giler murah!
Harga asal RM250. Wah… Rugi lak tak grab kannn..? Sebabnya…
Korang tengok video yang sempat Nina rakam masa William ni citer kelebihan lens Alpha Blue 420
Kelebihan lens Alpha Blue 420
- Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
- Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
- 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
- Tahan lasak
- Tidak mudah pecah
- Kalis air (maksudnya kalau kena air pun masih jelas nampak, erkkk faham tak?)
- Tidak mudah calar
- Harga berpatutan mampu milik oleh ramai pengguna
Kedai spek cermin mata murah EYE PRO VISION Sungei Wang
Tadaaa…!! Dah siap cermin mata baru Nina. Onz tak onz? tetiba lak cakap ala dak weechat. HAhaa..
Buat korang yang tak pakai spek Nina cadangkan korang check silau mata sebab kita ni lama sangat dok tengok smartphone Silau tu bahaya tau!
Macam Nina Atleast dengan lens Alpha BLUE 420 ni ada laaa baju kebal kalis silau tuk mata. Sayangi laaaa pancaindera mata kita.
Nah … Apa tunggu lagi korang, pi laaa serbu sementara promosi masih ada! Jangan lupa tau, cari William yang hensem ala K-Pop tu..
Kedai cermin mata murah KL siap 1 jam
EYE PRO VISION ,
G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza
Tel : 016-377 1304
Waktu Perniagaan : 11am – 7pm
(dekat dengan Biskut wangi semerbak tu Famous Amours tuh!) musnah diet lalu sini. Huwaaaaa. . . .
FB : Eye Pro Vision
Pesanan kasih sayang >>>>> sila pi pepagi supaya korang relax nak pilih sebab banyak design yang cecantik akan buat korang hilang pertimbangan nak pilih yang mana dan opkos selesa santai relax di pagi hari. HEhee…
Ooopsss..!! Tak habis lagi. Nina nak share lagi yang terlajak murah
Buat mereka yang dah mula meningkat usia, gerenti yang rabun jauh dah mula ada rabun dekat. Ini Normal!
Bila usia cecah patplohan korang akan lebih selesa bukak spek masa membaca atau tengok phone. Betul?
Maka ini bermakna korang dah kena pakai spek rabun jauh dekat. Kalau dibiar je nanti power rabun dekat akan lebih tinggi. So dont worry! Kat sini jugak laaa Kedai Cermin Mata Multifocal Murah . Hanya RM450 all in one. Tak payah dah pi survey tempat lain. Trust me! Tak caya pi sendiri dan tanya William. Sebut laa nama ‘Nina’ patploh juta kali kat dia. HAhaaa.. betul taktipu Selamat jaga mata dan jimat poket!
Alarh! Bestnya! Bila baca nina share kelebihan blue alpha tu, terus jadi mcm teruja sebab cx ni silau teruk tau. Mlm mmg takleh drive dah. Bahaya. Pernah eksidenkan org lg. Kesian dia. Hurm. Nak pergi buat tapi jauhh . Huwaaaa. Boleh tak order online? Hahaha amboi
Thanks for sharing. Saya pun nak tukar specs sebenarnye. Asyik sakit kepala maybe sebab banyak hadap laptop and phone. Kena pergi check.
viral betul kedai spek mata ni. sesuai sangat kalu orang tengah kurang bajet lepas cermin mata patah elok datang beli cermin mata baru. Next week nak pergi jugak la kedai ni, mana tahu ada cermin mata sesuai dengan muka BBL yang bujur ni. hehehe
Saya pun ada silau. Kalau drive malam-malam memang mata ni silau. Nak nak kalau kereta pakai lampu yang terang tu haihhh….Bagus la kalau ada cermin mata yang mampu milik.
Amboi murahnya spec! Kite pun mmg tgh survey spec ni sbb mata dh rabun malam. Alpha blue tu mcm sesuai. Harga die betul2 murah. Nk kene pergi cepat. Thanks kak nina share
In ker kedai spek mata yang viral tu ramai orang pergi tapi kita tak pakai spek ada kanta kita nak cari sunglass jer yang gelap dan bergaya heheheh ada murah kan…
Mouse mommy pun pakai cermin mata. Nnt lain kali buat specs , boleh pergi survey kat kedai ni jugak. Terima kasih atas info yg diberi.
Raw;ins pun kebetulan sedang cari spek baru – nak buat extra satu sebab sekarang rajin pakai lens. Ada masa mata nak berehat so nak beli spek satu.
Banyak kedai cermin mata yg murah2 kat sana kan? Emi pernah pergi teman abang ipar buat spek kat sana. Memang murah2 pun. Ingat tahun baru ni nak buat spek jugak.
Memang murah sangat sangat. Design pun ada macam macam. Saya dah buat pulak cermin mata. Sebelum ni spek semua style kecik skang cari hat gabak bajet korea.. hahaha… Spek mirah dan berkualiti macam ni memang saya suka
Oh wow. Boleh recommend dengan kawan2 nanti.
Your share is great, I found a lot of things in your post.
besttt… kalo murah cemni,ina ni jauh dari kuantan sanggup datang ke sana.Tapi masa pula tak mengizinkan
This is extremely helpful info!! Very good work. Everything is very interesting to learn and easy to understood. Thank you for giving information.