Semalam tertengok teaser Filem baru Ada Apa Dengan Dosa lakonan hebat Wanna Ali disamping Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Adam Corie dan Haris Ismail.
Saat pertama kali nonton dah terasa betapa hebat hasil Filem ini. Sinematografi drama ni lawa beb. Cantik sekali..!
Setiap manusia adalah pendosa dan melakukan dosa, walaupun hakikatnya diri sendiri merasakan kita telah sempurna
Dosa yang dilakukan oleh Siti Zahrah dan Ustaz Aariz membelenggu seluruh hidup mereka!
Drama Islamik ini yang membongkarkan kisah hidup yang ada sekitar kita. Filem Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Menarik kannn? Rare! Jalan cerita filem ni dari yang lain, berbanding kisah cinta yang dok melekakan kita. So far pendapat Nina filem ini setanding drama ulangan yang sedang ditayangkan di TV3
Baca : Full Sinopsis Drama NUR 2 TV3
Sinopsis Ada Apa Dengan Dosa
Filem ini mengisahkan tentang Aurora lakonan hebat Wanna Ali. Seorang gadis berusia 19 tahun yang merupakan anak luar nikah yang ditinggalkan di rumah anak yatim sejak lahir dan dibesarkan oleh sebuah keluarga bukan Islam di Eropah sebagai anak angkat.
Satu hari Aurora terdengar perbualan ibubapa angkatnya tentang identiti sebenar dirinya. Rasa kecewa bila mengetahui asal usulnya, Aurora nyaris membunuh diri.
Kehadiran seorang jejaka bernama Khaliq (PU Riz Haris Ismail) yang berasal dari Malaysia mengubah kehidupannya. Chemistry antara mereka secara tak langsung memberi jawapan pada setiap persoalan yang dicari dan membelengu Aurora selama ini. Khaliq memberi sinar untuk Aurora mengenali Islam dengan lebih dekat.
Akhirnya dengan bantuan Khaliq, Aurora nekad mencari ibubapa kandungnya di Malaysia. Dalam usaha mencari ibubapa kandung Aurora, pelbagai rintangan dan kebenaran yang pahit terpaksa Aurora hadapi. Segalanya bakal terbongkar satu persatu dan ini lah dugaan hebat buat Aurora termasuk ibubapa kandungnya.
Berjayakah Aurora berjumpa dengan ibu bapa kandungannya di Malaysia?
Sanggupkah Aurora berdepan dengan segala kepahitan yang bakal terungkai di sebalik segala keindahan yang terlihat?
Satu Malaysia tahu saya siapa!- Ustaz Aariz
Bagaimanakah penerimaan Ustaz Aaris (Ashraf Muslim). Seorang Ustaz yang terkenal yang enggan lagi dibayangi kisah silam nya yang hitam. Lantas menidakkan kehadiran Aurora sebagai anak kandungnya kerana bimbangkan maruah dan reputasinya sebagai Ustaz akan tercalar.
Manakala Ibu kandung Aurora – Siti Zahrah (Fasha Sandha) masih dibelenggu dengan dosa silamnya. Kekesalannya membuatkannya sentiasa dalam kemurungan. Siti Zahrah telah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata kurang sempurna. Anaknya autism, dia merasakan ianya terjadi berpunca dari kisah hitamnya.
Bagaimana mereka semua menghadapi konflik dan dugaan ini?
Filem Ada Apa Dengan Dosa ini terbitan Pencil Pictures & Records arahan Rahila Ali menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Scotland dan Malaysia. Dibintangi oleh barisan pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Ashraf Muslim, Fasha Sandha, Wanna Ali, Haris Ismail, Fauziah Nawi dan Adam Corrie.
Camner nak tonton Filem Ada Apa Dengan Dosa?
Dah start dah ni… Mulai 4 Jun 2020. Di tayangkan di Astro First di saluran 480 dengan bayaran RM15. Pastu dapat tonton berulang-ulang selama 48 jam (2hari). Tonton sampai hafal skrip dialog dan ambik iktibar segala pengajaran yang di sampaikan.
Lagu OST best! Dari Alyah berjudul Hakikat Jiwa. Meremang dengar..
Tonton teaser ni… Sure korang pun kata, ok best! Nak tonton full filem.
Jangan menilai seseorang di permulaannya, nilailah dari pengakhirannya.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kesilapan kita sendiri
Ada Apa Dengan Dosa di tayangkan di Astro First ini mengisahkan tentang dosa yang menghantui seumur hidup Ustaz Aariz dan Siti Zahrah. Aurora mencari
Selalunya cerita sebegini kurang mendapat tempat di hati segelintir peminat cerita melayu
wah nak tgk kena kira2 dua kali ini..huhuu nanti melekat macam cerita NUR
Menarik cerita pasal kisah macam ni. Bolehla layan nanti
Macam menarik cerita ni. Teringin nak tengok lah
Kena langgan la nie kalau nk tgk.. menarik juga jln ceritanya Kak Nina
Menarik baca sinopsis dia. Ni dugaan bagi seorang ayah. Nak layan lah nanti.
wah storyline menarik, tapi sayangnya rumah takde Astro.
Lain dari lain jalan cerita dia.
La astro first ke.. Kalau best cepat2 la keluar tv. Heehe..