Dah lama nyaaaaaa tak outing! Ya sangat lama sejak PKP dilaksanakan. Dah lama jugak surirumah ni tak keluar jengjalan. Dok terperap jer kat rumah. Huhuuu . . . Sadisnya hidup secebis Nina ni.. Eh! Tak sadis mana pun, akhirnya last week outing together-gether ngan kengkawan. Makan besau di Cyberjaya seyhh.. Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Kat Mana Makan BEST Cyberjaya?
Alang-alang kengkawan ramai dari area belah Cyberjaya maka ku turutkan ke area sana. Kata depa nanti jumpa kat Dpulze Shopping Mall. Eerrkk . . . Harus laaa waze. Tak ku reti nak drive sampai sini dan semestinya Geng akan jadi pak supir ku. Mana dia nak kasi Nina drive jejauh, nak lak tempat tak familiar. Sayang jugak ngan isteri cute dia ni.. Oouuchhh… Muahhh.!!
CAMPUR CAMPUR KITCHEN, Dpulze Shopping Mall Cyberjaya
Ahaa.. Kat sini laaa Nina leyparks ngade ikut ayat Lailerrr Kampung People . Ok yang betul is lepak dengan kengkawan Nina. Ramai..!! Lebih 10 orang hari tu. Ya ampun… Riuh rendah suara kami aje. Gelak sakan macam lupa diri ni mak orang anak 5. HAhaaa… Sesekali ‘Me Time’ memang enjoy! Thank you Geng. Muaahhh..!! Last Nina share picture reramai eh…
Ok sambung
Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Usai masuk, Campur Campur Kitchen kemas dan simple! Ruang yang agak luas , selesa. Sesuai untuk gathering sebab adanya meja panjang dan ada jugak untuk couple. Dont worry , sapa nak dating sesuai jer kat sini.
Berkonsepkan minimalis yang santai. Nina suka sebab tak rasa serabut. Dekorasi picture wall menarik! Terselitnya sikit konsep antik dengan adanya dulang-dulang penyeri restaurant. Sure intragamers lelaju tuju sini dulu snap gambar masuk kat IG. Kome ker tuuu? Nina ideok lerr dah tua kekadang segan nak selfie, kalau adapun sekadar menurut kehendak task. Faktor usia kot
Bagusnya adanya logo HALAL di situ. Nampak tak? Nampak tak? Bagus kannn?
Bila ada pensijilan Halal, kita lebih yakin nak makan-makan bersantai kannn? Tabik spring toing toingg sebab empunya restaurant menitikberatkan kewajipan dan tanggugjawab sesama umat.
Terbaik laaa Campur Campur Kitchen! Kebersihan pun ok.
Appetizer
Bila mai dia punya Crispy Baby Crab > > > > Aduyai
Terus rasa nak terkam makan! Tapi . . . biasalah bila dah outing JJCM dengan kengkawan blogger sila laaa bertabah nunggu depa ambik gambar dulu. Tu laaa, sapa suh pi keluar outing dengan blogger . HAhaaa… Gelak kan diri sendiri.
Sedap! Both sedap . . . Crispy Baby Crab memang crispy seperti nama dia dan Chicken Boxing tak cukup satu! Huwaaaa . . . Rasa nak order lagi tau. Suka perapan dia, walaupun just nice tak kuat rasa rempah. Love love . .
Makan apa sedap di Campur Campur Kitchen?
Sebab konsep restaurant Campur Campur, so di ada gabungan menu dari Indonesia, Chinese style dan Thai. Menu pilihan Asean gitu.
Ada lebih 20 menu yang sedap sedap! Malas nak tunjuk gambar menu kat korang sebab tau nanti korang bukan nak belek pun.. Sure korang just nak tahu apa yang Nina dah makan dan apa yang Nina rekemen korang order nanti kannn?
Tengok!
Ni sebahagian jer tau yang kami order. Panjanggggggg… Memacam ada!
Paling Nina teruja tengok Nama dia Indonesia Flying Kick OOpsss..!! Bukan bukan
Indonesia Flying Fish Rice
Ikan Talapia digoreng just nice garingnya. Musykil sungguh camner ikan Talapia tu depa boleh kasi posing sebegitu rupa. Kreatif kannnn?
Menu nasi depa akan dihidangkan dengan complete set nasi sorang makan bersama kuah kari kentang yang light light sedap, chicken wings 2 ketul, sambal cili ikan bilis dan pilihan lauk.
Nina tengok kebanyakkan menu di Campur Campur Kitchen akan adanya kombinasi Salted Egg. Dah kenapa semua nak di Salted Egg kan?
Tapi korang kena rasa sebab serius Salted Egg di Campur Campur Kitchen sedap! Menepati citarasa tekak dan selera Nina.
Cuma
Dinasihatkan hindarkan tergigit cili padi hiasan dia. Merah merah tu bukan sekadar hiasan. KAwwww giler kepedasan dia! Berapi beb
Tapi kalau korang suka pedas, rekemen to try dan feel it the letops berapi! HAhaaa
Sejujurnya ini bukan menu yang Nina order tapi Sue Izza yang punya. Tak malu betul Nina ni pi kecek orang punya food. Larikkkkk > > > >
Tapi apedehal share share makan, lagi seronok dapat rasa semua. Tu ari kami semua share share rasa . Enjoy the moment. Love!
Tapi kannnn, serius Nina suka suka sukaaaa sangat Daging Black Pepper dia. Punya laaa lembut, moist jer. Rasa Black Pepper dan sosnya meresap sampai ke dalam daging. Rekemen korang to try! Ingat tau nama dia Daging Black Pepper Rice
Ni antara menu lain yang kengkawan Nina order dan rata-rata depa pukul kasi rata kata sedap! Dan paling BEST bab portion dia, besar banyak dan mengenyangkan! So yang mana rasa macam perut kecik nak ciput tu sila laaa share. Lebih jimat.
Menu Nasi Goreng pun ada!
Atas Campur Belacan Chicken Fried Rice
Kiri – Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp – yang ni Nina suka shrimp dia. Ya ampunn . . . Terasa sungguh salted egg dia.
Kanan- Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken – ini sedap, suka sos butter dia.
Arlegic makan nasi?
Ada jer dalam kengkawan kita ni insan terpilih yang tak makan nasi. Kekadang bukan kehendak depa pun nak cerewet makan. Apa pun alasannya – Respek! So ada jer pilihan menu lain yang sedap jugak . . . Janji dapat makan sesama iyer tak?
Western Food in da house!
Atas kiri – Chicken Chop with Salted Egg – So Sedap! Crunchy, isi moist. Suka salted egg dia yang meresap atas kulit ayam yang rangup tu. Dah kenapa asal ada salted egg jer Nina suka tapi memang salted egg di Campur Campur Kitchen ni sedap padu! Rekemen to try. Dan please take note, cili padi tu pedas giler.
Atas kanan – Butter Chicken Chop. Ok nampak cam biasher-biasher jer kann? Tapi saat korang cecah sos butter dia memang heaven laaaa… Sos tu pembuka selera , penyedap Chicken Chop tu.
Bawah kiri – Pan Fried Beef Kuey Teow, nampak sedap. Eerrmm… Sedap kot sebab lupa nak kecek rasa sikit. HAhaaa.. Tak senonoh punya Nina. Hehe
Bawah kanan – Cantonese Kuey Teow with Seafood ni sedap. Rencah seafood meriah. Kat dalam kupang, udang, isi ketam dalam kuah yang real rasa masakan chinese style. Rekemen to try! Portion banyak tau. Kalau suka pedas, tabur laaa cili kicap. Terangkat seyhh
Dessert
Pilihan air dia banyak dan harga berpatutan sangat sebab big cup! Sila laaa minum smapai rasa nak terkencin. HAhaa… Nak rare sila order dalam bekas ala mentol tu. Comel kannn? Hijau tu avacado- fresh fruit di blend so sedap! Sebelah tu tak ingat buah orange mix apa tapi sedap jugak.
Banana Toast with Chocolate tu serius sedap. Nina suka!
French Toast with Honey simple and nice as you see. Eh , dah kenapa cakap omputeh lak. HAhaaa
Banyak lagi yang best … Nina rasa baik korang tonton jap video yang sempat Nina shoot tu ari. Sebab Nina ni kalau menulis typing tahap bukan cerpun dah, boleh jadi novel nanti. Ni pun dah berjela kannnn? HAhaaa . . .
Last . . . Sebelum lupa, kat sini BEST nya korang yang suka jajan PopCorn korang buleh makan FREE. Ya free awak . . . Bukan popcoen aje tau, salad pun free.
Promosi 20% diskaun dari 3pm-6pm | Monday – Friday
Menarik kannn? Dah lepas lunch hours so korang boleh laaa lepak santai makan minum sambil berbual gathering dan harga pun lagi murah!
Alamat
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor
DPulze Shopping Centre
Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya
Untuk info lebih lanjut dan promosi serta update terkini, sila laaa korang pi intai di :-
Facebook : Campur Campur Kitchen
Instagram : Campur Campur Kitchen
Seperti yang di janjikan, last Nina share gambar kengkawan yang sesama me time setelah berbulan PKP terperap kat rumah.
Alhamdulillah semua sporting walau ada yang pertama kali bersua. Nanti kita makan-makan lagi kat sini ehh . . . Meriah havoc korang! Adios . . .
Cyberjaya makin byk tempat makan menarik. Seronok ni nak singgah makan2
Terliur sangat ni nampak makanan sedap-sedap dalam gambar. hehe. nak kena pergi cyberjaya jugak ni hehe
Alhamdulilah baru lepas makan so takde la rasa nak pergi terjah now. Maybe esok atau lusa boleh mencari makan ke sana le kot. Rawlins suka konsep makan sebegini.
Menariknya menu dia. Terliur dah
Sukanya tengok presentation and decoration dia. Macam feel zaman dulu-dulu. Menggamit memori sangat. Hahaha!
Sedap sedap nampak lauknya. Appetizer pun dah gempak dah. Wow!
Indonesia flying kick ye kak Nina… hahaha… saja nak buat lawak… sikit percaya nama makanan tu macam tu. Desserts dia menggoda sangat ni… hmm….
Nak baby crab tu sikittt. Ya Allah seleranya tengok menu menu kat sini yums yumsss
Byk betul menunya… terliur liez tgk… beverages pun byk pilihan.. liez berkenan tgk french toast tu. .klau pergi ni mmg rambang mata nak pilih yg mn satu
singgah sini tengah malam..terus rasa lapar..semua nampak sedap!
Sis pun sama Nina, kalau bawa atau jumpa Geng sekolah, mesti nak jumpa di tempat makan best macam ni, baru puas borak dan makan, rasa berbaloi me time tu kann..
Sis ko nengok pun terliur…nanti nak juga singgah merasa lerr…
The food there look so delicious! Best for ppl living kat Cyberjaya dan Putrajaya. If I happen to go there, will try it out too
kannnnnn memang sedap beef black pepper tu,sue nak bawa adik makan sini minggu depan ,di cuti heheheh
Menu dia semua nampak sedap and menyelerakan. Iza tak pernah lagi try makan sini. Nanti lepas habis pantang la cuba mkn sini.
Nampaknya..ramai yg review makanan nie…sedap2 nampaknya..selalu k mid ada urusan kt Putrajaya…bolelah try yg nie…thanks for sharing
wahhhh cyberjaya dah ada port makan best lah. Kreatif betul buat ikan terpusing macam tu. Power lah. Menu dia pun banyak yang best.
Sedapnya semua.. Tak pernh makan dekt culyberjaya juga.. Boleh try ni
wah..sedap sedap belaka.. banyaknya makan..
Menu dia mmg perggghhh sedap2 tu.. mst kak nina rasa semua kan.. kalau singgah cyberjaya boleh la try makan kat sini
wow looks nice to try them out. so far we went eat only in kopitiam :D, it was limited 3 pax per table.
Wahhh menarik, nanti nak pergilah makan kat sini. Menu² dia nampak sedap!
Ishhhh semua nampak sedapnyaaa. Nak kena ajak hubby i pi ni.