As’salamualaikum dan salam sejahtera.. Dah banyak … diulangi…. Banyak, banyak kali Nina terperasan gambar masakan/dessert Nina di culik oleh si pencuri siber. Hurrmm…
Mula-mula dulu memang lah Nina akan terasa hati bila nampak gambar masakan Nina kat wall fb page/blog lain. Macam-macam rasa ada. ,…
Bohong lah kalau Nina tak terasa sedih, marah, kecewa, geram, menyampah dan macam-macam rasa lagi !!! Rasa yang akan menyuntik aura negetif dalam diri Nina.
Tak suka , tak suka….
Dan Nina juga tak nak buruk sangka fikir bukan-bukan macammana mereka sampai hati ambik gambar tanpa kebenaran dan ada lagi >>>>>> siap boleh buang ‘Watermark’ dan cover/’tutup’ ngan watermark mereka. Hamboi..!! Banyak lak masa nak buat semua tuu….
Kan senang click share ajer?
Nina nak prepare masak, memotong, mencuci, menyediakan, snap picture, mengemas, type dalam blog, edit gambar letak watermark, publish semua tuuuuuuuuu memerlukan masa. Itu belum nak mengemas segala yang dah digunakan termasuk kerugian masa bersama family.
Bukan apa….. Niat Nina memang ikhlas setulus hati nak share segala yang Nina publish samada di fb Nina, IG mahupun kat blog cuma Nina TERKILAN di sini…
Nak resepi atau info apa-apa… Ambik laaa… tak larang pun,
tak perlu nak type “mohon share’, “halalkan resepi yea” dan macam-macam lagi.. tak perlu….
Nina tak kisah pun…
Cukup sekadar menghormati hakmilik tuan empunya gambar/resepi sahaja dengan cara click “SHARE”. Tak perlu susah payah nak edit gambar, edit resepi tambah itu, tambah ini…. end the end resepi tak menjadi habis disalahkan, dimaki, dikata belakang tuan empunya. Hakikatnya resepi /gambar sebenar adalah berlainan.
Camner tuu..?? Senang-senang dapat dosa kering, iyer tak?
Bagaimana pula jika anda si pencuri menjana pendapatan dari resepi/gambar yang anda curi? Nak jadi Robin Hood eh? Itu kat oberseas ehh…. Ini Malaysia. Syukur Malaysia masih aman. tetiba lak~
Ada Restoran tuu tak mau mention nama ambik gambar masakan Nina buh kat menu. Macam menarik jer kan? Sekali order sampai tak serupa gambar. Camner?
Hhrrmm…. fikirlah sendiri.
Sebelum-sebelum nie Nina lebih pada tutup sebelah mata kalau nampak kat fb atau blog lain. Malas nak bising-bising.. Tapi bila dah lelama sangat nampak dan semakin banyak berleluasa, ini mendatangkan marah! aik? macam dialog P.Ramlee lak~ hehee
Antara gambar yang selalu menjadi pujaan hati si pencuri
Ini sebahagian… Tak done nak review lagipun bukan cantik mana pun gambar2 Nina nie…. Biasa-biasa jer. Kenapa ehh..?
entah lerr…. Nina tak layak nak buat kesimpulan sebab apa dan kenapa anda sanggup curi. Tak mau buruk sangka…. U all sendiri ada jawapannya…
Akhir kata, Nina mohon maaf andai apa yang Nina luahkan ini membuat u all (si pencuri) sakit hati or sakit mata atau sakit apa2….
Jangan salah sangka…. Nina tak marah tapi nasihat! cer baca ala-ala dialog P.Ramlee
Ikhlas,
Nina Mirza
sy pn senasib dgn akak…
dh la tu siap crop gmbr x bg npk watermark plk…
nasib2….
x habis2 kes mcm ni..sbb tu le ai tutup blog.kat page/group fb ramai pencuri pic blogger.kita dh marah depa boleh buat dek.sakit hati.kang ada kena bom atom kang kan..
Kita kaum blogger/FB mmg ada hak sebab itu mmg hak milik titik peluh kita. Kerana perbuatan pencuri2 spt tu lah ramai blogger dah tutup kedai, kan rugi semua org…. Kalau nak buat duit pun berapa ciput jer lah dapat duit iklan tu… tak berbaloi di jilat api neraka….
Nina jgn buat watermark hujung2, takut dia boleh crop ke apa…
Dah nama pun mencuri, tgk lah nasib dia cam ner. Nina sabar je ye