Ulser Mulut Bahaya, ya bahaya! Memandangkan ramai yang bertanya sejak Nina post gambar ulser mulut teruk anak Nina, so Nina kongsikan kat sini sikit kisah Anak Nina no.3 – Yana. Ceritnya lebih kurang awal tahun dia mengadu ada ulser kat mulut dia. So macam biasa buh laaa bonjela dengan harapan akan sembuh macam biasa. Lelama yana tu senyap jer. “Dah baik laaa agaknya tu..”
Tak lama kemudian Yana kasitau ulser dia semakin besar. Allahu… Memang besar dan nampak bengkak dah mulut dia. Kawasan bibir besar sebelah
Dan rupanya ada Gigi taring kat tepi ulser tu. So Punca terjadi ulser tu sebab Gigi taring yg baru tumbuh tu tajam hingga menyebabkan ulser tak boleh sembuh lalu ianya membesar menjadi daging lebih menutupi ruang celah antara gigi.
Sakit dah lama
31/5 Geng bawak Yana ke klinik biasa. Risau infection sebab nampak ulser mulut tu dah bengkak. Mak mana tak risau bila nampak dah semakin teruk. Nina ni pulak overthinking. Biasalah typical MakMak kannn? Dok terbaca : Ulser Mulut Teruk Petanda kanser Oh No!
Pastu Doktor sarankan refer ke Klinik Pergigian.. Ok ni bukan ulser mulut biasa-biasa. Huhuuu . . . then Nina call Klinik Pergigian gomen kat kawasan rumah dapatkan date appointment.
Gigi berlapis bertindih antara gigi susu dan gigi betul
2/6 Pertama kali Yana jumpa dentist. Seram sejuk dia. Doktor bagitau ulser ni dah jadi trauma. Dibalik belakang Gigi taring ada Gigi susu yang perlu dicabut. Sebab gigi susu masih , so Gigi taring kekal yang baru keluar naikkan ke atas.
Doktor cabut gigi susu taring tu. Ya kesakitan.
Yana mudah rasa mual. Beberapa kali asyik nak termuntah.
Yelah.. 1st time cabut gigi kat KK. Doktor bagi ubat kumur Chlorhexidine dan ubat spray ulser Aftamed kena beli kat Farmasi. Dekat RM30 gak rege nya .
Rawatan susulan seminggu kemudian.
Kena rujuk ke Hospital
9/6 Doktor check dan refer ke Hospital Selayang sebaiknya. Kemungkinan kena surgery daging lebih tu. Sebab nak tunggu susut kecut sendiri makan bertahun katanya.
Doktor KK yang uruskan appointment ke Hospital Selayang 9/6 – Rezeki Yana dapat Slot appointment cepat.
9/6 Doktor pakar check. 1st time doktor dapat Kes ulser sampai jadi daging lebih. Helok pulak daging tu terbentuk membesar dok betul-betul antara celah gigi dah sama membesar ngan gigi taring tu.
Kena buat pembedahan ulser semakin parah
Persoalaan demi persoalaan Nina tanya.
Yelah.. Mak ni kekadang over thinking kan?
Berapa lama proses surgery – dalam 30 minit paling cepat, bergantung pada keadaan patient juga
Maksudnya – patient perlu beri kerjasama. Dok diam kawal emosi tak memberontak ke. Gitu laa…
Cara teknik kawal rasa mual semasa pembedahan mulut dilakukan
Alamak! Yana mudah rasa mual nak muntah.
Camner Doktor?
Kena belajar teknik pernafasan ikut hidung. Rasa muntah tu psychology dia jer kata doktor.
Doktor suruh goyangkan jemari kaki, so mind set yana tertumpu pada kaki kena gerak. Kurang lah rasa mual nak muntah dia tuuu.. Mama dok kata “Yana, goyang jari kaki, Yana buat macam tengah scuba, Yana Yana Yana..” Gigih laa mama nak tenangkan Yana
So lepas surgery, proses penyembuhan berapa lama? Adakah ulser ni boleh terjadi semula?
Penyembuhan dalam seminggu lebih dan kemungkinan boleh terjadi semula ulser ni sebab Gigi taring tu tajam masih disitu.
Apa solution doktor?
Good question. Ok kita buatkan plastik cover gigi atas (macam retainer) supaya tajam Gigi taring tak melukakan lagi tisu dalam mulut dia.
Rupanya proses nak buat acuan tu bukan mudah. Beberapa kali tak jadi. Sebab Yana asyik nak termuntah. Huhuuu.. Kata doktor , kawasannya ni sempit dan bukan mudah untuk proses surgery nanti. Sian Yana…
Rezeki Yana, slot surgery cepat.
Before that kena pi Hospital Sg Buloh dulu x-ray Gigi. Nanti lepas operate kena refer doktor braces pulak.
Hari pembedahan
17/6 Tarikh keramat buat Yana
Sejujurnya nampak laa Yana nervous, pucat juga tengok dia. Tapi Yana ni kuat semangat orang nya. Tak padan dengan size kecik comel. Dok pesan gak zikir zikir, doa bebanyak supaya tenang dan prosesnya cepat selesai.
Memula doktor beri ubat bius kawasan yang nak do operate. Sebelum operate, doktor pakaikan Yana retainer. Malangnya Yana asyik nak termuntah. Tak biasa, tak selesa. Doktor kata mungkin besar panjang retainer ni kat lelangit dia. Doktor potong kecik kan sikit sizenya sehingga Yana selesa pakai.
Dah selesa baru laaa doktor mulakan proses surgery. Doktor dok pesan, tangan Yana dok diam dalam apron. Sebab sebelum ni beberapa kali jugak tangan Yana pun sama nak buat keje doktor. Huhuuu…
Hati ni tak terkata tertengok air mata Yana mengalir, pastu tangan Yana mengigil tahan sakit. Tabah yaaa sayang… Sikit lagi nak siap. Andai dapat tukar orang, mama sanggup ganti tempat Yana sayang!
Minggu depan jumpa doktor semula check jahitan dan sebulan nanti jumpa pakar braces pulak.
Lepas operate makan yang lembut
Seminggu ni Yana kena makan yang soft jer..
So ahli rumah moh ler kita sesama makan bubur minggu ni support Yana.
Selain tu elakkan makanan yang panas. Sebaiknya makanan minuman suhu bilik. Ice cream digalakkan!
Doktor kata makanan, minuman, ice cream yang sejuk-sejuk nanti rasa kebas, kuranglah rasa sakit kawasan jahit tu. Semoga cepat sembuh Yana. Aamiinnn..
Dalam sejam lebih juga proses surgery. Alhamdulillah selesai akhirnya.
Kawasan mulut nampak bengkak, take times gak nak surut. Doktor bagi ubat kumur dan gel sapu kat kawasan jahit tu. Kena keringkan dulu kawasan tersebut baru letak gel. Cam ngeri jer… Nak tak nak kena gak buatkan nanti. Huhuuu
Tanda-Tanda Ulser Mulut
Kebiasaannya tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm besarnya.
Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
- Ulser yang Besar dan Dalam: Ulser mulut biasanya muncul sebagai luka kecil atau sariawan. Tetapi jika ulser tersebut sangat besar atau dalam, ia boleh dianggap sebagai tanda bahaya.
- Tidak Sembuh dalam Tempoh Lama: Ulser mulut biasanya sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu. Jika ulser anda tidak sembuh dalam tempoh yang lama atau bahkan semakin teruk, ini adalah tanda bahawa ia mungkin menjadi masalah yang serius.
- Kesakitan yang Teruk: Semua ulser mulut boleh menjadi sedikit sakit, tetapi jika anda mengalami kesakitan yang teruk yang mengganggu makan dan minum, ini adalah tanda bahaya.
- Demam dan Kebasahan: Jika ulser mulut disertai dengan demam, keletihan yang teruk, atau tanda-tanda jangkitan seperti nanah, ini adalah tanda bahawa ia mungkin telah menjadi jangkitan bakteria atau virus yang serius.
- Sukar Makan dan Minum: Ulser yang besar atau dalam boleh membuatkan sukar untuk makan dan minum dengan selesa. Ini boleh menyebabkan dehidrasi atau masalah pemakanan.
- Kesulitan Bicara: Jika ulser mengganggu kemampuan anda untuk bertutur dengan baik atau menyebabkan masalah pengucapan, ia adalah tanda bahaya.
- Muncul Bersamaan dengan Masalah Kesihatan Lain: Jika ulser mulut muncul bersamaan dengan masalah kesihatan lain seperti penurunan berat badan yang tiba-tiba, berdarah dari mulut, atau tanda-tanda penyakit autoimun, ini adalah tanda bahawa ia mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan yang lebih serius.
Jika korang mengalami ulser mulut dengan tanda-tanda bahaya ini, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor atau pakar pergigian secepat mungkin untuk penilaian dan rawatan lanjut. Ulser mulut yang diabaikan boleh menjadi tanda penyakit serius atau keadaan kesihatan yang perlu diagihkan secepat mungkin.
Punca Terjadinya Ulser Mulut?
- Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
- Daya menahan sakit yang lemah.
- Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
- Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
- Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
- Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
- Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering.
- Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
Rawatan Ulser Mulut
Alang-alang dah citer pasal ulser, Nina kongsikan punca rawatan ulser mulut tuk korang. Moga ianya dapat dijadikan panduan bersama. Langkah-langkah Yang Boleh di Lakukan
- Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
- Kurangkan air berasid.
- Gunakan antiseptik untuk berkumur.
- Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti.
- Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit.
- Minum air masak dengan kuantiti yang banyak.
- Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks dan atau Arcalion.
- Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12.
- Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
- Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- Pengambilan probiotik seperti Acidophilus yang terdapat dalam bentuk kapsul atau di dalam Yogurt juga boleh membantu.
Ulser Mulut Bahaya
Ya bahaya ya. So pasni jangan lah pandang remeh perihal Ulser Mulut Bukan sakit yang biasa-biasa. Huhuuu . . .
Buat yang punya anak kecil, ketahui lebih lagi tentang : Ulser Mulut Bayi
Oooo takutnya kak tengok.. anak saya yang sulung selalu kena juga.. risau pula..
Kesiannyaaa, tapi by the time I baca ni mesti dah sihat dah kan.
Usually ulcer mulut ni takkan lasts longer than a week, so within 1 week tu boleh je try minum air suam, guna bonjela etc.
Tapi kalau persistent lebih dari 1 week tu dah boleh start jumpa doctor, risau takut dah infected ataupun kes traumatic ulcer mcm adik yana ni 🙂