As’salam dan salam sejahtera … Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya … Amin. Jumaat kembali lagi …. Manfaatkan Jumaat yang mulia ini dengan perbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita , Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Moga-moga dipermudahkan segala urusan untuk hari ini dan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya…
SUP AYAM
1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah – di hiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inc halia – dititik
2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega
Sampingan ;- kentang, carrot, chicken ball
Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Panaskan mentega,
2- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3- Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
4- Masukkan kiub ayam dan sup bunjut & sos tiram. Kacau rata
5- Kemudian masukkan ayam, kentang, carrot dan tambahkan garam secukup rasa.
6- Masak hingga ayam dan yang lain-lain empuk.
7- Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasi.
8- Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.
Ok … dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula. Setelah ditoskan, perap ayam bersama bahan-bahan dibawah seketika. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu …
AYAM MADU (gambar single Ayam Madu tak dapat disertakan. Cepat ajer licin nyerrr)
Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
Cara penyediaan Ayam Madu :-
1- Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi.
2- Perap sekejap. (sementara tunggu nasi dah siap masak baru goreng >> makan panas-panas sedapppp)
3- Kemudian goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.
NASI AYAM IPOH MALI
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia – dikisar
3 biji bawang putih – dikisar
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Cara penyediaan Nasi Ayam Ipoh Mali :-
1- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
2- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
4- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
5- Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
6- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
SOS CILI MERAH
10 – 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia – ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
sedikit sos cili dan sos tomato
garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan Cili Merah ;-
1- Masukkan semua bahan didalam blender
2- Kisar ala kadar, jangan halus sangat
3- Masak hingga mendidih dan pekat
4- Masukkan cili sos & tomato sos sedikit + garam dan gula secukup rasa
5- Kalau terbuat terlebih boleh simpan dalam peti ais buat cecah keropok atau cucur. Sedappp ….
2 ulas bawang putih – dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris – ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2
Cara penyediaan Sos Kicap :-
1- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih.
2- Pas tu masukkan cili dan garam atau gula.
3- Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.
Bahan Hiasan
Daun salad
Tomato
Timun (Nina tak letak punn)