Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Nafkah Anak Kandung Wajib
February 21, 2018December 19, 2023

Nafkah seorang anak sehingga bila?

Anak adalah anugerah terindah dari Allah. Setiap anak ada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Rezeki tidak datang bergolek, haruslah berusaha dan ianya adalah sebahagian dari ibadah dan tanggungjawab. Nafkah anak kandung wajib tak kiranya anak perempuan atau anak lelaki perlu ditunaikan dilunaskan walau apa cara sekalipun. Ianya mengikut kemampuan bapa.

Isi Kandungan hide
1 Nafkah anak
2 Sampai bila bapa masih wajib menanggung nafkah anak?
3 Kewajipan bapa
4 Nafkah anak di sisi undang-undang
5 Hak seorang anak kandung
6 Nafkah anak perempuan
7 Nafkah anak kandung wajib didahulukan
7.1 Nafkah anak kandung vs anak tiri
7.2 Related posts:
8 Ayam Goreng Kunyit Berempah
9 Resepi Sambal Sotong
10 Resepi Muffin Pandan - menu minum petang paling cepat mudah
11 Kuih Bakar Kentang

Nafkah anak

Mungkin ramai yang tahu bahawa nafkah seorang anak perlu ditanggung oleh bapanya sehingga umur 18 tahun atau sehingga anak tersebut berkahwin atau mampu menanggung nafkah dirinya. Namun hakikatnya pada masa kini, kebanyakan anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas masih dibangku sekolah atau di pusat pengajian tinggi, yang masih memerlukan biaya bagi menampung yuran pengajian dan sara hidup mereka.

Nafkah anak kandung wajib

Sampai bila bapa masih wajib menanggung nafkah anak?

Di samping itu terdapat juga anak-anak kurang upaya dari segi fizikal dan mental, yang tidak mampu bergerak aktif seperti manusia normal yang lain, sampai bilakah mereka perlu ditanggung oleh bapa?

Nafkah menurut Syarak ialah mengeluarkan belanja kepada mereka yang wajib atas seseorang itu mengeluarkan untuk anak-anaknya, termasuklah semua hajat dan keperluan seharian seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya.

Kewajipan bapa

Kewajipan bapa mengeluarkan belanja nafkah kepada anak adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud :

”Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajiban bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa menderita kerana anaknya ; dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika bapa tiada).

Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, atas mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu serahkan (upah) yang kamu berikan itu dengan cara yang patut.”

Nafkah anak  di sisi undang-undang

Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan kewajiban seorang bapa menanggung nafkah anak.

Seksyen 73 (1) berbunyi – “Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. “

Kadar nafkah yang diwajibkan hendaklah sekadar menurut keperluan dan hajat, menurut keadaan dan kemampuan orang yang berkewajipan itu.

Firman Allah s.w.t dalam surah at-Talak ayat 7 bermaksud : “Hendaklah orang yang berkemampuan memberi nafkah menurut kemampuanya. Dan orang yang telah ditetapkan ke atas reskeinya, maka hendaklah ia mengeluarkan belanja (nafkah) berdasarkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Tidak dibebankan oleh Allah seseorang itu melainkan setakat apa yang diberikan oleh Allah kepadanya. Nescaya Allah akan menjadikan sesudah kesempitan itu kelapangan.”

Hak seorang anak kandung

Seseorang bapa bertanggungjawab menanggung belanja nafkah anak-anaknya sehingga anak lelaki mencapai umur baligh dan anak perempuan sehingga berumahtangga. Kewajipan ini adalah tidak bersyarat dan mutlak, tidak kiralah samada anak-anak itu berada dalam jagaannya atau tidak.

Sesetengah pihak cuba menafikan hak anak-anak mendapat nafkah atas alasan bahawa dia tidak dapat berjumpa anak atau dihalang dari berjumpa anak oleh bekas suami atau bekas isteri. Kewajipan membayar nafkah dan hak lawatan anak adalah dua perkara yang berbeza dan tidak boleh dijadikan syarat atau alasan untuk menafikan dan menidakkan hak anak bagi mendapat pembiayaan nafkah.

Sekiranya anak-anak belum boleh berdikari, anak itu miskin dan tidak mempunyai harta sendiri dan pada masa yang sama bapa itu mampu memberi nafkah, maka bapa tersebut masih bertanggungan untuk memberikan nafkah, walaupun anak bukan di bawah jagaannya.

Nafkah anak perempuan

Jika anak itu seorang perempuan, menurut mazhab Syafie dan Maliki, wajib nafkahnya ke atas bapa sehingga anak itu bersuami. Manakala menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, tidak wajib ke atas bapa memberikan nafkah kepada anak perempuan yang sudah besar dan boleh berusaha sendiri.

Pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali ini lebih sesuai dengan keadaan kini, di mana kebanyakan anak perempuan pada masa kini walaupun sudah bersuami telah berkerja dan berpendapatan untuk menampung diri sendiri.

Jadi sekiranya anak perempuan telah berkerja dan boleh menanggung nafkah diri sendiri, walaupun belum berkahwin, maka kewajipan bapa untuk membayar nafkah kepadanya akan tamat.

Nafkah anak kandung wajib didahulukan

Nafkah anak kandung vs anak tiri

Adalah amat rugi bila mana seorang ayah culas, tidak bertanggungjawab pada anak kandungnya tapi berlebih-lebih pula pada anak tiri. Perkara yang selalu terjadi dikalangan kita. Ketidakadilan yang dinormalisasikan. Sadis!

Alhamdulillah,  perkongsian ikhlas ni  dari salah seorang sahabat yang ingin Nina sampaikan untuk umum. Ilmu ini haruslah dipanjang-panjangkan agar kewajipan diperjelaskan. Sekarang ini banyak benda yang salah tapi dianggap betul sebab ianya dipandang normal hanya kerana kepentingan peribadi. Sesama kita perbetulkan normalisasi yang sudah terpesong jauh.

Anak  – anugerah terindah yang dipinjamkan untuk kita. Ladang pahala buat ibubapa.
Bagaimana acuan nya InsyaAllah begitu lah kejadiaanya. Semoga anak-anak kita menjadi anak soleh solehah dan anak yang memberi manfaat buat ibubapa kemudian hari. Aamiinnn

Related posts:

Ayam Goreng Kunyit Berempah

Resepi Sambal Sotong

Resepi Muffin Pandan - menu minum petang paling cepat mudah

Kuih Bakar Kentang

Lifestyle Parenting Tips Anak anugerah dari AllahHak anak kandungHarta faraidInfo - IslamicNafkah anakNafkah anak kandungnafkah anak lelakiNafkah anak perempuanNafkah anak tiriSeksyen 73 Enakmen Undang-UndangTips parentingTips rumahtangga

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. YB Shehan says:
    February 21, 2018 at 4:54 pm

    maklum.. terima kasih kongsi info..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes