Menu Sahur Paling Senang Bendi Masak Singgang
Kebiasaannya waktu sahur antara waktu yang mencabar nak bangun makan. Yelah, pepagi buta memang mata ni macam ada gam dinasor. Payah nak buka apatah lagi nak ngadap nasi. Menu Sahur Paling Senang Bendi Masak Singgang
Selalunya kesian tuk kaum ibu kita lah tuu yang bertungkus lumus menyediakan juadah sahur. Bukan mudah nak masak menu yang gerenti boleh bikin kaum keluarga nak jamah makan. Kann….
Menu paling simple, cepat dan senang di masak
Singgang Bendi antara menu paling simple , cepat , mudah di masak. Anak-anak Nina suka bila Nina masak style singgang gini. Nanti last-last depa hirup kuahnya. Mak nya lagi laa suka sebab sap sap suiii aje masaknya! Giler tak suka, ye tak..?
Teknik masak singgang ni hanya perlu merebus sampai didih kuahnya pastu campak aje bendi. Tunggu didih lagi tutup api settel!
Selain bendi, daging antara bahan utama yang kerap orang masak style singgang. Cuma masa masak lebih lama laa bila masak daging. Lain laaa kalau ada orang nak sponsor tuk Nina piuk Noxxa. Tekan tekan teettt 3-5 minit siap! Alangkah indah nya saat memasak gitu… Mimpi jer laaa Nina ooiii
Bendi masak singgang ke asam rebus? erkk…
Ada orang panggil menu ni bendi asam rebus, ada gak panggil ianya masak singgang. Mana satu pun betul pun entah laa… Yang penting ini lah menu sahur paling senang! hahaa…
BENDI MASAK SINGGANG PALING MUDAH
Bahan-bahan
10 batang Bendi – terpulang banyak mana nak masak.
1 biji bawang besar – dimayang
5 keping cili kering – potong dalam 2inch (nak pedas letak cili padi lagi syiokkk)
2-3 keping asam keping
Sedikit ikan bilis – tumbuk-tumbuk atau gitu aje (udang kering pun sedap)
Air
Garam secukup rasa
Cara penyediaannya
1- Bendi dicuci bersih dahulu. Kemudian potong sikit pangkal dan hujungnya.
2- Masakkan kesemua bahan dalam periuk kecuali bendi. Masak kuahnya hingga mendidih
3- Selepas mendidih masukkan bendi dan masak seketika. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4- Tutup api dan sedia dihidangkan
Sambil makan ngan nasi panas-panas, memang layan lauk bendi masak singgang ni… Slurppp slurpppp hirup kuahnya!
kami panggil sayuq air jer.
kalau masa husband xde suka la masak ni sebab dia tak suka sangat makan mcm ni.. campur plak budu dgn ikan goreng.. adehhhhh
Juju mmg suka makan singgang…mudah perangat ulang2 mkn 3 hari berturut2 pun tetap sedap singgang…senangnya hidup!
weeee feveret sue ni kak.
Cicah budu sedap gak nih haha tp laki kureng gemar makan bendi kikiki
The cooking steps you shared are great. I will learn how to cook your food.
This is a wonderful and healthy recipe that is easy to make. I will inform everyone.
Your recipes are very healthy and delicous. I love all of them. I will cook them for my family.