As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Ini antara menu yang rajin Nina masak. Rajin konon… hehee
Sebenarnya malas nak masak pelbagai menu lain, so semua pun Nina masuk sekali dalam ni. Senang kan…..?? Tak perlu masak menu sayur lak.. hihii
Kot apa yang ada stok dalam fridge tuu, masukkan aje. Janji boleh makan dan disesuaikan ngan bahan utama. Jalan…
Sebelum ni Nina pernah share Ayam Goreng Kunyit yang fofuler sebagai menu lauk tuk nasi campur. Orang keje office suka menu ringkas gini.
Orang kat rumah pun suka gakkk…. hehee
Oh ya, kot nak tengok resepi Ayam Goreng Kunyit silalah click Ayam Goreng Kunyit
Manalah tau, resepi yang Nina sharekan ini memberi inspirasi buat uolls yang buntu nak masak apa nanti….
Kali ni gambar live update dari dalam kuali kat dapur kecik Nina.. Tak done nak buh kat pinggan bagai Baby Eilhan dah berbisik kerinduan lagi syahdu nak bully mama dia ni…
Semak Phone lak ada tepi ni, terus snap aje asal done… Kalau tak jawabnya memang tak akan wujud pun kenang-kenangan gambar bersama sotong goreng kunyit ni..
Chewahh~~ jiwang lak! hahaha…
Ngan sotong pun layan.. Jangan muntah hijo lak ehh Biasalah surirumah yang didera oleh baby nya sentiasa. Huhuu …
Moh lerr… tengok resepi sebelum Nina meneruskan puisi indah yang kengkonon bak mimpi digapai pelangi petang. Walaupun pandangan semakin kabur dek Jerebu..
SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
500gm sotong sederhana besar – cuci bersih dan potong bulat 2 atau 3
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya – potong serong
Carrot – potong kecil
Bunga kobis
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara penyediannya
1- Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sotong goreng hingga masak.
4- Masukkan sayur kacang buncis, bunga kobis dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~
Selamat mencuba!
Sedap buat makan sama nasi anget