Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 14, 2015December 21, 2017

Makan BEST SEDAP kat Shah Alam… Ada Western Food, Chinese Food, Malay Food, Ala-Carte.. Terbaik!

As’salamualaikum dalan Salam Sejahtera.. Dah lama gak Nina tak makan malam kat luar, Tak tahu nak makan kat mana. Terasa inginkan suasana tempat yang baru, fresh, luar dari kawasan tempat tinggal Nina. Agaknya makan apa yang best dan sedap kat area Shah Alam ya? 

Isi Kandungan hide
1 Makan best sedap Uncle Sam Shah Alam
2 makan best sedap Uncle Sam Shah Alam
3 Related posts:
4 SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA SEDAP MUDAH READY TO EAT
5 Happy Women's Day!
6 Hadoi . . . Dia dah buat perangai!
7 KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3
Baru-baru ni Nina dinner kat Uncle Sam di Section 15 Shah Alam, Selangor. Jauh dinner? Memang jauhhhh~ Nina dari Gombak, merempuh jammed segala memang seksa namun bila dah sampai legaaaa nya rasa. Tetiba gaya terus tukar lagak dah macam Maria Tunku Sabri  = ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan gitu…. hehee  Nina ni verangan jer lebey~

Makan best sedap Uncle Sam Shah Alam

Restoran Uncle Sam Seksyen 15, Shah Alam
Nina sukakan konsep restoran ni. Simple, santai, kemas, ‘retro’ dan paling suka >>>>>>> Bersih!
Dah bersih baru sedap nak makan kannn….. Hah tengok gambar nie…. 
 
restoran makan best sedap shah alam
Apa yang paling Nina suka kat sini adalah konsep menu yang all in one place – special dari tempat lain. Ada menu melayu, ada menu chinese style dan ada juga western! 
Senang  dan sangat banyak pilihan. Ini lah yang Nina kata BEST makan kat area Shah Alam ni! Bukan apa, payah nak jumpa restoran yang ada menyediakan chinese food dan bergabung ngan menu melayu dan western. Selalunya Chinese style restorannya hanya itu saja. lalalaa laalaaa …. saya suka, saya sukaa…!!  
 
Masuk aje dalam restoran mata terus tertumpu pada botol kaca yang dok posing kat tiap sudut ruang meja.  Air apa nie?  nak tahu….?? kena lah rasa sendiri~ hehee…. tapi jawapannya sedap! try laaa
Ini special….. Hanya ada di Uncle Sam. Harus cuba!

Memandangkan kat sini ada masakan cina, dengan laju Nina order beberapa menu yang menjadi Hot Killer !! 

Ehh… jangan risau, masakan ni tak membunuh anda pun~ sedap-sedap semuanya. kena dengan tekak dan selera Nina sekeluarga. 
makan best shah alam
Ini antara menu Ala-Carte yang terbaik kat sini…..
1- Banana Leaf Fish – recommended tau!
2- Sambal sotong
3- Ayam Kam Heong
4- Butter Prawn –  ini pun recommended! Nina suka~  
Ini Uncle Sam Steak Sensation…. menarik kann? kaya dengan cheese! Walla~
makan best sedap Uncle Sam Shah Alam
Eilman suka laaaa banyak Cheese Cheezy gini~ tarik tinggi-tinggi sayang… hehee
minuman best shah alam
Yang merah tuuu namanya Poison. Huh! Bukan racun tapi rasanya meracunkan kita untuk ‘meng’order lagi.. Sedap!
Yang putih tuu Coconut Shake. Sangat recommended! Sedap sangat. Smooth dan smootie~
Yang belakng oren tuu (tak nampak lah sangat) – I Love you.. kena rasa tau~
Dan yang green tuu Koh Samui. Sour sour sweet!
Mmmm….. sedapnya! eh ehh…. tinggalkan sikit tuk mama…!!!
Ni lagi sorang, dok belasah Coconut Shake ajer…. Sedap macam Ice-cream katanya..
chicken chop best shah alam
Ini favorite Nina. Chicken Chop grilled. Mabeles~ Suka sos black pepper nya… Baby Eilhan dok belasah wadges. Sedap lah tuu…. 

Amacam? Menarik kann…… 
Camner nak terjah?  Ini Alamat penuh

Restoran Uncle Sam
39G,Jalan Tukul N15/N,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Malaysia

Landmark : Dekat ngan Petronas Section 15
Bawah  >>>> Persatuan Ikram Malaysia Daerah Shah Alam
Sebelah >>> Coffee Lounge
Berjiran >>>> Continential Tyre
Seberang jalan >>> AAR Corner, Public Bank 

Susah sangat waze ajer terus ke lokasi~ 🙂 

Waktu operasi dari jam 11am-11pm
Off day -Ahad minggu ke-2 dan ke-4
Facebook Uncle Sam https://www.facebook.com/unclesam15
Instagram Uncle Sam https://instagram.com/15unclesam/
 
makan sedap Shah Alam



makan best sedap Uncle Sam Shah Alam
Ini lah Uncle Sam

Ni nak bilang waktu makan tengahhari aka  lunch hour, restoran ni full house! 
Ala-carte antara menu terhangat yang ramai pelanggan order. So far, service pun pantas walaupun ianya masakan panas dari kuali. Kualiti dan standard tip top. Ini jaminan Uncle Sam.

makan best sedap Uncle Sam Shah Alam

Keseluruhan **** menarik, sedap, cepat, bersih! Memang best dan sedap makan kat Restoran Uncle Sam  Shah Alam ini. Tak rugi datang jauh-jauh makan.

Nina akan datang lagi~









 

Related posts:

SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA SEDAP MUDAH READY TO EAT

Happy Women's Day!

Hadoi . . . Dia dah buat perangai!

KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3

Lifestyle Review chinesse style menuInfo - Food ReviewInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaJalan Jalan Cari MakanMakan BestReviewSantai-santaiShah AlamUncle Sam Shah AlamWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes