Boleh dikatakan setiap bulan pasti korang akan beli ayam kannn? Mau kan tidak… Ayam kann favorite menu anak-anak. Anggaran berapa ekor diperuntukkan seminggu stok ayam kat rumah korang? Korang beli kat mana ayam segar? Nina biasanya geng belikan kat pasar borong. Ayam segar. Mahal sikit tak pe puashati. Kannn…? Tapi tu laa… Kena tunggu Geng beli kan, dia lagi expert bab beli bahan masak ni. Nina masakkan jer.. HEhee… Ayam BISMI Beli Online hantar rumah
Tu ari pas baca blog Ben Ashaari pasal kenapa aku pilih ayam BISMI terus rasa teruja nak order gak! Maklumlah depa ni ada servis siap hantar ke rumah. Cayalah! Tak payah dah tunggu Geng belikan.. Dia laaa senyum, kurang satu keje dia. Eksyenn dia
Kebetulan masa tu tengah isu kat group BMF pasal ayam yang dijual kat sebuah hypermarket rupanya tak sembelih. Nauzubillah… Moga dijauhkan kita semua dari perkara sedemikian. Aamiin…
Sekarang tidak lagi was-was dan meragukan sebab adanya AYAM BISMI. Halal, Bersih Suci
Lantas Nina pun order Ayam Bismi, yang dok viral tu.. Dah nama food blogger kannn , mana makan sedap kita cuba, kita share, nak plak isu ayam HALAL gini, opkos kena share…
“Mencari yang halal itu wajib”
Ayam BISMI Beli Online hantar rumah
Syoknya order ayam Bismi ni, cepat weyhhhh depa respond. Hantar whatsapp sekejapan dah reply. Fuhhh…. Cayalah!
Ayamnya plak ada pelbagai pilihan nak order. Nak order sekor boleh, ayam potong 9 ada, part-part pun ada.
Seronok laaaa mak! Anak-anak suka makan part peha, ari tu Nina pulun order part peha, sekor, dan ayam potong sembilan.
Mudahnya urusan masak memasak bila depa dah siap potong. Bukan tu ajer…. Dah siap cuci bersih lagi..!!
Semalam order ari ni dah sampai. Waktu penghantaran plak ikut suka kita nak suh depa hantar bila. Pepandai laaa korang berjanji setia ngan despatch depa. Senang kawwwtimm
Sampai jer rumah defrosted, bilas dan dah boleh terus masak. Mudah jimat masa kann… MakMak surirumah pun busy weyhh… Cam lipas kudung dibuatnya. Macam jer ehh… Tak suka Lipas!
Tadaaa…
Dah siap masak dah Ayam BISMI Nina.. Masak malam kannn, so gambar ni pencahayaan kureeenggg . Harap maklum laaa eh
Cara Masak Resipi AYAM BISMI Goreng Cheese Paling Mudah Senang Ringkas Style Nina
Bahan-bahan
2 keping dada ayam atau apa-apa part yang kurang suka. Opkos anak-anak suka part drumstick kann..?? Buat untuk depa, maka masak jer apa depa suka.
Serbuk tepung serbaguna berempah Noraini’s
Mozarella cheese secukupnya
Cara tak ringkas gini lak . . .
susah sikit lagi leceh. Kot kurang rela bersusah payah
6-7 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu serbuk kari
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
Serbuk roti
Garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya
Cara masak Ayam BISMI Goreng Cheese ala Korea Paling Senang Mudah Ringkas
1.- Defrosted Ayam BISMI, bilas dan toskan. Kalau order part dada, potong bentuk dadu. Macam Nina kali ni masak part peha. Dah siap bilas ketepikan.
2.- Cara mudah ringkas, pecahkan telur dalam bekas besar, masukkan ayam tadi. Biar seketika. Pastu tabur serbuk tepung goreng serbaguna berempah Noraini’s . Salut rata dan goreng hingga ayam masak. Settel part ayam.
3.- Okey .. Nina share gak cara leceh sikit. Kot laaa ada yang rajin setinggi KLCC ker kann.. Tak suka pakai serbuk segera macam Nina. Nak kan rasa yang lebih Uummphhh…!!
-. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam. Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam. Perap 1 jam atau lebih.
-. Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi. Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata. Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
Amacam..? Terpulang nak follow yang ringkas senang mudah atau yang remeh temeh tu… Rasa dia so so sama jer.. HAHaa..
Okey.. sekarang kita sambung part yang paling menyeronokkan. Wajib buat. Kalau tak idok lerr nama dia Ayam BISMI Goreng Cheezy!
Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan. Kacau sehingga keju betul-betul cair. Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau salut ayam dengan mozzarella cheese tu … Sedia untuk dimakan.
Ppsstttt >>>
Pesanan terakhir, sila makan panas-panas. Dah sejuk bukan tak sedap tapi risau licin. Tak sempat rasa nanti. HEHee… Selamat mencuba!
Serius weyhh … Isi Ayam BISMI ni lain rasa sedap dia. Lebih lembut, empuk dan cepat masak. Tak sabar nak masak lain menu lak pasni. Nak kasi bakar sama dia. Nina ada order sekor dan ayam potong 9.
Kenapa pilih ayam BISMI
-
Diiktiraf Halal oleh Jakim.
-
Mendapat Persijilan MeSTI dari KKM.
-
Tanpa suntikan.
-
Tanpa hormon.
-
Bebas dari antibiotik merbahaya yang diharamkan oleh KKM.
-
Makanan ayam disahkan bebas dari sisa khinzir.
-
In house Dr Veterinar khusus untuk menjaga kesihatan Ayam Bismi.
-
Pasukan Teknikal Ladang yang mahir dan berpengalaman.
-
Visiting Dr Veterinar yang berpengalaman sebagai Konsultant Ladang Ayam Bismi.
-
Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam menternak, memproses dan menjual ayam.
-
Ayam Bismi memproses ayam dari ladang ternakan kami.
-
Kilang penyembelihan yang telus.
-
Pemilik dan Pekerja 100% Muslim.
-
Pemotongan percuma.
-
Penghantaran percuma (t&c applied)
-
Segar,halal,berkualiti dan selamat dimakan.
Ok, kalau rasa tak cukup lengkap gak apa yang Nina sampaikan ni, korang pi laaa mentelaah sendiri perihal Ayam Bismi ni kat
Website : http://www.bismicergas.com/
FB : https://www.facebook.com/AyamBismi/
IG : https://instagram.com/ayam_halal_bismi
Ahaa…. Jelas tak? Simple mudah faham kannn… Benda HALAL dah terang-terang dikasitau, lagi plak ianya memudahkan cara kita semua.
Ayam BISMI Halal order online delivery hantar terus ke rumah. Mudahnya hidup! Ayam siap potong cuci. Hanya defrosted bilas. Dah boleh masak. Jimat masa! Kannnn ….
Nikmat apa lagi kau dustakan? Chewahh…
So apa tunggu lagi… Pi laaaa order
Whatsapp jer dengan Tuan Azahar Basteng Ghani , click jer link ni eh …
Link Order : http://projekayambismi.wasap.link/
Dah dah … pi order . Mencari yang HALAL itu wajib. Jangan kata akak tak kasitau lak eh .. .
Meh tambah lagi sikit… kot dah order banyak stok ayam Bismi, tak tahu,, buntu kematu nak masak apa sama ayam Bismi tu… Nah
Baca : Ayam Masak Apa Sedap? Cara Masak Resipi Ayam Paling Senang Mudah Ringkas
thanks sharing kak nina. nak kena g cari cheese mozarella ni esok, nk try buat jugak, terliur tgk gambo
wohaaa! thanks for sharing
memang tengah cari ayam organik kalau boleh. sekarang ni pun mcm2 la isu BMF la, x sembelih la apa la..seram rasa nak makan ayam..
Tambah pulak tengah nak amalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan, ok la kot boleh try ni.
Harganya sama macam di pasaran ke atau lebih sebab ada fee delivery? So kira kena order sehari sebelum atau bole sampai pad hari yg sama kita tempah?
Ok juga choice ayam Bismi ni. Bagus sekarang dah makin banyak pilihan. Kita pun suka sebab senang nak dapat ayam halalan toiyiban. Anak-anak memang sentiasa suka ayam.. ayam wajib ada di rumah. Haha
Ok juga choice ayam Bismi ni. Bagus sekarang dah makin banyak pilihan. Kita pun suka sebab senang nak dapat ayam halalan toiyiban. Anak-anak memang sentiasa suka ayam.. ayam wajib ada di rumah. Confirm kena beli ayam.
Pernah makan ayam Bismi ni. Asal ayam ni kat utara kan?. Kat Kedah ni masa balik kampung suami memang orang dok mencari je ayam bismi ni. Bagus ayam ni takde cucuk2.
Bagus juga produk macam ni. Selamat
Rawlins suka kalau yang jenis datang dah siap nak masak je hahaha
Tapi syukur ada perkhidmatan sebegini – menghantar ke rumah dapat memudahkan surirumah dan wanita bekerjaya kan.
senang kalu ayam dah siap potong ni, mudah nak masak tak payah pikir nak potong bagai. boleh terus goreng je. amboi sedap pulak tengok ayam cheese tu
Bagus ada jual ayam macam ni, yakin untuk kita nak beli sebab dia bagi tahu ayam itu tak inject, tiada hormones and tiada chlorine. Dapat pula makan dengan cheese macam ni, aduh terliur. Ada jual kat mana lagi ye ayam bismi ni? Saya duduk gombak.
Menarik sungguh ni… yang paling menggamit hati ialah apabila adanya delivery… memang semakin best lebih-lebih lagi my better lf and me yang memang suka bebeno membeli di hujung jari ni… halalan toyyiban dan tanpa was-was lagi tu… memang terbaik…
Mudahlah nanti nak beli ayam… kena check dekat laman web ada penghantaran tak kawasan rumah/taman saya…
Menarik bukan setakat
Kita tak perlu was-was. Ayam ni juga kita boleh order dan dia htr . Memang terbaik
Bagusnya siap ada online order dan delivery tu! Saya selalu beli ayam segar kat pasar jugak. Jarang sangat beli kat supermarket. Tapi lately entah kenapa bila makan ayam je naik ruam huhu dah macam alergik makan ayam pulak
Bagusnya Ayam Bismi siap buat servis delivery. Mesti ramai mak2 suka. Tinggal order, tak payah susah2 pergi kedai. Paling penting halal toyyiban pulak tu. Peminat cheese mesti suka ayam goreng salut cheese. Nur suka ayam goreng aje hahaha
Memang senang bila ada penghantaran cam gini. Sis pun kalau ayam ni mmg dah ada selalu org htr kat rumah dr pasar. Sis selalu beli byk2 sb utk makanan anak2 bulus jugak..lps tu diorg dah siap potong kan..senang cerita
eyh senang ni. mek tercari cari gak ada tak perkhidmatan ayam potong yang mengikut apa kita nak masak. kan senang. hahaha. bayar lebih tkpe asalkan memudahkan kerja kita. kalau rajin nk potong sndiri pun silakan.
Ayam memang makan feveret..takde ayam lain sikit..hehehe…nampak menaik ayam ni..dijamin halal dan diyakini..boleh la beli nanti..dh siap bungkus mcm tu elok la..sennag kerj mak
Wahhh senanglah nk beli ayam yg terjamin kualiti dan halal lgi. Walaupun saya skrg ni mcm kena kurangkan makan ayam, tapi bolehlaah saya suggest family untuk beli ayam bismi nj.
Yang penting Halal dan juga diyakini selamat serta bersih untuk kita orang muslim makan heheheeh lepas ni nak cari ayam tahu dah jenama apa kat mana Bismi lah hehehehe ayam pun nampak segar dan berkualiti….
Senang dan selamat dimakan. Sekarang pasaran memang banyak ayam yang suntikan hormon, terima kasih intro kan. Info yang amat memanfaatkan. Terima kasih.
bagus2. support Ayam Bismi. Kami di AzZainMart pun ada jual siap dengan penghantaran untuk seluruh Lembah Klang.
Dh mudah dh sekarng ni…order jeee kejap je sampai kan…xpayah nk keluar pegi kedai…boleh cuba order ni…