Sinopsis CEMBURU SEORANG PEREMPUAN sebuah naskah hebat! Ya korang kena tonton drama ini. Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing-masing. Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimanan.
Kerana cemburukan persahabatan suaminya, ia paranoid hingga sanggup melakukan sesuatu di luar kewarasan fikiran. Rentetan satu peristiwa, cemburu itu makin berkembang hingga memusnahkan. Kejam!
Amyra Rosly satu nama yang cukup terkenal terutama dengan watak dalam Drama NUR . Kali ni bergandingan dengan suaminya Amar Baharin dan watak utama drama baru ni diterajui oleh Emma Maembong. Naskah berat yang penuh dengan pengajaran dan emosi. Cukup menggambarkan kisah hidup yang terpampang dalam berita sekarang ni.
Sinopsis CEMBURU SEORNG PEREMPUAN
Mengisahkan Zikrillah berkahwin dengan orang yang dicintainya, Emilya. Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi. Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata, lalu mencadangkan Zik mengahwini sahabat baik nya sendiri , Dhiya’ kerana Emi tahu Zik dan Dhiya’ kawan sampai bila-bila dan tak akan wujud ‘cinta’ antara mereka. Hurmmmm . . .
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya’… kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu… – Dhiya
Emi mahu menggunakan Dhiya’ sebagai medium utk melahirkan anak dia dan Zik dengan teknik ibu tumpang. Dhiya’ rela kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik. Dia berkahwin dengan Zik supaya boleh melahirkan anak-anak untuk Emi dan Zik. Alahai baiknya seorang sahabat yang bernama Dhiya
Emi dan Dhiya’ tak dapat melarikan diri dari rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah, inikan pula Emi dan Dhiya’. Emi nekad Dhiya’ takkan memiliki Zik, walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya’ dan setia pada Emi.
Zik dan Dhiya’ memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak-anak hebat untuk Zik dan Emi, Zik mengaku hatinya terkesan akan kasih sayang dan pengorbanan Dhiya. Zik akui dia sayangkan Dhiya’ tapi cintakan Emi.
Isteri… melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal….
Emi sentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya’ sentiasa memberi ketenangan kepadanya, tempat dia mengadu segala galanya. Dengan Dhiya’ dia boleh bersembang apa saja, dengan Emi, hanya cinta yang membara.
Zik tidak mampu ‘bersama’ dgn Dhiya’ kerana terbayangkan Emi, dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yang mahu menggaulinya kerana rasa simpati, bukan kerana kasih dan cinta. Emi menyibukkan Dhiya’ dengan meminta Dhiya’ mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yang tak sudah-sudah menyemai rasa ragu-ragu Emi atas hubungan Dhiya’-Zik.
Isteri, di wajahmu ada syurga… yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu… namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita… aku lemas – Zikri
Emi mula mengongkong dan mengugut siap guna minyak tanah dan pisau. Jika Zik berlama-lama di rumah Dhiya’ Emi akan memukul anak-anaknya, mencemuh Dhiya’.
Dhiya’ sabar dan sanggup berjauhan dengan org yang dicintainya malah mencadangkan Nik pura-pura meluahkan marah kepada dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati.
Dhiya’ melahirkan anak keempat tanpa Zik. Dhiya’ pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu. Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya’ hingga sanggup berbohong pada Emi. Emi mengekori dan dendamnya mekar kembali.
Masa ketiadaan Zik, Emi mengajak Dhiya’ keluar lalu mencederakan wanita itu.. ni bukan kira tarik rambut, tampar-tampar ni.. Tanpa dapat kawalan emosi yang membara Emi menggunakanbesi utk meluluhkan seluruh anggota Dhiya’ hingga tercerai kedua-dua tangannya, wajahnya ditoreh dan dibakar agar Dhiya’ tidak mati tetapi menderita. Emi ditakluk syaitan! Dia dah gila! Allahu … tak daya nak tonton saat ni
Balik ke rumah dia nampak anak-anaknya yang empat orang tu semuanya mewarisi keindahan Dhiya’, dipenuhi ilmu dan amal, dididik dengan al-Quran, dibaja dengan rasa hormat kepada ibu, mama dan ayah mereka.
Kekejaman dalam diri Emi semakin membara, nyawa anak-anak itu digugat ibu sendiri, dua pergi untuk selama lamanya dua lagi mengalami trauma.
Emi mencederakan diri hingga mati. Zik teruji. Dhiya’ yang diterima sekarang sudah tidak sempurna, berkerusi roda, tangan-tangannya kudung, wajahnya berselubung. tapi hati Zik tetap terpaut. Aduh … sedihnya!
Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana… selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku…
Dhiya’ dicintai dan dikurniai lagi 3 cahaya mata yang suci.. Dhiya’ sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan menimpa. Hebatnya insan bernama Dhiya ni, 7 kali mengandung dan bersalin anak Zik. Akhirnya Dhiya bersyukur sahabatnya menyintai dirinya seikhlas ikhlasnya. Happy ending! Suka kannn . . . .
Drama adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Akan ditayangkan mulai 29 Oktober ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria slot DramaVaganza.
Info Drama Cemburu Seorang Perempuan
JUDUL : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL : Siti Hazneza Abdul Hamid
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin
WATAK PELAKON
Emma Maembong sebagai Emilia
Amyra Rosli sebagai Dhia
Amar Baharin sebagai Zikri
Bella Dowanna sebagai Kila
Dini Schatzmann sebagai Najib
Fauzi Nawawi sebagai Sufian
Lisdawati sebagai Lea
Sabrina Ali sebagai Nat
Amir Nafis sebagai Badri
Nazrief Nazri sebagai Shah
Mior Darwish sebagai Eizlan
Kerana cemburu mengatasi kewarasan!
Hebat hebat jalan cerita drama CEMBURU SEORNG PEREMPUAN ini. Ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakonnya. Bagi Nina watak utama nya Dhiya, mempunyai peribadi seindah senyuman gembira di wajah ibu tersayang. Menenangkan. Sikap lemah lembut Dhiya’.. dan sikap terlalu mengikut Dhiya’ kata yang melampau-lampau, tak pernah menuntut haknya sebagai isteri, dia cuma mahu berbakti kepada sahabat karibnya tu tolong laaa jangan ikut. Baik tak kena tempat. Stress tengok! Dhiya’
Kisah cemburu seorang perempuan yang mampu menghilangkan kewarasannya! Mampu menghancurkan diri dan keluargannya! Dia lah Emi. Geram sangat tengok dia! Sanggup mempergunakan sahabat sendiri untuk kepentingan diri sendiri dengan syarat yang tak masuk akal.
Best, banyak pengajaran dan pengisian dalam Sinopsis CEMBURU SEORANG PEREMPUAN ni kannn?. Geram sangat dengan sikap tak reti nak tegas Zikri. Seorang suami yang berkahwin dua tapi tak berlaku adil pada isterinya. Sikap Zikri yang tak reti nak tegas langsung, ikut jer cakap Emi memang tak boleh blah! Zikri pun kejam macam Emi gak sebenarnya. Benci tau!
Naskah ni agak berat tapi penuh dengan pengajaran dan sekarang ni memang banyak kes sebegini. Mental semua. Korang pi laa tonton Tonton Online Astro Gempak CEMBURU SEORANG PEREMPUAN, tapi mana yang ada heart attack tu sebaiknya makan ubat dulu eh… Memang stress tonton citer ni.
baca sirah nabi lagi bagus
Ada nampak iklan pasal drama ni. Tapi tak ikut cerita dia.
Thanks for sharing.I found a lot of interesting information here. A really good post, very thankful and hopeful that you will wr https://showbox.run/ ite many more posts like this one.