Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

INFAQ Kepada Masjid Secara Online
August 8, 2023December 17, 2023

INFAQ Kepada Masjid Secara Online dengan Cara Mudah Selamat

INFAQ Kepada Masjid Secara Online antara solusi terkini pilihan ramai | Dunia kini adalah dunia alam maya. Masing-masing pasti akan ada telefon bimbit yang dibawa kesana kesini. Jika tiada telefon bimbit ditangan pasti akan merasa resah dan bimbang. Kegunaan telefon bimbit sangat meluas pada zaman ini. Setuju?

Isi Kandungan hide
1 Semuanya dihujung jari! Mudah lagi memudahkan tetapi
2 INFAQ
2.1 Hadis kebaikan Infaq
3 Aplikasi Sujood
3.1 Online lebih mudah cepat jimatkan masa
3.2 INFAQ Kepada Masjid Secara Online mudah – boleh dilakukan dimana-mana
4 Kelebihan INFAQ di Aplikasi Sujood
4.1 Kenapa Memilih Aplikasi Sujood sebagai Platform Melaksanakan Ibadah?
4.2 Kelebihan Sujood
4.3 Bayar zakat melalui aplikasi Sujood
4.4 Tazkirah
4.5 Derma Masjid Online
5 Bagaimana cara Infaq kepada masjid yang mudah ?
5.1 INFAQ Kepada Masjid Secara Online dengan Cara Mudah Selamat
5.2 Related posts:
6 Ikan Patin Tempoyak Terbaik di GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK TEMERLOH
7 Chinese Muslim Food Restaurant yang sedap best kat BLUE GINGER . Ppsstt... Salted Egg Squid dia Ohse...
8 Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?
9 Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH

Mengikut kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa lebih dari tiga jam bersama telefon pintar dan menggunakan secara purata 323MB data setiap hari, menurut laporan terkini. Pelbagai kegunaan telefon bimbit seperti bermain game, media sosial, berkomunikasi ,membeli barang secara online dan membuat transaksi bayaran secara online. Semuanya dihujung jari!

Semuanya dihujung jari! Mudah lagi memudahkan tetapi

Dengan limpahan medium media sosial kini seperti facebook, tiktok, twitter dan yang paling terbaru thread menjadikan orang semakin khayal dan gila dengan telefon bimbit. Oleh itu jika tidak dibendung dikalangan kanak-kanak akan menjadi bahaya dan membazir waktu. Betul betul betul

Maka perlulah pengawasan dari ibu bapa dalam memastikan anak tidak terbuai dengan dunia maya ini sehingga mengakibatkan pelajaran dan kebersihan diri terabai. Berpada-pada dan bersederhana dengan penggunaan gajet untuk kanak-kanak

Kesan Keburukan Bahaya Gadjet Pada Mata Anak Kanak

Kita hendaklah menggunakan platform maya ini dengan sebaik mungkin kerana terdapat banyak manfaat yang kita boleh dapatkan. Antaranya menimba ilmu dengan mendengar kuliah melalui youtube dan mempelajari pelbagai ilmu baru melalui youtube. Ya tidak dinafikan sebab Nina antara yang suka dengar ceramah di youtube. Pelbagai banyak aplikasi  berfaedah yang kita boleh muat naik dan tersimpan dalam hp kita.

INFAQ

“Infaq” merujuk kepada satu amalan kebajikan dalam Islam di mana seseorang memberikan sumbangan atau derma kepada mereka yang memerlukan. Ia termasuk memberi bantuan kewangan, makanan, pakaian, atau bantuan lain kepada golongan yang kurang bernasib baik. Ia merupakan satu daripada konsep kebajikan dan beramal baik dalam agama Islam. Ini juga secara tak langsung memupuk rasa bersyukur dengan keberkatan rezeki , nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita selama ini.

Hadis kebaikan Infaq

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seorang manusia berkata: ‘Sesungguhnya harta yang paling aku cintai ialah dinar emasku, dan aku sangat mencintainya.’ Maka Nabi s.a.w. bersabda: ‘Apabila kamu telah mati, kamu pula yang paling tidak mencintai harta itu.'” (Sahih Bukhari)

Hadis ini mengajar kita bahawa meskipun kita boleh mencintai harta atau benda-benda dunia, tetapi kita sepatutnya tidak terlalu melekat kepada harta tersebut. Infaq adalah salah satu cara untuk melepaskan diri dari keluasan hati yang terlalu melekat kepada harta. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu bahawa harta yang kita cintai dengan sangat tidak akan memberi manfaat atau mempengaruhi kita ketika kita telah meninggal dunia.

Infaq adalah tindakan memberikan sebahagian daripada harta kita kepada mereka yang memerlukan dan kepada tujuan yang baik. Melalui infaq, kita bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga membersihkan hati kita daripada sifat tamak dan kelebihan cinta kepada harta dunia.

Aplikasi Sujood

Kini aplikasi Sujood hadir untuk memudahkan kita semua melakukan amal jariah. Aplikasi Sujood ini adalah aplikasi yang memudahkan kita menderma ke masjid-masjid secara maya. Terdapat fungsi butang hamba Allah yang tidak akan mendedahkan penderma. Menarik kannn? Sebaiknya bila melakukan kebaikan, tak perlu dihebah, dinyatakan kannn?

Aplikasi ini boleh dikatakan sebagai aplikasi yang telus kerana setiap transaksi dilakukan akan terus ke dalam akaun bank masjid. Sujood ini telah menyenaraikan sebilangan masjid dan surau di Malaysia. Masjid juga boleh menjadikan Sujood sebagai platform derma yang memudahkan orang ramai menyalurkan wang ketika masjid memerlukan dana. Setiap transaksi direkodkan dan urusan keluar masuk wang masjid akan menjadi lebih tersusun dan tepat.

Online lebih mudah cepat jimatkan masa

Kita sedia maklum dunia sekarang ini kebanyakan urusniaga boleh dilakukan melalui bayaran online. Jadi sayanglah jika pihak masjid masih berada di takuk lama yang hanya melalui medium tabung masjid. Kekurangan derma melalui tabung masjid ini adalah kutipan tidak meluas kerana terhad kepada orang yang berkunjung ke masjid sahaja.  

Oleh itu, dengan adanya aplikasi ini jaringan akan menjadi semakin luas kepada orang ramai. Pihak masjid boleh sebarkan link derma kepada orang ramai tanpa ragu-ragu. Selain itu, kutipan melalui tabung masjid mendedahkan kepada jenayah pecah tabung masjid. Tidak dinafikan, terdapat banyak laporan jenayah yang membawa lari tabung masjid. Untung jika masjid yang ada kemudahan cctv, jika tidak ada alamatnya berputih mata sahaja.

Mempunyai cash yang banyak akan menyusahkan diri untuk mengira dan menyimpan dalam bank. Dengan transaksi online, dapat banyak menjimatkan masa dan tenaga lagi memudahkan mempercepatkan segala urusan.

INFAQ Kepada Masjid Secara Online mudah – boleh dilakukan dimana-mana

Sebagai contoh, kita boleh menderma ke masjid di Kuala Lumpur ini tanpa perlu pergi ke masjid tersebut. Link derma masjid tersebut adalah disini https://suraualmunawwarahprimaalamdamai.sujood.net

Jika kita orang Kuala Lumpur tiada masalah kerana berdekatan, tetapi jika orang luar KL boleh menggunakan aplikasi Sujood untuk menderma.

Cara Mudah Selamat INFAQ Kepada Masjid Secara Online

Kelebihan INFAQ di Aplikasi Sujood

Dengan adanya aplikasi Sujood, korang lebih mudah untuk menderma ke masjid atau surau. Kebaikan aplikasi Sujood :

  • Mengelakkan risiko kecurian tabung-tabung di masjid atau surau.
  • Infaq korang terus sampai ke akaun masjid atau surau tersebut dan bukan di akaun Sujood.
  • Tak perlu bawa duit cash ke masjid atau surau untuk memberikan sumbangan.
  • Menderma dengan selesa, selamat dan mudah.

Kenapa Memilih Aplikasi Sujood sebagai Platform Melaksanakan Ibadah?

Korang boleh memilih aplikasi Sujood untuk melakukan ibadah dengan bersedekah secara online kerana korang boleh :

  • Derma di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  • Menjejak sumbangan yang telah dilakukan terdahulu.
  • Derma berterusan dengan mudah dan selamat.
  • Melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh individu lain.
  • Menderma menggunakan kad kredit atau melalui online banking.

Kelebihan Sujood

  • Derma Digital – Inisiatif ini membolehkan derma secara online
  • Derma ketika berkelana – Bantu mereka di kampung atau dimana berada derma dari jauh
  • 24 jam sehari 7 hari seminggu – Bangun pagi boleh sedekah sambil jogging boleh sedekah
  • Share link kepada kenalan – Perkenalkan kepada rakan taulan cara buat amal dengan mudah
  • Derma berterusan – Usaha sedikit tetapi konsisten adalah amal disukai Allah
  • Tidak ada apps masih boleh derma – Setiap Masjid/Surau ada link sendiri
  • Tidak perlu isi – App akan tolong auto-complete pengisian maklumat penderma
  • Derma secara rahsia – Rahsiakan derma anda dari diketahui orang ramai
  • Transaksi dicatit – Semua derma anda akan dipaparkan selepas pendaftaran akaun

Sekiranya korang berminat untuk menggunakan aplikasi “Sujood”, pastikan untuk memuat turunnya dari sumber yang sah dan sahih, seperti Google Play Store atau App Store, untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sebenar dan boleh dipercayai.

Bayar zakat melalui aplikasi Sujood

Selain dari itu, dalam Aplikasi Sujood ( https://sujood.net/ ) ini, terdapat beberapa kemudahan lain selain daripada derma masjid. Antaranya adalah Pengguna boleh membayar zakat melalui aplikasi Sujood. Pelayar Sujood telah menyenaraikan pusat zakat di Malaysia. Pengguna boleh terus kepada link tersebut dengan memilih negeri masing-masing. Transaksi zakat dapat dilaksanakan tanpa perlu mencari amil zakat atau ke pejabat zakat.

Ini berlaku kebiasannya pada bulan Ramadhan, di penghujung Ramadhan mungkin terlupa untuk membayar awal. Pengguna boleh terus membayar secara maya sahaja. Dengan itu, bayaran yang wajib telah pun dilaksanakn dalam bulan Ramadhan.

Tazkirah

Bukan itu saja, Aplikasi Sujood juga ada menyediakan tazkirah yang boleh pengguna mengambil manfaat daripadanya. Disediakan oleh para astatizah di negara ini pasti akan membuatkan pengguna dapat menimba ilmu melalui aplikasi ini. Ini sangat membantu dalam mengingati tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Derma Masjid Online

Dengan derma orang ramai masjid akan menjadi teguh dan kuat. Orang mula mengunjungi masjid kerana terdapat banyak kelengkapan yang disediakan pihak masjid. Hubungan antara masjid dan orang ramai akan menjadi erat kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Masjid adalah simbol umat Islam yang kita patut pertahankan.

Bagaimana cara Infaq kepada masjid yang mudah ?

Masjid kita adalah cerminan qariah dikawasan tersebut. Pasti apabila masjid menjadi indah dek kerana ahli qariah di kawasan tersebut. Selain itu, akan menjadi tarikan orang luar untuk ke kawasan tersebut. Orang bukan Islam juga boleh mengunjungi kawasan masjid dan siapa tahu menjentik hati mereka untuk menerima Islam. Tanggapan mereka terhadap agama ini ada yang dingin, jadi dengan menjadikan masjid pusat tumpuan di tempat tersebut pasti dapat menangkis segala persepsi buruk masyarakat bukan Islam di situ. Nama agama Islam akan terpelihara dan menrealisasikan agama Islam sebagai agama Indah dan damai.

Cara Mudah Selamat INFAQ Kepada Masjid Secara Online

INFAQ Kepada Masjid Secara Online dengan Cara Mudah Selamat

Penting untuk memilih platform infaq online yang sah, selamat, dan boleh dipercayai untuk memastikan sumbangan anda sampai dengan selamat dan benar-benar digunakan untuk tujuan kebajikan dan pembangunan masjid. Contoh terbaik ialah di Aplikasi Sujood!

Pastikan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi “Sujood” sebelum menggunakan dan menyumbang, dan pastikan ia sahih dan sesuai untuk tujuan derma korang.

Jom sama sama kita membantu masjid yang memerlukan dengan meninfak sedikit harta melalui aplikasi Sujood. Muat turun hari ini juga kerana terdapat banyak masjid yang menanti. InsyaAllah duit yang diterima pasti akan memberi manfaat kepada masjid untuk kegunaan pengimarahan. Masjid akan menjadi lebih kuat sekiranya mempunyai sumber kewangan yang baik. orang akan mula memenuhi masjid dan memakmurkan masjid di muka bumi ini. InsyaAllah Aamiinnn..

Related posts:

Ikan Patin Tempoyak Terbaik di GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK TEMERLOH

Chinese Muslim Food Restaurant yang sedap best kat BLUE GINGER . Ppsstt... Salted Egg Squid dia Ohse...

Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?

Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH

Parenting Review Tips Aplikasi SujoodCara INFAQINFAQINFAQ Kepada MasjidINFAQ OnlineINFAQ RAMADHANInfo - IslamicKelebihan INFAQProjek INFAQSUJOOD

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. anamizu says:
    August 9, 2023 at 4:33 pm

    sekarang mudah semuanya di hujung jari.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes