Sinopsis Drama Aku Cinta Dia TV3
Suka tengok Hannah Delisha yang punya raut wajah bak patung barbie. Mula mengenali beliau sejak dia jadi Duta Huawei. Cantik dia kannnn?
Aiman Hakim lak dah lama Nina suka tengok lakonan beliau. Terutama drama pertama dia ‘Vanilla Coklat’. Natural jer… Ingat lagi tak?
Drama yang tengah tayang kat TV3 Rabu – Jumaat 9 malam ni memula Nina tak layan pun. Tapi tertengok Aiman ni berlakon, eh eh… Macam best jer. Tengok laaa kejap. Sekali terus layan. HAhaa..
Full Sinopsis Drama Aku Cinta Dia Episod Akhir TV3
Nah… Details drama terbaru Aku Cinta Dia yang tengah tayang kat TV3
Menemukan gandingan Aiman Hakim dan Hannah Delisha. Drama 20 episod terbitan Saphire Screen diarahkan oleh Bahri Uma. Bakal menemui penonton bermula 26 Disember 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam di TV3.
JUDUL : AKU CINTA DIA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Natasha Elyzza, Idzham Ismail, Sasha Bashir, Zaefrul Nordin
WATAK PELAKON
Aiman Hakim sebagai Affan
Hannah Delisha sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Sarina
Ikmal Amry sebagai Akbar
Fahad Iman sebagai Ikhwan
Elly Mazlein sebagai Rima
Catriona Brian Ross sebagai Zaity
Fauzi Nawawi sebagai Dr Azhar
Zul Huzaimy sebagai Luq
Hafiz Bahari sebagai Ili
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Kamaruzzaman
Idzham Ismail sebagai Hakim
Natasha Elyzza sebagai Ariana
Sasha Bashir sebagai Katrina
Miera Leyana sebagai Anis
Nasz Sally sebagai Bib
Yuna Rahim sebagai Isya
LAGU TEMA / OST
Neon Band – Hingga Akhir Nanti
Sinopsis Aku Cinta Dia TV3
Kisah hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.
Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.
Laila kecewa bawa di ke Amsterdam
Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.
Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.
Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.
Bermula nya kisah Laila dan Affan
Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.
Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.
Perkahwinan mengejut Laila dan Affan
Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.
Persoalan demi persoalan
Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?
Full Sinopsis Drama Aku Cinta Dia Episod Akhir TV3
Best ke drama AKU Cinta Dia
Banyak kan persoalan? Hehee…
Secara ringkas, Mak Pak Laila tak setuju dengan perkahwinan dia dan Affan. Pastu Sarina dapat jumpa bapa dia yang sakit dan kemudian meninggal dunia. Harta banyak weyhhhh tuk depa. Sebab Harta juga Mak Tiri Affan meninggal dunia kena serang.
Masa Affan kat Amsterdam, Laila kat KL kena ragut dan cedera teruk. Sampai hilang ingatan. Tak Ingat Affan. Sian kannnn kat Affan. Memandangkan ingatan Laila masih kenal Akhbar (adik Tiri Affan) kawan masa dia belajar sesama maka mereka agak rapat lalu Akhbar meluahkan perasaannya dia cinta kan Laila.
Dalam pada tu Affan berusaha agar ingatan Laila pulih kembali dan cuba memenangi hati Laila. Ada satu hari tu, Laila terjatuh dan kepala nya terhantuk pada batu di sungai. Adakah ingatan Laila akan pilih Selepas kejadian tersebut? Kesudahannya lagi nanti Nina update lagi sampai cuter ni habis eh… Stay tune!
hahaha kaknina layan ek cite ni.kite tktau pon cite ni wujud 😀 hahaha
Dya,
Memula tak follow gak citer ni, TER tengok cam best jer…. Terus layan!