Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SINOPSIS DRAMA MENANTI SENJA
January 24, 2024January 24, 2024

DRAMA MENANTI SENJA SINOPSIS EPISOD 1 – AKHIR

Setelah tamatnya Drama Hati Tercarik Luka, slot Samarindra diteruskan dengan Drama Menanti Senja . Sebuah naskah yang penuh dengan emosi , isu kekeluargaan, antara dua darjat dan pengorbanan. Ada yang kata drama ini gabungan 2 filem hebat P.Ramlee iatu Filem Penarik Beca dan Ibu Mertuaku. Bezanya kali ini bukan Ibu Mertua tapi Abah Mertua! HAa… macam menarik kann?

Isi Kandungan hide
1 Drama Menanti Senja
1.1 Sinopsis Drama Menanti Senja
1.2 Cinta terhalang
1.3 Syukri pecah amanah?
1.4 Info Drama
1.5 OST Menanti Senja
1.6 Watak Pelakon
1.7 Tonton Online
1.8 Tentang Menanti Senja
1.9 Related posts:
2 Eeeeeeee.... LIPAS SEMUT ...!! Pergi jauh-jauh ..
3 Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV
4 Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
5 Sinopsis drama CHANDELIER Astro

Lama betul kita semua tak nampak Johan As’ari berlakon kann? Pada awal kemunculan kita semua terkesan dengan lakonan beliau dalam drama Juvana sebagai Botak! Sapa masih ingat lagi? Itu dulu laa… Sekarang Johan As’ari kembali dengan watak yang lebih matang, bergandingan dengan Trisha Ooi dalam Drama Menanti Senja.

SINOPSIS DRAMA MENANTI SENJA

Drama Menanti Senja ini turut disertai barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Sherie Merlis dan tidak ketinggalan kemunculan terkini pelakon hebat yang dah lama tak kelihatan iatu Khatijah Tan. Seka betul gandingan ini. Heroin nya Trisha Ooi juga not bad lakonan beliau. Dah tonton dalam Drama Surat Dari Tuhan . Excited nak tonton gandingan mereka dalam Drama Menanti Senja. Last-last (baca sampai habis) Nina ada beri sepatah dua kata pandangan Nina tentang drama ini. Huhuu . . .

Drama Menanti Senja

Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami lakonan Johan As’ari yang diuji hebat apabila terpaksa dipisahkan dari isteri dan anaknya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Bagaimana dia menanggung rindu sekian lama dan berjuang kembali menuntut haknya

Disisi lain pula bagaimana seorang ayah lakonan Faizal Hussein yang teramat sayangkan anaknya ( Trisha Ooi) sehingga tanpa sedar terlalu mengongkong kehidupan anaknya walaupun setelah anaknya telah berkahwin. Sehinggakan sanggup melihat penderitaan anaknya hanya untuk mempertahankan keegoan seorang ayah.

Sinopsis Drama Menanti Senja

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik / elektronik dengan sahabat baiknya, Epul (Syahmie Thsaqeef). Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun mereka dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka saling jatuh cinta pandang pertama. Pada awalnya ayah Sarah (Faizal Hussein) menentang keras perhubungan cinta mereka. Ini kerana taraf dan darjat yang bagaikan enggang dengan pipit. Macam Filem Menarik Beca tuu…

Abah lelaki pertama yang ada dalam hati Sarah, tapi Sarah cintakan Syukri – Sarah

Beberapa halangan , dugaan dan syarat terpaksa Syukri tempuhi untuk melayakkannya menjadi suami kepada Sarah. Sarah yang terlalu cintakan Syukri, mengambil jalan singkat dengan menelan pil tidur yang banyak dan di masukkan ke hospital. Nampak sepertinya Kamal amat bencikan Syukri. Tindakan Sarah menyebabkan Kamal berasa amat marah, rasa kecewa! Perasaan seorang ayah yang nak kan anaknya bahagia, tapi sedih melihat anaknya mengambil jalan mudah untuk menamatkan riwayat hidup kerana cinta di halang oleh ayah sendiri. Akhirnya Kamal bersetuju mereka berkahwin dengan beberapa syarat yang perlu Syukri tunaikan.

DRAMA MENANTI SENJA

Cinta terhalang

Sepanjang perkahwinan, hidup mereka bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suhana. Dalam mengecapi kebahagiaan pelbagai rintangan dan dugaan terjadi. Zaki (Kodi Rasheed) turut sama ingin menjatuhkan memecah belahkan Syukri kerana sifat dengki, iri hatinya terhadap Sarah yang selalu dapat perhatian lebih dari ayah mereka. Dia ingin buat Sarah derita!

Dugaan bertimpa-timpa dengan kewujudan Fatimah (Natasya Mahyan) yang turut sama bekerja dibawah seliaan Syukri. Fatimah juga ada agendanya yang tersendiri. Dia telah lama menaruh hati pada Syukri.

Syukri pecah amanah?

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

Drama bersiri baharu ‘Menanti Senja’ terbitan Anomali Media & Production merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menggandingkan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan.

Info Drama

Drama : Menanti Senja
Episod : 15
Tarikh Tayangan : 17 Januari 2024
Waktu Siaran : Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : Samarinda TV3 / tonton
Idea Asal : Faizal Nadxaman
Penulis Skrip : Shaza Talib
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : Anomali Media & Production

OST Menanti Senja

Sinar Sunyi – Hariz Fayahet
Jaga Dia – Daniesh Suffian

Watak Pelakon

Johan As’ari sebagai Syukri
Trisha Ooi sebagai Sarah Adina Kamal
Faizal Hussein sebagai Kamal
Khatijah Tan sebagai Mak Milah
Hawra Jamalullail sebagai Suhana
Kodi Rasheed sebagai Zaki
Natasya Mahyan sebagai Fatimah
Sherie Merlis sebagai Khalida
Hazeeq Dean sebagai Taufiq
Syahmie Thsaqeef sebagai Epul

SINOPSIS DRAMA MENANTI SENJA

Tonton Online

mula bersiaran pada 17 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my
Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Tentang Menanti Senja

Okies, dah janji tadi nak share sikit pandangan Nina tentang drama Menanti Senja ni, so Nina tunaikan janji. Hurmmm…. Sejujurnya pertama kali setelah sekian lama tak tonton lakonan Johan As’ari, ok ok je or maybe watak dia yang memerlukan beliau lakonkan sedemikian. Entah laa… Macam tak cukup uumpphhh gitu! Agak frust laa sikit. Watak dan lakonan Khatijah Tan memang superb! Begitu juga Sherie Merlis dan barisan pelakon lain membawakan wataknya dengan baik. Perjalanan drama agak slow, tapi ku layankan juga! HAhaa… Takpe, kita tunggu pertengahan dan klimakx ending drama ni baru kita story lain. Buat masa ni, daku kira onz jer laa..

Walau pun masa tergantung sana sini, macam tak smooth, Nina yakin drama ini mengupaskan isu kekeluargaan yang mendalam, konflik yang berat buat Syukri memikul tanggungjawab seorang suami dan ayah serta menantu bukan pilihan bapa mentua.

Related posts:

Eeeeeeee.... LIPAS SEMUT ...!! Pergi jauh-jauh ..

Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV

Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL

Sinopsis drama CHANDELIER Astro

Drama Movie Review Drama 10pmDrama bestDrama MelayuDrama Menanti SenjaFaizal HusseinJohan As'ariKhatijah TanKodi RasheedSamarinda TV3Sherie MerlisSinopsis DramaTonton Drama OnlineTrisha OoiTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. anamizu says:
    January 29, 2024 at 2:59 pm

    yeahhhh Ana pun tengok Juvana dulu! dan skrg tgh follow Menanti Senja.. Mak pon tunggu jugak tengok sama mcm Director tak bergaji hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes