Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
March 29, 2019March 8, 2020

Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel KL BEST! Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Wajib pekena Sup Gear Box Power dia!

Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL?

Isi Kandungan hide
1 Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL?
2 Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
3 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman
3.1 Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL
4 Pembuka Selera
5 Ulam Ulaman
6 Stall kat Swimming Pool gerek seyh menu nya!
6.1 Stall 1 – Fried Kway Teow Teluk Anson
7 Sup Bear Box POWER!
8 Kambing Bakar Abang Burn
9 Shell In Pantai Remis
10 Sushi Abang Sai
11 Chennai Banana Leaf Uncle Chandra
12 Ais Kacang Kg. Ulu
13 Warung Air Bro Zizi
14 Dessert
15 Kueh mueh Tradisional wajib rasa!
16 Cake Ohhh… Cake
17 Fresh Fruit
18 Bubur Manis
19 Kemudahan lain – selesa
20 Surau
21 Public Transport , Parking
21.1 Harga Early Bird – tempeh sebelum 15hb April 2019 RM90 nett dewasa RM45 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
21.2 Harga Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel KL RM120 nett dewasa RM60 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
22 Tempahan
22.1 Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL
23 Related posts:
24 SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah
25 TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL lahirnya EILHAN MIRZA
26 Dah tak tau nak masak apa... Nasi Goreng jer laa..
27 Sedapnya! SERUNDING ROYAL FLOSS pilihan terbaik Ramadhan dan Hari Raya

Lokasi pilihan tentunya korang cari yang berada di tengah ibukota metropolitan Kuala Lumpur kann..? Yang senang korang nak tuju – waze jer sampai, yang ada public transport – tak yah hadap jammed, yang parking nya dekat ngan café – tak yah jalan jauh. Betul tak? Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL 

Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
Jommm…!! ikut Nina kita tengok apa yang menarik ada kat dalam

Meh Nina cadangkan korang berbuka puasa  di Buffet Ramadhan 2019 kali ni kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Alaaa… yang dekat ngan PWTC atau Sunway Putra Mall tu.. Bohong laaa kalau keje KL tak tau Seri  Pacific Hotel, sebelah PWTC kot..

Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman

Tahun ni Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bertemakan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Macam tahun tahun yang lepas, Seri Pacific masih mengekalkan sajian tradisional mengikut citarasa masyarakat majmuk yang ada kat Malaysia ni. Opkos laaa kan, time Buffet Ramadhan  lah seluruh rakyat Malaysia akan menikmati pelbagai hidangan hebat yang ada kat Malaysia.

Sebut aje apa menu yang korang nak makan, gerenti ada time Ramadhan ni! Seri Pacific menghidangkan menu tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri yang ada kat Malaysia ni. Bilang aje nak negeri mana, semua ada!

Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat lah datang
Moga …. Eh! Ternyanyi lak … ok poyo

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Asam Pedas Ikan Pari Merliamu dari Melaka ni korang rasa tau! Suka kuah dia…

Okey , ni Antara menu yang Nina dah sempat rasa. Banyakkkkk!

Ayam Panggang Percik – Kelantan  >> Paling Nina suka. Susah dah nak dapat menu ni kat KL
Asam Pedas Ikan Pari Merlimau – Opkos Melaka
Telok Itik Masak Lemak Rembau – Negeri Sembilan
Udang Rendang Daun Kunyit – Perak
Ikan Pating Masak Tempoyak Temerloh  – Pahang
Nangka Masak Lemak Gelang Patah – Johor
Ayam Pongteh Padang Kota – Pulau Pinang
Terong Goreng Belacan  – Kuala Perlis
Nasi Kuning – Kota Kinabalu Sabah
Tak lupa Nasi Putih – negeri mana eh …?? HEhee..

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
Ikan Patin Tempoyak Temerloh Pahang. Amacam terliur? Sila lap air liur tu… Malu orang nampak aihh. HEhee…
Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL
Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
Ayam Panggang Percik Kelantan.
Nina sukakan kuah lemak berkrim nya. Hok putih gini payah nak jumpa kat KL kannn?
Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
Gulai Nangka! MMmmm… Sapa panggil kita tadi? Sorry tak perasan. Tengah asyik ni
Buffet Ramadhan BEST KL Seri Pacific Hotel
Terung Goreng Belacan Kuala Perlis ni sedap! Menepati selera Nina. Nanti korang rasa tau…

Pelbagai menu dihidangkan kat Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific KL ni, dari Utara, Selatan, Pantai Timur hingga lah ke Barat Malaysia termasuk  Sabah dan Sarawak ada! Bukan tu aje… Pelbagai  juadah kesukaan masyarakat majmuk Malaysia pun ada.  Nak makan apa, ala barat? Jepun? Cina? India? Opkos ada awakkk…. BEST kan…?

Pembuka Selera

Mmmm… Confirm terbuka selera korang bila nengok menu yang rare!
Kitak rasa rindu sama Hinava Ginapan? Ada! Okey … Hinava ni menu Sarawak sedap seyhh… Korang kena rasa tau!

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Kerabu Kaki Ayam Kg. Kerinchi  dari Wilayah Persekutuan ni pun korang kena rasa. Tak lupa Kerabu Kacang Botol dengan Ikan dari Terengganu ni. Hadoi … Tak cukup ruang perut! Dah kata pembuka selera, risau makan terlebih nanti menu lain tak muat nak rasa! HAhaaa..

Selain tu adaTalang Ikan Masin Cili Bawang pangkor dari Perak, Umai Ikan Merah dari Sabah, Rojak Buah Georg Town dari Pulau Pinang dam Pecal Sayur Aprit Sulong dari Johor pun menu pembuka selera yang ada kat Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Ulam Ulaman

Malaysia memang kaya dengan ulam-ulaman. Nak awet muda, sila makan ulam eh…

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
Ada macam-macam. Antaranya Kacang Botol, Pegaga, Daun Ceylon, Ulam Raja, Daun Pegaga, Pucuk Gajus, Kacang Panjang, Petai, Jering, Terung Pipit, Daun Kadok, Daun Selom, Ulam Raja, Paku Rawan, Kerdas.. Banyak kannn….? Mana satu favorite korang?

Dah ada ulam opkos laaa kena ada pencecahnya kan.. Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak, Sambal Gesek, Budu, Sambal Nenas, Sambal Mangga. Hadoi … nak cecah yang mana pun buleh pening! HAhaa..

Stall kat Swimming Pool gerek seyh menu nya!

Stall 1 – Fried Kway Teow Teluk Anson

Kat sini korang jangan lupa terjah lak tau. Nina hampir lupa. Nangis rasanya kalau dah balik lupa singgah pekena Kuey Teow Goreng Seri Pacific Hotel KL. Bukan apa, Kuey Teow Goreng depa ni tak pernah berubah! Serius… Dah 4 tahun Nina dok makan Buffet Ramadhan Seri Pacific KL ni dan rasa kualiti sedapnya  sama! Tahniah Chef

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Kat area Swimming Pool ni ada beberapa stall pelbagai menu. Antaranya Warong Mee Padang Tembak, Sushi Abang Sai, Sup Gear Box ‘POWER’ dan Sup Ekor Bakar – Jalan Putra, Shell In Pantai Remis, Kambing Bakar Abang Burn.

Sup Bear Box POWER!

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Tak dapat dinafikan, Sup Gear Box Power Seri Pacific KL memang power! Nina sukakan rasanya cukup rempah. Sedang hirup kuah dia, terfikir…. “Ada bihun lagi syiokkkk ni.” Ok, dasar Nina ni pemakan.. ! HAhaa.. Wajib rasa tau Sup Gear Box Power Seri Pacific Hotel KL

Kambing Bakar Abang Burn

Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel KL

Sapa laaa agaknya Abang Burn ni eh? Please laaa… Sedap seyh Kambing Bakar awak! Isi nya moist, lembut, asyikkkk….! Kena lak ngan sos yang ada! Perghhh…

Shell In Pantai Remis

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Stall ni pun korang wajib terjah dan rasa! Kuah Shell in dia memang in my taste kata omputeh. Menepati selera dan citarasa Nina. Katanya sauce dia style Kam Heong. Dah sapa plak Kam Heong ni? HAhaa…

Kam Heong ni sos maskan style Chinese. Sedap… Korang rasa tau! Seafood pun ada pelbagai. Ada sotong, udang, kepah, pepahat buluh, jagung, ketam, Eh… Banyakkkk lah dan  fresh!

Sushi Abang SaiBuffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Hait Arigato..! Pelbagai pilihan sushi ada kat sini, opkos local filling yang pasti menggamit selera korang.

Chennai Banana Leaf Uncle Chandra

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Menu masakan India yang ada kat sini antaranya Kari Kepala Ikan, Kambing Varuvel, Ayam Pepper, Tahu Sambal, Raita/Kacang Panjang Goreng, Kobis Kunyit, Papadom.

Ais Kacang Kg. Ulu

ABC Sedap Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel
ABC pun adoo …!!

Warung Air Bro Zizi

Sapa Bro Zizi tu…? HEhe… Pilihan air pun ada pelbagai. Pilih aje mana mau. Ada Soya Bean, Air Tebu, Air Kelapa, Air Serai, Kai Chee Kang (panas), Sirap Selasih, Air Kiwi, Air Jagung, Air Kurma, Laici… Jenuh type ni, banyak kann…? Jangan minum sampai kembung udah laaa eh HAHA

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Air panas – ada Teh Tarik dan Nescafe Tarik. Oh my favorite! Tak cukup 3 atau 4 cawan ni. Ssyyhhhh…. Oh my diet!

Dessert

Ahaaa… Tolong laaaa masuk area sini last sebabnya korang akan teruja nak rasa semua. Cecantik lawa depa dok posing confirm bikin korang tak keruan. Jangan ikut perangai tak senonoh Nina, semua buh dalam piring!

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Kueh mueh Tradisional wajib rasa!

Ok, tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Kueh mueh tradisional Seri Pacific Hotel KL memang sedap! Nina paling suka Kueh Tepung Pelita, Kueh Talam Ubi. Tak lupa Kueh Kaswi. Aduyai … lembutnya, lemaknya memang WIN!

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Selain tu ada Tepung Talam, Keria, Renggas, Ketayap, Seri Muka, lepat Pisang,  Bingka Pisang, Kuih Sago Mata Ikan, Sago Gula Melaka, Cucur Badak, Putu Mayam, Kuih Apam, Kolie Kacang, Onde-Onde, Kuih koci dan Kastard Jagung. Meriah kann…? Rambang mata nak makan yang mana.. Huhuu

Cake Ohhh… Cake

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Mini Mango Cheese, Chocolates Torte, Mini Black Forest, Bananamisu, Fruit Flan, Mirror Cake, Chocolate Charlotte, White Chocolate Mousse, Lemon Meringue, Creme Brule, Crucomboush, Assorted French Pastries dan 14 jenis Jelly Pudding.

Fresh Fruit

Jangan lupa makan buah-buahan. Antara yang ada Tembikau Susu, Tembikai Merah, Nenas, Betik, Guava, Nangka, Belimbing, Jambu Air, Dragon Fruit, Rambutan, Langsat, Salak, Duku dan banyak lagi …

Bubur Manis

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Tengok ni…? Deretan bubur manis ada dalam bekas rare konon macam artifak gitu. HEhee… Adanya Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Ubi, Pulut Hitam, Bubur Gandum, Pengat Ubi Sago, Bubur Cha Cha, Bubur Kacang Merah, Bubur Jagung, Pengat Pisang dan lagi lagi lagi …. tak ingat derr… HAhaa

Kemudahan lain  – selesa

Surau

Kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur semuanya lengkap. Selain lokasi yang stategik dan public transport yang memudahkan perjalanan, kat sini pun disediakan surau yang selesa kat tingkat enam sepanjang bulan Ramadhan. Lepas iftar kalau korang nak terus solat terawih ada kat sini.

Public Transport , Parking

Nina datang sini naik Star LRT jer.  Korang turun Stesen PWTC, gedek-gedek jalan kaki *jangan ngade nak bayangkan camner jalan gedek-gedek* bababb kanggg. Korang jalan kaki santai gitu, korang  ikut jejantas berbumbung (selamat dari kena hujan) dan  terus sampai tangga lobby Seri Pacific Hotel. Cepat, murah, selamat! Selain tuu, korang boleh naik komuter – turun PWTC. Pastu jalan kaki sampai sini. Tak jauh gak.

Kalau korang bawak kereta pun tak susah. Parking senang sangat. Banyak pilihan. Samada parking kat Seri Pacific Hotel, kat Sunway Purta Mall, PWTC pun boleh… Ikut pilihan korang nak park kat mana .. .
Kat Seri Pacific Hotel KL ni korang dah ambik tiket, nanti bagi kat kaunter masa nak bayar dapatkan chop dan korang  boleh bayar parking flat rate!

Amacam..? dah plan nak Berbuka Puasa kat sini nanti dengan si dia? Ker nak suggest kat office  buat majlis berbuka puasa kat sini pun cun gak. Reunion sekolah ke kann…? Kot nak private event pun boleh..

Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL

Tengok ni… Syiokkkk kannn.. kat area swimming pool ni terletaknya stall. Tapi sila take note, tak akan adanya orang mandi manda waktu korang berbuka puasa nanti eh.. HEhee..

Harga Early Bird – tempeh sebelum 15hb April 2019
RM90 nett dewasa
RM45 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Harga Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel KL
RM120 nett dewasa
RM60 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)

Tempahan

Untuk tempahan korang hubungi 03-4042 5555
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Instagram : www.instagram.com/seripacifichotelKL

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL

Okay … Sebelum balik, kena laaa bergambar kenangan dengan kengkawan. Nanti datang lagi ngan family lak! HEhee..
Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa! Maaf Zahir dan Batin

Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL

Related posts:

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah

TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL lahirnya EILHAN MIRZA

Dah tak tau nak masak apa... Nasi Goreng jer laa..

Sedapnya! SERUNDING ROYAL FLOSS pilihan terbaik Ramadhan dan Hari Raya

Lifestyle Review Tips Buffet RamadhanBuffet Ramadhan KLBuffet sedap KLBuka Puasa KLharga buffetHarga Buffet Ramadhan 2019Iftar RamadhanSeri Pacific Hotel

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (36)

  1. ummi nani says:
    March 29, 2019 at 2:38 pm

    best sangat dan dah mula rindu gear box dan juga shell in di Hotel Seri Pacific ni.. fuh mengancammm sedap!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:58 pm

      Ummi Nani,
      Kannn…. Setuju! Sup gear Box dan Shell In Pantai Remis tu sedap! Suka sos shell in tu…

      Reply
  2. YB Shehan says:
    March 29, 2019 at 3:20 pm

    besnya. dah 2 thn x dpt join. hahahaha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:56 pm

      Alahai … tahun depan join eh!

      Reply
  3. Ben Ashaari says:
    March 29, 2019 at 3:22 pm

    Sedap sedap belakaaaa..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:56 pm

      Aben laaa rugi balik awal. Banyak lagi kena rasa tau! HEhee

      Reply
    2. Racheal Loh says:
      April 3, 2019 at 10:57 am

      This Ramadan package send so interesting and I can arrange to have one group with my Muslim client for iftar there! The food in your hand looks yummy!!!

      Reply
  4. Haida says:
    March 29, 2019 at 3:22 pm

    Wahhh pilihan menarik.. sushi pun ada

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:55 pm

      Aahh… banyak pilihan! Sushi pun ada, local filling gitu. Try laa sedap!

      Reply
  5. Fareez Awesome says:
    March 29, 2019 at 3:25 pm

    oh my sedapnya asam pedas n sup gear box tu…dah lah tgah hujan ni…lapar pulak dibuatnya…tp serious mmg best lah menu² dia… awesome sungguh

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:54 pm

      Ahaa… Fareez should datang sini. Memang terbaik laaa Seri Pacific Hotel KL punya Sup Gear Box dan Asam Pedas!

      Reply
  6. SalinaJohari says:
    March 29, 2019 at 3:35 pm

    Banyak betul pilihan menu .. rambang mata nak buka posa nanti ..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:53 pm

      Salina,
      memang rambang mata. Semua rasa nak ambik, nak rasa, nak makan! Akhirnya semua rasa gak , sikit-sikit. Tak rasa rugi lak. HAhaaa

      Reply
  7. emi says:
    March 29, 2019 at 3:53 pm

    Mak aiii, ada asam pedas ikan pari lah. Itu salah satu menu fav emi. Tapi harga dia boleh tahan jugak ye, RM120. Emi biasa akan lebih utamakan buffet yang harga bawah Rm100 kalau nak pi makan dengan kawan2. Tapi, kalau harga yang dibayar tu berbaloi dengan kesedapan menu2 dan servis dari pihak dorang, why not kan?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:52 pm

      Emi,
      Yup, ikan pari asam pedas tu recommended you! Wajib rasa tau…

      Reply
  8. huda halid says:
    March 29, 2019 at 4:32 pm

    memang sedap makan kat sini! Best yer kalau dapat berbuka kat sini Ramadan nanti

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:52 pm

      Huda.. tu laaa, dapat berbuka puasa sini lagi syiokkk kan. Bawak family! Dah laaa menu sedap belaka!

      Reply
  9. Fadzi Razak says:
    March 29, 2019 at 6:11 pm

    Bagusnya dieorang prepare surau terus siap siap sepanjang ramdan nanti. Ye la kan. Makan makan jugak. Solat jangan lupe. Senang sikit bila ada surau dekat dekat. tak payah rushing rushing

    Reply
  10. Mama Kembar Tiga says:
    March 29, 2019 at 7:14 pm

    Uishh semua nampak sedap! Tapi kuey teow goreng tu lah yg paling menggoda..sedapnyaaaa

    Reply
  11. budak bandung laici says:
    March 29, 2019 at 11:09 pm

    sedapnya menu berbuka puasa kat hotel seri pacific. harga pun not bad. craving pulak tengok shell out tu..sedap je dalam gambar. boleh la datang iftar kat sini time bulan puasa nanti kan.

    Reply
  12. Mahamahu says:
    March 29, 2019 at 11:47 pm

    Kita pun suka juga sup gear box kat sini hari tu makan sorang jer habis wakakakakka.. Tapi kat sini memang menarik dan makanan banyak semua sedap-sedap. Cuma mungkin tempat tu boleh di tambah baik dari segi pencahayaan terlalu gelap nak makan ehhehee masa kita datang hari tu lah wakakakkaka..

    Reply
  13. Zandra @ Siti says:
    March 30, 2019 at 1:25 am

    Ulalalalalala~ Paling suka masakkan tradisi ni sebab lemak cukup, rempah cukup. Haish mengancam gulai nangka tu. Bukan senang nak jmpa kalau pergi kedai makan nasi campur sekarang ni kan. Next place to go for buffet ramadhan kot.

    Reply
  14. Nadia joahri says:
    March 30, 2019 at 3:30 am

    Wah sedap-sedap belaka.. Ada shell kau.. Perghh.. Sushi tu yummy.. Cake ungu tu mcm jelky erk.. Aduh lapr terus

    Reply
  15. Diah says:
    March 30, 2019 at 3:33 am

    Wah satu Malaysia kau. Setiap Negeri ada signature food memasing eh. sedap nampak kesemuanya. Gear box menggoda sungguh. Tak tahu la mampu ke nak sedut bila dah kenyang dengan menu lain.

    Reply
  16. Zharif Azis says:
    March 30, 2019 at 9:04 am

    ya Allah meriah betul hidangan-hidangan buffet ramadhan di seri pacific kl nie yer. bolehlah nanti nak bawa satu family berbuka di sini. tambah2 dessert table tu. ya Allah dappnya. rasa nak makan semua. harga pon berpatutan. pilihan pon banyak

    Reply
  17. Murni says:
    March 30, 2019 at 11:57 am

    Sedapnya..sup gearbox tu memang favourite akak..tapi takleh makan selalu..satgi baju raya x muat ahahaha

    Reply
  18. Kak Su says:
    March 30, 2019 at 5:15 pm

    Sedapnya lauk pauk yang dihidangkan tengk gambar menyelerakan. Nina guna kamera apa ni, very sharp the pics sumenya, I loike

    Jom Belajar Buat Blog Untuk Jana Pendapatan

    Reply
  19. Nadratul Syazwana says:
    March 30, 2019 at 7:43 pm

    Apa ni entry dimulakan dengan asam pedas!! Nampak sedap gila ui! Nad jarang buka puasa buffet dekat hotel-hotel camni. Tapi kalau sekali sekala nak try tu boleh je.. Lagipun memang nampak menyelerakan.

    Reply
  20. Hanny Abdullah says:
    April 1, 2019 at 7:20 am

    Shell in tu memang sedap..hr tu berebut gan anak makan shell in tu. Menu yg lain pun not bad, mmg berbaloi buka puasa kat sini

    Reply
  21. Rane Chin says:
    April 1, 2019 at 10:33 am

    I have not been to Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur for years. miss their ramadhan buffet spread. a lot of choices and the place is quite nice for whole family

    Reply
  22. ayu rafikah says:
    April 1, 2019 at 10:42 am

    ambopi sedap2nya makanan kat sini..terliuq tengok..paling terliuq ikan patin tu adoihai…mengancam betul…suka datang buffet yang banyak mempertengahkan buffet makanan tradisi sebab ikut selera perut orang asia kan

    Reply
  23. AlongMurni says:
    April 2, 2019 at 11:21 am

    Amboi!! Banyak nya pilihan jika berbuka puasa d sini!! Paling menarik bila tgk sup gear box n shell out tue.. Perghh.. Mengundang selera.. Bila la AM boleh diet kalu menu cenggini.. Bulan puasa tapi berat bdn AM yg naik.. Hahaha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:42 am

      Along Murni, dah sampai sini terus hilang pertimbangan. HaHaa…
      Diet pun hilang dari radar. Makan aje! Tak makan rugi.

      Reply
  24. TENGKUBUTANG says:
    April 2, 2019 at 5:14 pm

    Wau sedap2 masakan dekat seri pacific hotel ni yea.. menyelerakan semuanya.. kalau dapat berbuka puasa kat sini best ni.. dah lama tak pi.. masa pi dulu zaman kerja je

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:37 am

      Alhamdulillah… Dah 4 tahun merasa air tangan Chef kat Seri Pacific ni. So far tak pernah mengecawakan. Try laaa nanti berbuka puasa kat sini

      Reply
  25. Halimah says:
    April 3, 2019 at 3:11 pm

    Wah..sedapnya masakan kampung, semua hadoo!!kalau kak klu blh nk rasa semua tp tentu xblh nk mkn semua kan?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes