Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Boleh makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan
April 10, 2019April 11, 2019

Bila lalat masuk dalam makanan. Apa nak buat? Boleh makan lagi ke?

Tu ari sambil dok belek-belek page Masak Apa Hari Ini, terhenti di satu posting ni. Terdetik dalam hati, ianya amat bermanfaat dikongsi dalam blog.

Isi Kandungan hide
1 Boleh makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan
2 Boleh makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan
3 Related posts:
4 Terujanya dapat beraya teratak Che Mat Gebu. Camner orangnya?
5 Doa untuk dia
6 Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3
7 Part 2 - Habis tu tak de duit camner nak bayar?!

Persoalan yang mungkin ramai juga tak tahu.. Allahualam…

Boleh makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan

Nina shortcut kat komen-komen yang ada dalam posting berkenaan. Kot korang rajin nak mentelaah korang

Boleh  makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan

Baca : Lalat termasuk dalam makanan. Apa nak buat? Boleh makan lagi ke?

Boleh makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً

Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]

Makna Hadith

Menurut para ulama’, lalat tidak termasuk di dalam perkara yang najis. Ini kerana, telah ijma’ ahli ilmu bahawa setiap yang tidak berdarah itu apabila terjatuh di dalam minuman atau makanan tidak menjadi najis. Walaupun begitu, terdapat juga sebahagian ulama’ yang mengatakan sebaliknya.

Tambahan pula, walaupun di dalam hadith menyebut minuman tetapi yang dimaksudkan adalah lebih umum iaitu termasuk juga makanan. Berdasarkan matan hadith di atas, suruhan merendam lalat ke dalam minuman atau makanan adalah wajib apabila dilihat secara zahirnya.

Boleh  makan lagi ke bila lalat masuk dalam makanan

Ini kerana hal ini merupakan arahan atau wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi-Nya. Jika kita katakan bahawa lalat itu najis, sudah tentu Nabi SAW tidak akan meminta kita untuk merendamnya ke dalam makanan atau minuman kita. Ini juga menunjukkan bahawa setiap perkara yang dilakukan itu kadang-kadang ia tidak boleh difikir atau diterima oleh akal manusia.

Akan tetapi, ini adalah wahyu daripada Allah SWT dan akal tidak layak untuk mempertikaikan apa yang dikehendaki oleh-Nya. Daripada sini kita memahami bahawa setiap apa yang diucapkan, dilakukan dan diikrar oleh Nabi SAW adalah syariat dan agama melainkan apa yang menunjukkan bahawa ianya adalah adat bukannya syariat.

Semoga perkongsian Nina memberi manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah..

Related posts:

Terujanya dapat beraya teratak Che Mat Gebu. Camner orangnya?

Doa untuk dia

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

Part 2 - Habis tu tak de duit camner nak bayar?!

Lifestyle Tips ambil tahuHukumInfo - Islamictips masakanWajib tahu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. sueizza says:
    April 10, 2019 at 10:15 pm

    sue selalu buang makanan kalau banyak lalat lebih dari satu dan ada telur lalat tu,kalau stakat sekor buang je la lalat n panaskan kembali makanan tu…

    Reply
  2. YB Shehan says:
    April 10, 2019 at 10:57 pm

    Huhu.. buang je la bahagian affected tu.. tp sy xkn mkn dah kot. hahahaha..

    Reply
  3. Saidila Rahman says:
    April 10, 2019 at 11:01 pm

    biasa pun camtu kalau ada lalat rendam sekejap pastu angkat buang …..kalau ada telur pun basuh pastu panaskan balik kalau tak boleh jugak bagi pada haiwan lain, bukan rezeki kita tapi rezeki mahlok lain

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes