Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Premium Cream Himalaya bagus
October 15, 2018October 16, 2018

BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?

Alamak… Camner ni, dah nampak wrinkles!

Isi Kandungan hide
1 Alamak… Camner ni, dah nampak wrinkles!
2 BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?
3 Anti Wrinkles Cream
4 Clear Complexion Whitening Day Cream
5 Revitalizing Night Cream
6 Oil-Free Radiance Gel Cream
7 Apa bagus nya produk Himalaya ?
7.1 100% herbal aktif
7.2 Dijamin Halal
7.3 Pelbagai produk Himalaya ada kat Butik Himalaya Wellness
8 Related posts:
9 #AndainyaTakdir .. baru ku tahu mudahnya beli barang dapur kat Honestbee Online
10 Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?
11 Cuti sekolah mana best? EHSAN WATERPARK Primaland PD Murah Happening!
12 Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..

Korang yang dah sedia maklum Nina ni dah kategori T U A gak… Umur dah masuk 4 series. Maka mula laa dok tercari-cari cream Anti Wrinkles sana sinin sinun. Segala Premium Cream yang ada kat pasaran semua Nina nak cuba. Dan … Sampai laa ni Nina masih mencuba dan terus mencuba cari yang sesuai ngan kulit muka Nina.

Tetiba Nina teringat awal tahun ari tu Nina pi jalan-jalan kat Butik Himalaya Mid Valley KL pastu masa tu bercita-cita nak cuba range Premium Cream Himalaya. Pastu on the way balik tersepak batu terus lupa. Huhuu…

Premium Cream Himalaya bagus

Tak lama kemudian Nina pi lagi Butik Himalaya KIP Mall Kota Warisan, entah camner lepas teruja dapat borong beli Nourishing Cream RM10 jer satu, boleh lak hilang ingatan nak beli set Premium Cream. Asalnya memang nak survey Anti Wrinkles Cream. Hadoi … Sadis sungguh penangan factor usia ni. Huhuu…

Baru-baru ni Nina tak tersepak batu dah, tak hilang ingatan dah… Dapat lah apa yang di idamkan. Geng bawak Nina ke Butik Himalaya Festival City Setapak. Dekat jer ngan rumah Nina. Dalam 20 minit dah sampai.

BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?

Sebelum beli opkos Nina banyakkkk tanya macam-macam soalan kat sales consultant dia berkenaan Premium Cream Himalaya ni. Maklum laaa nak kan sincare yang terbaik untuk diri sendiri. Sebelum beli kena lah ambik tahu dulu bukan taram beli jer kannn… Kita bukan anak jutawan. Hehee

Meh Nina share ngan korang info tentang Premium Cream Himalaya

Anti Wrinkles Cream

Premium Cream Himalaya bagus

Yang ni memang target Nina nak cuba. Dengan harapan akan memudarkan garisan halus yang tak berapa nampak ni. Kena laaa pakai sebelum ianya semakin jelas menampakkan garisannya. Buat masa ni jelas dah nampak yang halus-halus kat bawah mata dan hujung mata. Huhuuu…

Anti Wrinkle Cream Himalaya ni mampu menembusi jauh ke dalam kulit dan menyediakan tiga manfaat penting kepada penggunanya, iaitu:

Mengurangkan garis halus dan kedutan di muka yang menyebabkan kita nampak tua.
Melembabkan kulit supaya tidak kelihatan kusam tidak bermaya.
Membantu mengurangkan bintik umur.
Harga RM58.20 (50ml)

 

Clear Complexion Whitening Day Cream

Premium Cream Himalaya bagus

Berfungsi sebagai pelindung UV sekali gus mencerahkan kulit wajah. Bila dipakai kerap, ianya akan memberi tona warna kulit yang sekata dan berseri-seri sambil melembapkan kulit. Cream yang tidak berminyak dan cepat meresap.
Harga : RM47.40 (50ml)

 

Revitalizing Night Cream

Premium Cream Himalaya bagus

Siang dah pakai cream , malam pun kena laaa… Night Cream ni penting tau! Masa kita tido laaa dia bertindak memperbaharui tekstur sel kulit muka kita. Baru laaa nanti bangun tido kulit muka kita lembab, lembut dan anjal.

Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream mempunyai kemampuan untuk menembusi jauh ke dalam kulit dan menjalankan tugasnya semalaman semasa kitaran pembaharuan semula jadi kulit sedang berlaku.

Revitalizing Night Cream Himalaya ini memberikan 3 manfaat penting yang menjadikan kulit lembut, halus dan bermaya.

Memperbaharui sel kulit.
Menghidrat / melembap kulit.
Memperbaiki kerosakan kulit yang berlaku pada kulit kita setiap hari.

Harga RM43.90 (50ml)

 

Oil-Free Radiance Gel Cream

Premium Cream Himalaya bagus

Ahaa… yang ini sesuai tuk Geng. Kulit muka dia berminyak. Kena faham tau, bukan bermaksud orang kulit muka nya oily skin tak perlu cream. Kulit muka berminyak kena pakai cream yang ada tulis oil free. Ianya bertindak mengawal pengeluaran minyak kat muka. So idok lerrr muka tu lebih berminyak.
Bila guna Oil-Free Radiance Gel Cream Himalaya ni sebelum make up, kulit muka tampak lembut gebu dan matte finish gitu.. Baru laaa lawa!
Harga RM43.90 (50ml)

 

Apa bagus nya produk Himalaya ?

Premium Cream Himalaya bagus

100% herbal aktif

Kalau korang tak tahu, produk Himalaya ni ianya 100% berasaskan herbal aktif!“. No no no chemical, bahan terlarang contohnya Paraben, SLE, SLES . Haa.. bagus kan? Produk yang selamat digunakan!

Dijamin Halal

Lagipun, produk Himalaya ni dijamin halal. Jadi boleh lah digunakan tanpa was was. Harga pun berpatutan, Mampu milik beli gitu. Pastu produk nya berbaloi dengan kualitinya.

Pelbagai produk Himalaya ada kat Butik Himalaya Wellness

So far dah beberapa kali Nina beli keperluan Nina kat butik Himalaya. Memula dulu Nina kenal Himalaya dari Produk Milk Booster – Himalaya Shatavari, pastu Produk favorite Nina, Bonnisan. Bagus tau! Bonissan tambah selera anak makan. Selain tu Nina suka beli nourishing cream. Sesuai tuk kulit kering anak-anak. Bukan depa jer pakai, mak pak pun belasah sama. Harga pun selalu ada diskaun kat Butik Himalaya ni berbanding drugstore lain.

Premium Cream Himalaya bagus

Dekat Butik Himalaya ada pelbagai range. Ada ubat gigi yang lengkap untuk seisi keluarga, set shampoo, produk untuk baby, sabun mandi untuk yang ada masalah kulit, dan ….. Supplement juga pelbagai pilihan mengikut keperluan. Rejimen produk Himalaya ni tak ada kat farmasi drugstore lain.

Premium Cream Himalaya bagus

Premium Cream Himalaya bagus

Tengok tu… Kemas tersusun rapi jer Butik Himalaya Festival City Setapak.

So Nina dah dapatkan 4 set Premium Cream Himalaya, Nina try dulu nanti Insya’Allah ada masa entah bila laaa dan dah ada good result Nina share ngan korang review Nina tentang Premium Cream Himalaya ni eh..

Apa pun, paling Nina suka kan produk dari Himalaya ni sebab ianya bebas paraben, SLE SLS dan Halal. Semestinya ianya tidak akan memudaratkan kulit wajah kita dengan bahan chemical terlarang yang akan merosakkan kulit muka pada jangka masa akan datang.

Info lebih lanjut korang tengok kat :

Fb Page Himalaya : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
Instagram Himalaya : https://www.instagram.com/himalayamalaysia

Related posts:

#AndainyaTakdir .. baru ku tahu mudahnya beli barang dapur kat Honestbee Online

Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?

Cuti sekolah mana best? EHSAN WATERPARK Primaland PD Murah Happening!

Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..

Lifestyle Review Tips Anti Wrinkle CreamClear Complexion Whitening Day CreamDry Skin TreatmentHIMALAYAHimalaya MalaysiaHimalaya Wellness Boutiquenak cantikOil-Free Radiance Gel CreamPremium Cream HimalayaRevitalizing Night CreamskincareTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (21)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    October 16, 2018 at 7:44 am

    Weh besar outletkat situ, kalau i pi tu mau lamaaa dok belek segala benda hehe

    Reply
  2. adianiez AIDA says:
    October 16, 2018 at 10:49 am

    Aida pernah ke outlet di klcc kot. Tapi x beli apa2 la. Survey ajer la.
    Nampak menarik. Harga pun berpatutan. Byk rangkaian produk nyer utk seisi keluarga, kan.

    Reply
  3. Sherry says:
    October 16, 2018 at 2:14 pm

    yeah we need to take care of our skin. Aging is a sign and now there’s products to help our skin, can check this range out too. I haven’t try any of this yet, thanks for sharing here 😀

    Reply
  4. Betty says:
    October 16, 2018 at 3:18 pm

    I like their Neem skincare and it work to fight the pimple. Himalaya supplements are good too. Have try their moisturizer cream.

    Reply
  5. airah says:
    October 16, 2018 at 4:48 pm

    airah memang suka produk himalaya.boleh kata semua series pencuci muka dia dah try siap buat review hihi.yang krim2 je tak cuba lagi

    Reply
  6. kylie cre8tone says:
    October 16, 2018 at 5:47 pm

    I’m using himalaya products but not this one.. izzit new product? great review.. bye bye to wrinkle.. heheheheh…

    Reply
  7. Suria Amanda says:
    October 16, 2018 at 6:22 pm

    SA pernah pergi outlet dia sebab kawan kirim belikan barang…memang menarik semua product dia..tapi SA belum pernah cuba lagi..nanti product yang ada sekarang dah habis baru SA nak cubala..atau pun maybe bleh guna losyen dulu kot..

    Reply
  8. Mahamahu says:
    October 16, 2018 at 6:38 pm

    Kita selalu nampak kedai Himalaya ni tapi tak pernah nak singgah sebab tak tahu nak guna produk apa yang sesuai untuk kaum lelaki hehehe tapi rasa ada banyak kan tak apa nanti kita masuk dan boleh cuba mana yang bagus…

    Reply
  9. lin liena says:
    October 16, 2018 at 6:43 pm

    selalu beli shampoo je produk himalaya ni…nnt nak cuba lah anti wrinkle ni…mcm best jer

    Reply
  10. Ruby says:
    October 16, 2018 at 11:26 pm

    Produk Himalaya memang terkenal. Sebab organik dan natural. Cuma nak educate pengguna untuk guna produk Himalaya ni payah skit. Sebab mereka tak keluar iklan TV. Jadi untuk org usia mcm kita ni tahu la kebaikannya. Tapi yang muda remaja semua tu sibuk rosakkan kulit dengan pelbagai jenama di pasaran. Kesian sungguh.

    Reply
  11. Hanny Abdullah says:
    October 16, 2018 at 11:48 pm

    Ramai yang kata produk Himalaya ni bagus terutama syampoo dia. Yang muka tak tahu lah pulak. Sis nak ke India hujung tahun ni memang dah target nak beli banyak2 produk ni, banyak review kata lagi murah kat sana, bolehlah sis memborong nanti..:D

    Reply
  12. Alia says:
    October 17, 2018 at 12:10 am

    Wah bagusnya..nanti nak beli la utk bagi hadiah dekat mak..ksian mak kulit kering n gatal2…mana tau pkai ni kulit makin ok n tegang ke

    Reply
  13. MAT DRAT says:
    October 17, 2018 at 12:58 am

    Selalu juga nampak rasanya kedai Himalaya ni. Nanti boleh la try product anti-wrinkle utk wife.

    Reply
  14. ZAIDALIFAH HUSSIN says:
    October 17, 2018 at 1:05 am

    Bonde salah seorang pengguna tegar barangan dan produk Himilaya. Paling suka shampoo anti kelemumur Himalaya yang sangat wangi dan juga pencuci muka Himalaya memang best bila dipakai

    Reply
  15. Mimi says:
    October 17, 2018 at 1:26 am

    Produk Himalaya memang tak dapat disangka lagi keberkesanannya kan. Kat mana mana sennag dah nak dapatkan produk Himalaya ni

    Reply
  16. Nadia Johari says:
    October 17, 2018 at 2:51 am

    Produk himalaya memang bagus..nad guna moisturizer dia dengan produk baby..best sangat..wah ni siap ada skincare ni..boleh terjah himalaya nanti usha barang apa lagi yang best..ehhee

    Reply
  17. Emi says:
    October 17, 2018 at 7:26 am

    Produk himalaya memang ramai yg duk cakap best dan berkesan. Belum berkesempatan guna lagi. Dah lama teringin nak try dia punya scrub. Macam best je.

    Reply
  18. Zharif Azis says:
    October 17, 2018 at 9:15 am

    Produk Himalaya nie mmg satu produk yg bagus. Mmg x dapat dinafikan. Ramai beri feedback yg positif. Tp sy rasa ia berkesan utk kulit2 tertentu. Like my friend, kulit dia x sesuai guna himalaya. Xtahu knp. Sy personally rasa mmg produk himalaya nie bgus

    Reply
  19. azni says:
    October 17, 2018 at 2:41 pm

    baru tau ada byk jenis cream utk muka tu

    Reply
  20. Seriwangi says:
    October 17, 2018 at 11:44 pm

    Produk Himalaya dah lama terkenal, mmg bagus produk dia. Kak pun suka guna.

    Reply
  21. Lia Hasty says:
    October 18, 2018 at 12:32 pm

    Lia pernah cuba produk dari Himalaya macam lipbalm, syampoo & conditioner. Belum pernah cuba cream yang baru ni lagi. Nampak menarik je yang anti wrinkle tu kan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes