Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Mee Goreng Basah Udang Selambak Mudah Cepat Siap
October 24, 2016October 24, 2016

Amboi … Udang tuuu banyak dan besar! Ahaa.. Ini namanya Mee Goreng Udang Selambak! Hahaa..

As’salamualaikum dan Selamat Pagi..!! Dah breakfast ke kengkawan semua? Jangan skip sarapan ya, tak bagus untuk kesihatan. Sebab bermula dari apa yang kita makan masa sarapan lah perut kita memula tugasannya. Yelah dah semalaman berehat kan.. Resepi Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah

Isi Kandungan hide
1 Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah
2 Related posts:
3 Puff Blueberry
4 Sedap seyhh...! Makan BEST di CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE, CYBERJAYA
5 Kuey Teow Goreng Hailam
6 Mee Kuah Tomato

Menu sarapan tak perlu lah bagai nak rak semua korang belasah makan bila kenangkan perut dah berehat kengkonon 6-8jam masa korang tido. Habis segala apa ada korang makan. Itu melantak namanya! Haha.. Dan walau diet sekalipun jangan lah sampai tak makan apa-apa pun waktu pagi. Keroncong tuk Ana malam nanti ya.. Makan lah sikit walau sekadar 3 ulas kurma dari tak de langsung. Biar lah bersederhana dalam apa jua.. Chewah! Ada gaya pakar pemakanan tak? ok, poyo!

Ni nak pesan ngan korang terutama sekali buat para suami, al-kisah hari tu Nina whatsApp Geng minta dia belikan udang sederhana size. Cadangnya Nina nak buat rencah tuk mee goreng. Pernah sebelum ni Nina pesan Geng belikan udang kecik tapi malangnya tersangat lah kecik udang tuu…Tapi guna gak laaa, kan tak baik membazir.

Memandangkan biasanya kalau beli udang kecik Nina yang akan pilih sendiri. Nina akan pilih satu persatu udang kecik tuu tapi Nina pilih yang besar sikit buat rencah mee goreng. Maka kalau suh suami sure depa kaut segenggam gitu aje kann…Tak kuasa depa nak pilih macam isteri-isteri cerewet macam kita ni. Sebab tuu Nina pesan Geng belikan udang sederhana size.

Sekali balik keje dia pun tunjuk laaa udang sederhana size dia. Hambik! Besar-gabak-gabak..!! Aduyai… Ini sedap buat Udang Masak ButterMilk macam hari tuu ni.. Rupanya kat kedai dia pegi tuu ada udang size gini aje. Hurmm… Belasah jer laaa Udang gabak-gabak ni masuk jer dalam Mee Goreng nanti. Kita yang nak makan.. tak de betul salah pun dalam menu. Bukannya Chef Wan nak datang makan. Iyer dak? Hahaa..

Nina suka masak dan makan Mee Goreng style basah dan sedikit berkuah. Kalau jenis kering Nina prefer Mee Goreng Mamak. Mee Goreng Basah ni cerewet sikit masa makan sebab lepas aje siap masak memang kena terus makan. Kalau lambat-lambat nanti dah tak sedap! Mee dah kembang masuk dalam kuah tak feel makan. So lepas aje masak sila jangan kacau sebab nak terus ngadap mee. Hehhe . . .

Ok.. jom salin eh! Copy paste Resepi Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah cepat siap style Nina. Zasss>>>>

Mee Goreng Basah Udang Selambak Mudah Cepat Siap
Tadaaa…!! live update dari kuali gitu… Sapa terror.. Cer kira berapa ekor udang yang Nina masak ada dalam kuali tu? kalau betul Nina bagi hadiah.

Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah

Bahan-bahan
1 packet mee (cuci dan toskan)
2 biji bawang merah besar – dihiris halus
6 ulas bawang putih – dihiris halus
6 sudu besar sambal tumis – balance sambal nasi lemak
minyak masak untuk menumis

Bahan sos (disatukan)
½ cawan kicap lemak manis Jalen
4 sudu besar sos tomato
1 ½ cawan air – lebih lagi sikit pun ok

rencah-rencah;
udang sederhana size – Geng pi beli udang gabak-gabak. Nasib laaa.. hehee
fish cake dan fish ball
Carrots – Nina parut jer senang cepat
Kobis – hiris kecik

Bahan hiasan;
Bawang goreng & cili merah

Cara penyediannya
1- Panaskan kuali dan minyak
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. Kemudian masukkan cili kisar masak hingga garing naik minyak.
3- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee. Kacau rata kesemuanya. (Nina tak buh garam sebab sos-sos tadi dah sedia cukup garamnya bagi tekak Nina)
5- Sedia dihidangkan

Selamat mencuba!

Resepi Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah

Related posts:

Puff Blueberry

Sedap seyhh...! Makan BEST di CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE, CYBERJAYA

Kuey Teow Goreng Hailam

Mee Kuah Tomato

Lifestyle Resepi MeeMee Goreng BasahMee Goreng BodoMee Goreng Hailammenu cepat

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. cik nor says:
    October 24, 2016 at 12:31 pm

    wow…mmg bertambah2lah mkn klau mee goreng udang selambak mcm ni..hihi

    Reply
  2. Suria Amanda says:
    October 24, 2016 at 3:46 pm

    Huwaaa…kejam woooo..kejam sgt…dh la kita suka letak rencah banyak2…

    Reply
  3. happy wheels says:
    August 12, 2020 at 10:37 am

    Your feedback helps me a lot, A very meaningful event, I hope everything will go well

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes