Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Puding Karamel Tanp Telur Paling Senang Sedap
July 8, 2018September 4, 2023

Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap 

Isi Kandungan hide
1 Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap
2 Related posts:
3 Dagu Berlapis? SAFI YOUTH GOLD Lifting Golden C Duo Serum Review
4 Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!
5 Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!
6 Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

As’salamualaikum kengkawan Nina. .. Agak lama Nina tak bersiaran. Acecehhh…  Macam celebrities  lak gamaknya. Ok perasan! 😝Bluekkkk..  HAhaa 

Bukan apa , lately agak sibuk ngan open house sana sinin sinun.   Bukan Nina yg buat open house tapi kengkawan Nina dan kawan Geng .. Ok tak alasan.  Hehee… 

Jemputan kengkawan lah katakan …. sambil mengeratkan lagi tali persahabatan sesama insan. Selalunya time open house lah dapat bertemu semua. Kalau hari lain jawabnya memang kena buat appointment. Maklumlah, masing-masing sibuk kerja kann…. 

Ada tanya,  tak risau  ke bawak anak-anak pi open house?  Bagi Nina,  pedulikan viral behave anak-anak yang depa dok perkata. Kita lebih kenal anak kita dan kawan yang jemput kita.   Komunikasi kedua pihak dan tolenrasi sesama kita yang  yang bakal menentukan siapa kita.   Takkan sebab gini,  tradisi kunjung mengunjungi luput di telan zaman.  Bakal terjadi andai kita yang musnahkannya…  

Ok,  short cut,  baru-baru nie Nina buat dessert puding karamel ni memang sedapppp! Dah banyak  kali dok buat guna resipi ni jer sebab utama ianya resepi puding karamel paling senang sedap lagi mudah. Korang tak payah oven bagai. Gerenti jadi resipi ni!  Rugi dessert paling senang buat ni korang tak cuba sebab sesuai untuk jamuan,  open house atau apa-apa majlis. Bebudak pun suka. 

 

Jom tengok resipi nyerrr

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap 

Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air

Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet  serbuk agar-agar (7gm)  / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  • Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan …. ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
  • Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
  • Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
  • Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
  • Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
  • Sejukkan dalam peti ais
  • Terbalikkan  dan sedia dihidangkan. …….  (nanti gula akan berada di atas – barulah cantik)
  • ngap ngap ngapppp !!! sedappppp

pssstttt  **** kalau nak ada rasa, boleh lah gantikan esen vanilla dengan perasa lain dlm sesudu. Tentu lagi BEST !!
hehehe . . . 

Selamat mencuba !!

Related posts:

Dagu Berlapis? SAFI YOUTH GOLD Lifting Golden C Duo Serum Review

Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!

Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Lifestyle Resepi Tips Cara buatDessertmenu minum petangMenu Open HousePuding Karamel Tanpa Telurresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. cik nor says:
    July 9, 2018 at 9:20 am

    mak aii..sedapnya..:)

    Reply
  2. sueizza says:
    July 10, 2018 at 7:37 am

    lama tak buat puding karamel huhuuu terliur la pulak

    Reply
  3. Mama Kembar Tiga says:
    July 12, 2018 at 8:10 pm

    Makan sejuk sejuk uishhh sedapnya!

    Reply
  4. dp bbm lucu says:
    August 6, 2018 at 10:43 pm

    makasih sist resep puding karamelnya, mau saya coba bikin di rumah 🙂

    Reply
  5. Ciknor says:
    September 14, 2019 at 9:12 am

    Assalamualaikum Nina. Puding kegemaran keluarga, tp dek sibongsu baru pulih dr chicken pox dan tengah kemaruk nak makan itu ini, pantang masih berjalan utk seisi keluarga . Alhamdulillah jumpa resipi puding karamel tanpa telur. Terima kasih banyak2 share resipi. Moga Nina dlm rahmat Allah sentiasa dan bahagia dunia akhirat. Aamiin. (Ciknor)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes