Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 1, 2012May 25, 2016

Kuey Teow Goreng paling cepat, ringkas, mudah….

A’salamualaikum dan salam sejahtera …

Doa Ramadan: Hari Kedua Belas

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung
3 Oh no! Nak cepat ni.. Ayam Masak Kicap jer laaa
4 Wahhh... Banyak nya resipi menarik di Aplikasi F&N Life. Air Soya Cincau paling mudah sedap
5 Yeah yeahh....!! KBBA Blogger's Day Out 2015

“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.” Amin…

Hampir 2 minggu kita berpuasa. Betapa pantas masa berlalu jangan lah  dibiarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik yang ada haruslah dimanfaatkan dengan segala kebaikkan dalam diri dan jauhilah segala keburukkan  dan kemungkaran. 

Setiap insan telah tertulis oleh DIA dengan liku-liku corak perjalanan hidup mereka yang tersendiri. Semuanya ada ceritera yang tersendiri dan penuh dengan kenangan terindah masing-masing. Namun pastinya setiap insan itu pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.  Ianya datang dari kealpaan kita sendiri. Tiada insan didunia ini sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Dengan kesilapan lah kita belajar erti kehidupan. 

Sepuluh jari ini memohon sejuta kemaafan andai ada salah dan silap Nina antara kita sepanjang persahabatan kita. Moga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat semua. Amin….

Semua sedia maklum bahawa Char Kuey Teow antara menu kegemaran ramai. Ada berbagai-bagai versi. Semuanya ikut selera masing-masing.  Tapi Nina nak share resepi Kuey Teow Goreng biasa ala Nina ajerr ….  

Mostly bahan-bahan rencahnya sama. Cuma Kuey teow Nina tak cukup basah dan berkuah macam Char kuey teow.. Maklum lah kan, bulan puasa nie semuanya nak pantas dan segera. Ala-ala main masak-masak, campak-campak, goreng-goreng, kacau-kacau. Dah siap, makan!  Tak per lah kannn ….. janji sedappp! Hehhee ….

Kuey Teow Goreng Menu Simple Mudah Cepat

Kuey Teow Goreng versi Nina
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1/4 cawan udang kering 
1 cawan kerang – direbus dahulu
2 cawan udang sederhana size – dibuang kulit 
1 1/2 cawan taugeh
Fish cake – hiris nipis
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air panas
Daun kuchai – dipotong-potong 2inch

Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis 

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Goreng udang sekejap lalu ketepikan
  • Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
  • Masukkan telur, pecah-pecahkan telur menjadi ketulan-ketulan kecil 
  • Masukkan sambal tumis bersama bahan sos masak hingga mendidih
  • Masukkan sambal tumis bersama bahan sos serta fish cake, air panas dan  kuey teow. Dengan  menggunakan api besar – kacau rata
  • Taburkan taugeh, kerang yang dah direbus dan juga udang yang dah diketepikan tadi. Kacau ala kadar ajer ….
  • Tutup api dan sedia dihidangkan ….

Jemput makan …… eh eh! Puasa kan? Tunggu masuk waktu berbuka nanti ehh…..
hehehe . . . Kuey Teow Goreng Menu Simple Mudah Cepat




Related posts:

Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung

Oh no! Nak cepat ni.. Ayam Masak Kicap jer laaa

Wahhh... Banyak nya resipi menarik di Aplikasi F&N Life. Air Soya Cincau paling mudah sedap

Yeah yeahh....!! KBBA Blogger's Day Out 2015

Lifestyle Resepi DOA RAMADHANJuadah Berbuka PuasaKuey Teow GorengMeemenu anak susah makan nasimenu buka puasa simplemenu cepatMenu Ifftarmenu minum petangresepi mudahresepi ringkasresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Sally says:
    August 1, 2012 at 1:45 pm

    slmt berkenalan. sedap ni … mmg favourite kak ina ni. kak ina dah join blog Nina, silalah join balik terima kasih. dairisally.blogspot.com

    Reply
  2. Wanie Daud says:
    August 1, 2012 at 3:40 pm

    Sedapnya…. febret ni.. tmbh2 ada kerang… perghhh… nak buat la time berbuka nnt… =)

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    August 2, 2012 at 1:55 pm

    Hai Sally,
    Salam Perkenalan juga dari Nina 🙂
    Nina dah follow uu~~~

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    August 2, 2012 at 2:06 pm

    Wanie Daud..
    sama lah FAV kita 😉
    a'ahh …. letak kerang banyak-banyak!
    hehee

    Reply
  5. Rain Aziz says:
    December 22, 2012 at 2:19 pm

    Tak perlu letak garam ek?

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    December 22, 2012 at 10:41 pm

    Rain Aziz,
    terpulang pada citarasa masing-masing
    Jika perlu letak lah sikit>>>.
    kalau ikut tekak Nina dah tak perlu cuz sos tiram dan kicap lemak manis dah cukup rasa 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes