Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TIPS BIJAK URUS GAJI BULANAN KAEDAH BAJET 50-30-20
November 26, 2026November 26, 2026

GAJI MASUK, DUIT HILANG! Tips Bijak Urus Gaji Bulanan Sebelum Pokai

GAJI MASUK, DUIT HILANG! Tips Bijak Urus Gaji Bulanan Sebelum Pokai. Pernah tak korang rasa macam baru semalam gaji masuk, tup tup hari ni dah tinggal angka yang menyedihkan? Sadis sungguh kannn…
Eh, bukan kita baru shopping sakan pun. Belum sempat nak reward diri sendiri dengan secawan kopi mahal, duit dah terlebih dahulu melarikan diri. HAhaa!

Isi Kandungan hide
1 Gaji masuk bukan bermaksud kita dah kaya!
2 5 tips mengurus gaji bulanan supaya tak sesak hujung bulan
2.1 1. Senaraikan semua komitmen bulanan
2.2 2. Asingkan duit simpanan terlebih dahulu
2.3 3. Tetapkan bajet barang dapur
2.4 4. Jangan ikut gaya hidup orang lain
2.5 5. Sediakan sedikit duit kecemasan. Wajib ada
2.6 Semak tarikh gaji 2027 dan rancang perbelanjaan lebih awal
2.7 Duit banyak belum tentu cukup, duit sedikit belum tentu tak bahagia
2.8 Biar sederhana, asalkan tenang.
2.9 Related posts:
2.10 Resipi Biskut Raya Oat Kismis ala-ala healthy cookies gitu. Buat yang jaga diet boleh laaa try!
2.11 Aarrgghhhh...!! Malasnya nak masak akhirnya masak ...
2.12 Spek patah! Huhuu... Eye Pro Vision ku kembali lagi
2.13 REVIEW SUNSCREEN TERBAIK PALING BAGUS MURAH BEST

Begitulah realiti kehidupan. Gaji masuk memang seronok, tetapi komitmen bulanan pun dah siap beratur menunggu giliran.
Bil elektrik, air, telefon, ansuran rumah, kereta, barang dapur, yuran sekolah anak dan macam-macam lagi. Belum masuk kecemasan yang suka muncul tanpa jemputan. Huhuuu..

Jadi, sebenarnya bukan berapa besar gaji yang kita dapat sahaja menentukan keadaan kewangan keluarga. Cara kita menguruskan duit yang masuk setiap bulan juga memainkan peranan penting.

TIPS BIJAK URUS GAJI BULANAN KAEDAH BAJET 50-30-20

Gaji masuk bukan bermaksud kita dah kaya!

Ada orang bila dapat notifikasi bank, terus senyum sampai ke telinga. Amboi amboi… sukanya dia ya!
Ada pula yang dapat notifikasi gaji masuk, kemudian buka aplikasi bank sekali lagi untuk pastikan duit masih ada.
Belum sempat nak menikmati hasil penat lelah bekerja, duit dah kena agihkan kepada pelbagai cabang komitmen.

Kadang-kadang rasa macam kita ni cuma orang tengah. Majikan masukkan duit, kita pula tolong pindahkan kepada pihak bank, syarikat utiliti dan macam-macam pihak lain.
Kita dapat tengok duit lalu sahaja. HAhaa!
Sebab itulah pentingnya merancang perbelanjaan sebaik sahaja menerima gaji.

5 tips mengurus gaji bulanan supaya tak sesak hujung bulan

1. Senaraikan semua komitmen bulanan

Sebelum berbelanja, senaraikan dahulu semua komitmen tetap. Yang confirm tiap-tiap bulan wajib bayar. Erti kata lain, kalau tak bayar korang dah kira hidup berhutang bulan tu

Contohnya:

  • Ansuran rumah dan kereta
  • Bil elektrik dan air
  • Bil telefon dan internet
  • Barang dapur
  • Perbelanjaan sekolah anak
  • Insurans atau takaful
  • Simpanan dan dana kecemasan

Jumlahnya jangan main agak-agak je tau! Buat pembayaran jumlah yang tepat lagi betul. Jangan skip payment.
Kadang-kadang kita rasa belanja kecil tak memberi kesan, tetapi apabila dikumpulkan sebulan demi bulan, korang yang tak ter tahan nengok jumlahnya nanti. So list kan betul-betul. Jujur yaa

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

2. Asingkan duit simpanan terlebih dahulu

Kalau tunggu duit lebih baru nak menyimpan, alamatnya sampai ke sudah tak nampak duit lebih tu. Percayalah!
Nak menyimpan ni tak perlu tunggu duit banyak melimpah-ruah baru nak menyimpan. Big No tau!

Cuba tetapkan jumlah simpanan mengikut kemampuan. Tak perlu terus letak sasaran ribu-ribu kalau kewangan masih ketat.
Apa kata korang cuba nilai kecil yangRM10, RM20 atau RM50 pun boleh menjadi permulaan.

Yang penting konsisten!
Jangan pula simpan hari ini, esok keluarkan balik sebab ternampak promosi Shopee. Ayooo Amaa Apaa. Sambil tepok dahi. HAha!

3. Tetapkan bajet barang dapur

Ini pun paling penting. Perbelanjaan makanan antara perkara yang mudah menyebabkan duit bocor tanpa kita sedar.
Sebaiknya tetapkan bajet mingguan atau bulanan untuk barang dapur.

Okies, Nina share kat korang . INI CONTOH JE TAU! Contoh yaaa
Contoh menu jimat 2 minggu untuk keluarga bagi membantu merancang hidangan harian dan menjimatkan bajet barang dapur.
Bukan lah suruh korang ikut bulat-bulat, tapi kalau nak ikut style petak patsegi tepat pun buleh. HAhaa

Contoh menu jimat 2 minggu untuk keluarga bagi membantu merancang hidangan harian dan menjimatkan bajet barang dapur.

Macam Nina Tips Berjimat bajet barang dapur : Nina prefer masak hari-hari. Kitaorang ni ahli keluarga ramai, anak 5 orang yang bukan kecik-kecik lagi so bajet barang dapur sangat lah kena bijak lagi berjimat. Biasanya dalam seminggu akan ada menu goreng-goreng sebab kos masak goreng-goreng tak besar. Contohnya Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng, Kuey Teow Goreng Basah, Mee Kari, Bihun Sup atau Tomyam. Semua ni tak perlu protein yang banyak. Asal kenyang sudaa
Ikutkan banyak lagi nak tips berjimat bajet barang dapur style Nina tapi nanti Nina rajin kita share next content ehh..

Korang buat lah senarai sebelum keluar membeli-belah. Listkan siap-siap nak beli apa. Beli yang pentinggggg aje. Tetapkan hati, hanya ikut list sahaja. Keperluan sahaja, kehendak yang nafsu nafsi tu tinggalkan dia kat rumah, jangan bawak pi shopping.
Elakkan membeli barang yang tidak diperlukan hanya kerana nampak murah. Haaa.. Part ni mudah sangat terjebak, terbeli, terpengaruh. Naya namati weyhh…
Ingat, barang murah yang tak digunakan tetap dikira pembaziran.
Suka bazir bazirrr ni perangai syaitonnnnirrojimm! Haa tau takut. HAhaa

4. Jangan ikut gaya hidup orang lain

Omputeh kata lifestyle. Setiap keluarga mempunyai pendapatan, komitmen dan tanggungan yang berbeza.
Begitu juga cara hidup, bagaimana kita nak hidupkan diri kita sekeluarga.
Tak perlulah memaksa diri membeli sesuatu hanya kerana orang lain mampu memilikinya.
Bebudak sekarang panggil FOMO.

Dia jadi gini sebab apa tau, bila korang mula melihat apa orang lain ada tapi korang tak hado! Big Mistake. Nehi nehi..!!
Kalau orang lain boleh makan di restoran mahal setiap minggu, kita pula mungkin lebih selesa makan di rumah.
Its ok why not? Janji perut kenyang, keluarga bahagia dan hujung bulan tak perlu makan biskut cicah air kosong. Kann..?

Paling penting, tak perlu berhutang sana sini, tak perlu meminta-minta setakat nak ikutkan kehendak hati yang tak sedar diri tuh!
Tak tau malu punya orang perangai gini. Huhuu… Korang tak perangai gini kann? Nauzubillah mintak simpang ada kawan gini.

5. Sediakan sedikit duit kecemasan. Wajib ada

Kita tak tahu apa yang akan berlaku sepanjang bulan atau tahun akan datang. Semua pun ketentuan Allah kann..
Mana lah tahu kot tiba-tiba kereta rosak, mesin basuh buat hal, anak demam atau ada keperluan keluarga yang tak dijangka.
Sebab itulah dana kecemasan ter sangat lah penting!

Mulakan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Sekurang-kurangnya kita ada persediaan apabila sesuatu berlaku diluar jangkaan. Bukan apa, tidak lah megagau kena cari sapa boleh tolong.
“Hidup ini keras beb!” Semua orang struggle nak hidup. Jangan sebab kawan atau family tak dapat bantu korang terus sumpah seranah mereka. Yang takde buat persediaan lah yang ter paling kejam sebenarnya. Selfish! Macam marah kann? HAhaaa

Semak tarikh gaji 2027 dan rancang perbelanjaan lebih awal

Satu lagi perkara yang boleh membantu kita mengurus kewangan ialah mengetahui tarikh pembayaran gaji.
Ada ke yang gila tak tahu bila gaji masuk pulak kann? HAhaa
Maybe anak orang terpaling terkaya kot atau orang yang tidak bekerja, takde bertanggungjawab so tak perlu fikir perihal perancangan perbelanjaan bulanan mahupun harian sama sekali. Wujud ke orang macam ni? Eerrkkk..

Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji tahunan boleh dijadikan panduan untuk merancang komitmen bulanan, pembayaran bil dan persediaan terutama menjelang musim perayaan, musim persekolahan tahun baru dan macam-macam lagi persediaan penting. Mmm… Masa ni paling penting kena ada bajet extra. Kalau tak menabung, mana nak cekau duit weyhh…

Kalau korang bekerja dalam sektor awam, boleh semak jadual pembayaran gaji penjawat awam 2027
Korang boleh klik save supaya mudah dirujuk apabila nak menyusun bajet bulanan nanti.

Bila dah tahu tarikh gaji masuk, bolehlah susun perbelanjaan lebih awal. Tak adalah duit gaji baru masuk tetapi kita sendiri tak tahu nak ke mana duit tu pergi. Kalau rasa terlebih sangat duit tu, meh laa beri sumbangan kat kita ni. Tak malu! gurau je. HAhaa

Korang tau tak. wujud yaa ada orang yang gaji baru / kenaikan gaji baru tiap tahu dia tak usik pun gaji baru tu. Dia tetap lah berbelanja ikut gaji lama. So perbezaan lebihan dari gaji baru tu, dia terus simpan tepi. Bayang kan… Bayangkan betapa banyak dia simpan tepi? Itu lah persediaan dia, struggle dia demi persediaan dia. Sikit pun tak susahkan orang sekeliling. Hebat dia ni!

BAJU SEKOLAH BERKUALITI

Duit banyak belum tentu cukup, duit sedikit belum tentu tak bahagia

End up, setiap keluarga mempunyai cara tersendiri menguruskan kewangan.
Ada yang bergaji besar tetapi komitmennya juga besar. Bak peribahasa berbunyi : Besar periuk besar lah keraknya
Haa.. Dah macam tengah ajar subjek kewangan + subjek Bahasa Melayu pulak. HAhaa..

T A P I
Ada yang pendapatannya sederhana tetapi masih mampu menguruskan kehidupan dengan baik.
Ya, untuk Nina sekeluarga setakat ini Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang mencukupi walaupun kami ni sederhana seadanya.

Bukan mudah nak mengurus kewangan rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak ramai dan semuanya semakin membesar. Sapa kata anak dah besar senang? Nehi nehi… Lagi besar lagi besar juga belanjanya.
Keperluan mereka berubah mengikut usia. Dulu beli susu dan lampin, sekarang pula fikir yuran, buku, pakaian sekolah, pengangkutan dan pendidikan. Tu tak masuk skincare lah bagai. Huhuu . . .
Mak ayah ni memang tak pernah pencen daripada memikirkan perbelanjaan anak.
Tanggungjawab kannn, gitu laa kisahnya.

Apa pun, belanjalah mengikut kemampuan. Jangan sampai terpaksa berhutang semata-mata nak mengekalkan gaya hidup yang sebenarnya di luar kemampuan. Tak dinafikan, ramai gini sekarang. Seriau bila tahu adanya Platform yang Pay Later Later tuuu!
Ya ampun… Moga anak cucu cicit tak terjebak bendalah gini. Aamiinn..

Blogger lama tak update blog

Biar sederhana, asalkan tenang.

Dan paling penting, bila gaji masuk nanti, jangan lupa bayar diri sendiri dengan menyimpan sedikit duit.
Jangan semua orang dapat bahagian, kita seorang sahaja yang tak merasa pulak! HAhaaa.
Zakat jangan lupa tau! Sucikan pendapatan dengan penuh keberkatan. InsyaAllah

Korang pula macam mana?
Jenis yang terus asingkan duit simpanan sebaik sahaja gaji masuk atau tunggu hujung bulan tengok ada baki ke tak baru fikir bab saving?

Related posts:

Resipi Biskut Raya Oat Kismis Mudah Sukatan Cawan

Resipi Biskut Raya Oat Kismis ala-ala healthy cookies gitu. Buat yang jaga diet boleh laaa try!

sambal telur hancur

Aarrgghhhh...!! Malasnya nak masak akhirnya masak ...

Eye Pro Vision Sungei Wang Kedai Cermin Mata Murah KL

Spek patah! Huhuu... Eye Pro Vision ku kembali lagi

REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH

REVIEW SUNSCREEN TERBAIK PALING BAGUS MURAH BEST

Tips Bajet BulananKewangan KeluargaTips Berjimattips financialtips jimat berbelanjaUrus Gaji

Post navigation

Previous post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes