Assalamualaikum dan haluuuu korang!
Ada lagi ke yang ingat Nina Mirza ni? Atau korang dah anggap blogger ni spesies pupus yang tinggal dalam arkib Google je? HAHAHA! Nina yang acah-acah blogger lama tak update blog dah kenapa ehh? Rasa macam ramai juga seantera blogger lain pun alami situasi yang sama kannn? Korang pulak kenapa?
Lama betul tak bersua di teratak kecil NinaMirza.com ni. Kalau ikutkan, bukan setahun sekali nak update blog. Kadang-kadang setahun sekali pun belum tentu. Dah macam Hari Raya pulak! HEhee.. Nasib baik blog ni tak boleh merajuk. Kalau boleh, agaknya dah lama dia hantar surat tunjuk sebab! Entah-entah dah mintak resigned terus. HAhaa

Tepek gambar lama. Gambar baru tarakkk.. Ambik gambar pun malas dah kita ni awakkk
Jadi, blogger dah lama tak update blog dah bersara ke?
Jawapannya… entahlah! Huhuuu…
Sukar dimengertikan. Errmm… Kadang-kadang tak semua perlu dijelaskan, iyer tak?
Bila blogger mula hilang dah radar. Tapi kann
Kadang-kadang sepi tu indah juga.. Hah! Dah mula dah dia.. Aceceh cehhh
Kalau korang nak kenal sedikit sebanyak perjalanan Nina dalam dunia blogging, korang boleh lah terrobekkk baca kisah Nina dan dunia blogger . Jangan gelak tengok gambar lama sudah! HAhaaa
Dulu, kalau ada benda menarik berlaku, laju je tangan ni nak buka laptop. Ada resepi baru, tulis blog. Ada pengalaman menarik, tulis blog. Ada tips menarik nak kongsi tulis blog. Anak buat perangai, ehhh… itu pun boleh jadi bahan cerita! Maklum lah anak 5, macam-macam peel nya.
Sekarang?
Idea tu ada. Kadang-kadang tengah masak pun terfikir, “Eh, benda ni boleh buat artikel!”
Tapi itulah… idea datang laju, pelaksanaan bergerak macam siput kena tinggal.
Kononnya nanti nak tulis. Nanti nak edit gambar. Nanti nak susun ayat. Nanti nak publish.
Sekali tengok kalendar, ehhh… dah masuk bulan depan! Draft bersusun tapi susun kat situ je lah! HAhaa
Inilah penyakit blogger separuh bersara. Bukan tak ada idea, cuma jari dengan otak dah tak berapa nak bekerjasama. HAHAHA!
Faktor usia barangkali. Tu lah dia, salah kan usia pulak!

Ok ni gambar baru snap 2026! Ni pun terpaksa ikut kehendak anak-anak Gen Z. Kita layankan je.
Asal pegi wedding, ada photo booth wajib ambik gambar kenang-kenangan. Anyway, good idea! Sebab kitaorang jarang semua dapat pegi sekali. Anak-anak dah besar, mereka makin sibuk dengan urusan masing-masing. Kadang Kakak ada kelas, Eilman ada meeting, Yana ada training, Eilhan ada training / koko. Eicha tu pun dah start busy dengan koko dia.
Haihhh… Busy nau anak-anak sekarang. Semua ada, dapat join sekali kira bonus time for us for spend time together-gether.
Derang ni siap ada koleksi gambar photo booth, seronok tengok journey gambar masa demi masa. Love!
Anak makin besar, mak pula makin sibuk?
Dulu anak-anak kecil, sekarang masing-masing dah membesar. Ada yang dah masuk alam universiti, ada yang masih sekolah.
Fasa kehidupan pun dah berubah.
Kalau dulu sibuk urus anak kecil, sekarang sibuk fikir hala tuju pendidikan anak. Kalau dulu pening fikir susu dan lampin, sekarang pening fikir yuran, permohonan UPU, MUET, kolej dan macam-macam lagi.
Pendek kata, kerja seorang mak ni tak pernah pencen. Cuma jawatan bertukar-tukar mengikut umur anak.
Belum masuk bab urusan rumah, keluarga dan kehidupan sendiri. Kadang-kadang nak duduk minum kopi dengan aman pun satu pencapaian besar. Jadi, jangan pelik kalau blogger ni tiba-tiba ghaib. Bukan masuk gua bertapa. Mungkin seiring usia, cuma lebih selesa menjalani kehidupan di luar skrin. Ada ke yang sama?

Gambar kenangan seploh tahun lalu. Event parenting. Angkut semua anak-anak bawak pi event. Alhamdulillah rezeki dikurniakan anak-anak yang behave, reti dok diam, Derang pun dah faham mama tengah buat kerja. Abah dia paling understanding! Sentiasa support apa saja isteri dia punya aktiviti. Alhamdulillah…
Note : Baju tu dah tak muat! HAhaaa
Blog masih hidup, cuma tuannya yang malas takde masa update!
Malas? Ya awak.. Seketul Nina pun reti malas. Nina yang sebenar kadang-kadang je rajin. HAhaa
Malas ni naluri normal. Satu perangai yang semua orang ada tapi kita lah kena kuat lawan rasa tu. Sebab kat sebelah kiri, adanya syaitonnnnnnirrojimm dok meniup aura malas : menghanyutkan kita ikut jadi macam dia. Nauzubillah! syuhh syuhhhh
Baru-baru ni Nina terfikir juga tentang nasib blog kesayangan ni.
Nak renew hosting atau biarkan sahaja?
Yuran tahunan dah nak sampai tarikh matang. Hosting kena bayar, domain kena bayar.
Blog pula bukan main lagi duduk diam tak buat kerja. Haishhh… Lelah fikir
Kalau blog ni pekerja, rasanya dah lama kena panggil HR.
“Encik blog, boleh jelaskan kenapa sepanjang tahun ini tiada produktiviti?”
Blog: “Saya tunggu owner saya rajin, puan.”
Owner: “Eh, jangan salahkan saya!”
Tapi bila fikir balik, sayang juga nak biarkan semua catatan lama tu hilang begitu sahaja. Ada banyak cerita, pengalaman, resepi dan perkongsian yang pernah Nina tulis bertahun-tahun dulu. Dari 2011 weyhh…!
Ada artikel yang mungkin dah tak relevan, tapi ada juga yang masih dicari orang sampai sekarang.
Rupanya blog yang kita sangka dah berhabuk ni masih ada nyawa!
Rupanya masih ada yang ingat Nina Mirza!
Satu perkara yang buat Nina terharu baru-baru ni, bila berjumpa kawan-kawan lama.
Ada yang bertanya tentang blog. Ada yang rupanya masih menanti cerita baharu daripada Nina. Aawwww… touching nya!
Allahuakhbar! Tak sangka masih ada yang perasan kehilangan blogger tak seberapa ni.
Ingatkan selama ni Nina seorang sahaja yang ingat zaman kegemilangan blog.
Rupanya ada juga pembaca yang masih singgah dan tertunggu-tunggu.
Terima kasih banyak-banyak buat korang yang masih ingat, masih membaca dan masih sudi mengikuti cerita Nina.
Kadang-kadang kita tak sedar, tulisan yang kita anggap biasa-biasa lagi merapu tak tentu hala tu sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang lain. MasyaAllah.. sebak nih.. tisu plssss

Bersara? Macam berat sangat bunyinya.
Ikut umur yg dah purba ni memang macam tak lama kena bersara tapi apekeheyyy..
Awak tu surirumah, ada ke dalam appointment letter tarikh tempoh berkhidmat? idok ler ader..
Rasanya kita tangguhkan dulu hasrat pencen awal ni.
Tengah plan dok fikir nak pecahkan tabung ayam ni nak buat bayau cukai tahunan blog, rugilah kalau dibiarkan jadi rumah kosong. InsyaAllah, Nina akan cuba kembali menulis. Tapi tapi …
Tak janji tau setiap hari, tak janji setiap minggu. Kita mula perlahan-lahan dulu. Merangkak kembali.
Mungkin tentang keluarga, anak-anak, pendidikan, resepi, kehidupan seharian atau apa sahaja yang terlintas di kepala.
Asalkan bukan setahun sekali! HAhaa..
Kalau korang masih sudi membaca, jemputlah singgah lagi ke teratak kecil NinaMirza.com ni.
Jangan malu-malu. Kalau nampak habuk, tolong tiupkan sekali. HAHAHA!
Sekian laporan comeback daripada blogger yang belum bersara, cuma terlebih lama bercuti.
Salam sayang,
Nina Mirza
Mak anak 5 yang acah-acah busy, blogger yang sedang cuba mencari semula password kerajinan.

Blogger lama tak update blog
Korang boleh juga usha-usha Nina di Facebook www.facebook.com/NinaAzerin atau Instagram www.instagram.com/nina.mirza . Tiktok pun hado www.tiktok.com/@nina.mirza tapi tak berapa aktif jugak. Eermm.. Nina sekarang lebih suka post kat story FB link to IG so selalu lah intai-intai sini ehh.. Manalah tahu boleh jumpa kat sana. Kot laaaa mood malas kembali menghempap bahu semula! HAhaa…
Dah lama tak menaip ni, ada rasa macam janggal sikit. Dok ajar anak buat karangan, so rasa slang dalam blog ni dah macam ayat skema pulak. Korang baca rasa yang sama tak?


