Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro 
October 22, 2019October 24, 2019

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee

Tu ari pertama kali tengok Sean Lee dalam Drama Sweet Dream tetiba macam tersuka lak ngan lakonan dia.  Santai selamba cute tapi terkesan dengan karektor dia dalam Drama Trending lakonan Mira Filzah dan Ben Amir.  Korang tentu dah tonton gak kann…? Sinopsis Drama DEMI RINDUMU 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro
2 Drama DEMI RINDUMU
3 Related posts:
4 Lega adanya SURYA Chlorophyll | Tak payah dah sorok sayur dalam menu anak-anak.
5 Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online
6 Marina Bashah : Blogger raih 800 ribu view article Koleksi Resepi Berpantang
7 Hangus Diet kat ASAP STEAMBOAT : Tempat Makan BEST Sedap Selangor

Baca : Sinopsis Drama Sweet Dreams

Dan sekarang Sean Lee sebagai Hero bergandingan dengan Janna Nick dalam Drama Demi Rindumu.  Best gak jalan citer ni..

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro

Nurhana seorang gadis yg disayangi ramai kerana sifat dia yg menyenangkan dan juga polos. Putus tunang menjelang hari perkahwinan kerana tertangkap bekas tunang dgn Rania di sebuah hotel.

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro 

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?

“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” – Nurhana
“Takde apa-apa.” – Haznik
“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” – Nurhana
“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik
“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana
“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”

Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.

Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.

“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” – Nurhana

Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.

“Na jangan mengarut!” – Nasrul

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro 

Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?

Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?
Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh? Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?

Drama adaptasi novel ‘Demi Rindumu’ karya Diya Jamal  di slot MegaDrama Astro Ria. Dibintangi oleh Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim dan Elvina Mohamad. Drama terbitan Zamriez Golden Picture, arahan Haris Fadilah. Disiarkan bermula 7 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Drama DEMI RINDUMU

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Okthi Amra
PENULIS NOVEL : Diya Jamal
PENGARAH : Haris Fadzillah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Riz Amin, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Azri Sabri, Raja Norbaizura, Hafeez Mikael, Fazli Daniel Ali, Qazem Nor, Naim Shamsul

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro 

WATAK PELAKON

Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Azri Sabri sebagai Izlan
Mustapha Kamal sebagai Hussin / Hassan
Raja Norbaizura sebagai Mariam
Hafeez Mikael sebagai Muzaffar
Riz Amin sebagai Johar
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
Aleza Shadan sebagai Aida
Fazli Daniel Ali sebagai Irwan
Qazem Nor sebagai Fadhil
Naim Shamsul sebagai Aditya

LAGU TEMA / IST
Youtube | Yang Satu – Akim & The Majistret
Youtube | Khayal – Stacy

Bagi Nina drama ni best!  Buat yang dah baca novel tentu lebih feel nonton sebab dari novel Demi Rindumu ni penceritaan yang sarat dgn kekeluargaan, kasih sayang abang terhadap adiknya, dendam kakak kepada adiknya, dan kekuatan percaya pada pasangan masing-masing.

Sila laaaa layan..  Comel seyhh Janna Nick bergandingan dengan Sean Lee.  Matching beb

Related posts:

Lega adanya SURYA Chlorophyll | Tak payah dah sorok sayur dalam menu anak-anak.

Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online

Marina Bashah : Blogger raih 800 ribu view article Koleksi Resepi Berpantang

Hangus Diet kat ASAP STEAMBOAT : Tempat Makan BEST Sedap Selangor

Lifestyle Review AstroDemi RindumuDramaDrama 10pmDrama Adaptasi NovelDrama Demi RindumuJanna NickMegaDrama Astro RiaNorman HakimSean LeeSinopsis Demi RindumuSinopsis Drama DEMI RINDUMU

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Siti Rabiah binti Adnan says:
    October 23, 2019 at 12:54 am

    boleh tak saya cakap dorang tak padan ? hahahaha~ dah tengok episod 1 tapi tak in dengan jiwa saya..

    Reply
  2. Nadiah says:
    October 27, 2019 at 7:33 am

    Best cerita ni. Hehe suka gabongan pelakon dia. Best

    Reply
  3. http://hiphopmp3download.com/how-to-download-music-fromyoutube/-qualification/34255458 says:
    May 20, 2020 at 5:37 pm

    This film not leave you unanimous. Grrat review. It”s good that you wrote about this interesting film. Keep writing your interesting reviews. Thank.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes