Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

apa nak buat anak sembelit
April 25, 2019April 29, 2019

Sian Eicha.. Bila anak susah yakyak, Vaselin penyelamat baby sembelit

Tu ari Eicha demam + cirit-birit. Alahai… Siannya dia dok makan yak makan yak makan yak.. Sampai dia sendiri seramm nak makan. Susah hati mama.. Huhuu

Isi Kandungan hide
1 Apa nak buat bila anak sembelit
2 Apa nak buat ni… Susah hati mama bila anak sembelit
3 Related posts:
4 Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?
5 Kek Butter Pandan.. yang lama usah dilupakan ....
6 Akhirnya 'TER'jebak ngan CUCUR VIRAL
7 Penat dah fikir... Akhirnya Ikan Cencaru ni kita bakor!

Rasa macam simptom rotavirus sebab ianya berjangkit. Eicha kena cirit-birit demam pun selepas abang kakak dia kena.

Pas bawak jumpa doktor, seluruh ruang dalam rumah Nina mop lap dengan dettol. Jauhkan jarakkan depa satu sama lain walau serumah tapi tau tau aje laaa anak-anak ni, memang tak laaaa… Dok main sokmo. Gerammm mama!

Bila anak sakit Mak Pak opkos risau. Eh! Ada ke makpak yang tak risau. Bebal punya ayat Nina ni.. Huhuu… Bawak laaa pi klinik. Tak betah Nina kalau dibiarkan aje. Anak demam antara benda yang Nina fobia.

Baca : Anak demam sawan tarik! Apa perlu buat, apa punca, apa perlu tahu, cara rawatan, apa simptom

Alhamdulillah demam tak tinggi sangat under control,  beransur baik dan cirit-birit pun dah  slow. Lepas demam kebah dak Eicha ni suka nau makan pisang. Sehari lebih 6 ulas, eh! Pisang panggil apa eh? Biji ke, ulas, ke.. Sisir ? Tandan yang gedabak tu kann..?

Eh! Nak citer apa sebenarnya ni..? Belajar tatabahasa bahasa Malaysia ke ? HAhaaa…

Apa nak buat bila anak sembelit

Ok sambung.. Disebabkan dak Eicha makan pisang punya banyak, maka besoknya dia sembelit laaa plak! Hadoi … Ini budak aarrr… Stress mama! Tak bagi makan dia nangis. Dah laaa dia baru baik demam, mood makan tengah ada, maka bagi kan aje…

Masa Eicha nak yakyak dia punya teran tu sampai perah padam muka dia. banyak kali dia usahakan. Dan akhirnya bila tak berjaya, putus harapan  maka dengar lah tangisan kekecewaan. Siannya laaa hai. Mama yang teman nengok pun nangis sama. Huhuuu….

Apa nak buat ni… Susah hati mama bila anak sembelit

Dok google kebanyakkannya cadangkan beri anak makan betik. Lambat lagi nak keluar pi jemput Eilhan sekolah. Giant pun belum bukak , masih awal pagi.

Pastu Nina  teringat masa anak yang mana tah masa baby pernah sembelit,  nurse kat KK ada suh sapu vaselin kat sekeliling vontot baby kasi licin katanya. Nasib baik laaa sumber DHA masih ada dalam badan Nina ni, walau pun urat banyak dah putus beranak 5 kali, tu yang teringat pesan nurse KK tu … Kot sat lagi tersepak batu, lost lagi memory ku ini. Sebab tu catat ceritera dalam blog. Ok done alasan. Hehee

Maka bermula episod tonyoh vaseline kat vontot Eicha. Allahu … Siannya sayang mama! Ada sikit dot kesan darah kat pampers dia. Ni tentu masa dia meneran kuat sangat tadi. Luruh hati ni.. Huhuuu…

apa nak buat anak sembelit

Selesai sapu Vaseline kat sekeliling area vontot Eicha, masukkan sikit sampai dalam ruang yakyak. Nina suh dia minum plain water bebanyak. Siap pesan “Eicha minum plan water banyak nanti senang yak. Tak de laaa sakit. Minum lagi eh…” bercawan-cawan ku bagi dia minum.  Penuh pampers. Berat!

Tak lama pastu, “Mama… Eicha dah yak. Jom cebok. Mama… Eicha dah yak, jommm cebok!”

Korang imagine dak Eicha ni ulang ayat yang sama duaploh kali sampai masuk bilik air. Stress tak? HAhaa… Dia memang fesen gini. bertabah laa…

Walau 40 kali pun mama seronok dengar sayang sebab Eicha berjaya yak dengan sukses tanpa sebarang masalah. Ini pun dah buat seluruh hari mama gumbira tak terhingga! Yeayyy… Alhamdulillah ..

Ini lah ceritera beshe-beshe seorang surirumah..
yang tak de apa makna tuk sesapa hanya untuk yang mengerti. Chewahhh ….

So kalau anak sembelit, boleh laaa korang try sapu vaseline eh… Kot korang pun sembelit pun boleh jer try! HEhee…

Related posts:

Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?

Kek Butter Pandan.. yang lama usah dilupakan ....

Akhirnya 'TER'jebak ngan CUCUR VIRAL

Penat dah fikir... Akhirnya Ikan Cencaru ni kita bakor!

Lifestyle Parenting Tips anak sembelitanak sukar buang air besarInfo - Parentingkebaikkan vaselinerawatanRotavirusTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. sueizza says:
    April 29, 2019 at 12:32 am

    kannnnn brjaya hilangkan sembelit anak tu satu kejayaan bagi mak2 heheheh…Alhamdulillah humaira tak penah kena sembelit yang teruk….skit2 je tu pun sebab dia kurang minum air…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      May 1, 2019 at 2:28 am

      Kannnn… Satu kejayaan yang tak dapat dijual beli. Hehee…

      Reply
  2. Rodney McHugh says:
    October 3, 2023 at 7:54 pm

    Great information joy & hope and peace all is so nice advice for us.

    Reply
  3. james haley says:
    February 22, 2024 at 2:31 am

    Thanks for such a pleasant post. This post loaded with lots of useful information. Keep it up.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes