Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 7, 2012September 13, 2016

Sotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak Style …..

As’salam ….  Sotong Masak Hitam Berempah Mamak Style

Isi Kandungan hide
1 Sotong Masak Hitam Berempah Mamak Style
2 Related posts:
3 Donut oh donut... ni dia Resipi Donut Mudah Lembut sampai besok
4 Roti Pizza 2Fast2Furious !! Belasah jer laaa ....
5 Baca lah sampai habis! Terima kasih...
6 Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...
Buat apa tuu?? Dah tidur kah…. pasti ramai yang dah lena dibuai mimpi-mimpi indah. Dah lewat malam baru Nina berkesempatan nak update entry. Lagipun memang blog nie dihasilkan sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi info/resepi yang Nina ada untuk semua disamping untuk rujukan Nina di masa akan datang. So, kadang sempat Nina update dan kadang tak berkesempatan mohon maaf jer laaa yea… Pastinya keadaan tidak mengizinkan.
 
Disebabkan Nina mengalami kebuntuan yang amat sangat siang tadi nak masak apa lalu terhasil resepi yang carca marba nie. Asalnya sotong nie Nina nak masak paprik campur udang, malangnya puas merata Nina gi kedai cari bahan-bahan lain seperti baby corn, kacang panjang, bunga kobis dll untuk dicampur dalam paprik tak der. Jadi cancell lah nak masak paprik. Tak sedapp nanti kalau kebanyakkan bahan tak cukup. Tambahan lagi, semasa Nina membersihkan sotong nie, mostly kesemua sotong ada telur didalam. Sayang lah pulak nak potong bulat-bulat. Nanti tak dapat merasai kenikmatan telur sotong tersebut. Kan kan kannnnnn…….
 
Akhirnya terjadi lah resepi Sotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak. Bila dah siap untuk hidangan, Nina rasa masakan Nina dan berkata dalam hati ” macam pernah ku rasa masakan macam nie, tapi dimana yea….” hehehe . .. .
Sambil makan fikiran Nina dok melayang ke tempat lain memikirkan dimana Nina rasa masakan serupa begini. Tiba-tiba ~~~~ “Hah!! Dah ingat ….. macam kat kedai Nasi Kandar Ibrahim Syah di Jalan Tuanku Abdul Rahman” 
Untuk makluman, kat sana memang sedapppp Nasi Kandar dia. Mengikut tekak Nina lah, kalau sampai Penang pun tak akan Nina jumpa Nasi Kandar yang terangkat macam nie. 
Memang Perghhhhhh …..!!!! lah rasanyer ~~~~
 
Tapikan …. Nina nak habaq kat sini, resepi Nina nie tak der serupa macam Kari Sotong kat Nasi Kandar IbrahimSyah tuu cuma yang membuatkan rasanya sama setelah kesemua kuah-kuah dicampur ke atas nasi (masa makan kat Nasi Kandar IbrahimSyah) baru lah dapat rasa sama macam Sotong Masak Hitam Berempah Nina nie …… kira Nina punya resepi nie All In One lahhh … Hehehe . .  .
Panjang nyerr cerita Nina kali nie kann ….. Jom kita tengok resepi nyer~~

Sotong Masak Hitam Berempah Mamak Style

Sotong Masak Hitam Berempah Mamak Style

Bahan-Bahan
500g Sotong sederhana size – tak potong punn sebab Nina punya mostly semua ada telur.. Hehehe…
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 ulas bawang putih – diketuk jerr
2 inch halia –  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan


bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam


bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)


Cara-caranya

  • Sotong dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
  • Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
  • Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
  • Selepas empuk, masukkan sotong. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak sotong akan rasa keras dan tak sedap)
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
  • Tutup api
  • Sedia dihidangkan.



Selamat mencuba !!! Sotong Masak Hitam Berempah Mamak Style






Related posts:

Donut oh donut... ni dia Resipi Donut Mudah Lembut sampai besok

Roti Pizza 2Fast2Furious !! Belasah jer laaa ....

Baca lah sampai habis! Terima kasih...

Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...

Lifestyle Resepi Lauk PaukreseipiResepiresepi mudahSeafoodSotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes