Perghhh… Setelah tamat Drama Rindu Yang Terindah tanpa segan silu sempena Ramadhan ini, TV3 menayangkan kembali drama trending terhebat naskah dari Shahrulezad aka Ijat. Drama beliau semua best best giler! Antara yang trending meletop letop – Drama NUR 1 di TV3
Tak perlu rasanya nak mempersoalkan kenapa TV3 menayangkan kembali, why not? Sebuah naskah yang sarat dengan pengajaran, sarat dengan ilmu keagamaan dan penuh dengan sentuhan menghiburkan hati. Bukan tegang sokmo pun drama NUR ni, ada juga lucu nya! Pendapat Nina – Wajib tonton..
Full Sinopsis Drama NUR 1
Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan). Adam merupakan anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Memang hensem kannn Syafiq Kyle! HEhee . . . Aura dia mmmm…. Cara beliau bawakan watak Ustaz Adam ni. Setuju?
Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Aisyah (Noorkhiriah) menjadi pengurusnya. Ohhh Aisyah, isteri yang terlalu ikut kata telunjuk suami yang di tafsirkn sebagai taat.
Suami Aisyah iaitu Syed Hamadi (Azhan Rani) pula merupakan seorang munafik. Dia dibawa masuk kedalam keluarga terhormat itu melalui Aisyah yang menipu dan berkata bakal suaminya itu seorang Ustaz. Watak Ustaz Madi ni memang TERbaekkk..!! Rasa nak hempuk TV sendiri bila nengok dia. HAhaa
Ternyata, Hamadi membawa banyak masalah kepada keluarga itu. Hamadi juga sering turun ke lorong dan pernah dikantoi tidur bersama perempuan lain apabila Aisyah terjumpa kondom dalam bilik mereka. Namun, melalui pelbagai lagi penipuan, Hamadi diangkat sebagai pengetua Rumah Anak Yatim Darul Mukhsin dimana dia sering menyelewengkan wang sekolah tersebut. Apabila dia ingin mencuri duit tersebut, cek tersebut diletakkan dibawah nama Ustaz Yassin. Licik lagi keji sikap Ustaz Madi ni!
Manakala Nur lakonan hebat dari Amyra Rosli yang tidak berpelajaran formal, apatah pelajaran agama, merupakan seorang anak pelacur, Mona (Laila Nasir). Mona yang juga merupakan anak pelacur sudah biasa dengan gaya hidupnya bukan seperti Nur yang ingin keluar dari hidup sebegitu.
Nur seringkali dipaksa melayan lelaki miang yang datang oleh maknya sendiri dan bapa ayam mereka, Marzuki (Elmy Moin). Akibat bosan dengan pekerjaan keji itu, Nur sering memberitahu pelanggannya bahawa dia menghadapi HIV dan lantas mendapatkan wang dari kerja mencuci pinggan dimana dia berkawan baik dengan seorang pondan bernama Jojo (Jijie Zainal). Nur juga sering membaca bacaan ilmu agama yang dikutipnya ditepi jalan dan tempat tempat kerana Hidayah Allah kepada Nur.
Dalam drama ini juga kita diberi pendedahan berkenaan penyakit HIV dan langkah-langkah pencegahan yang perlu kita tahu dan sedia maklum.
Kisahnya bermula dengan mefokuskan tentang isteri Adam yang dipilih oleh keluarganya, Qhadeeja (Riena Diana) yang merupakan seorang doktor. Deja kian hari ke hari membawa makanan dan inginkan perhatian Adam. Keluarga Qhadeeja juga teruja ingin menantukan seorang Ustaz selebriti yang mempunyai rupa dan alim.
Pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.
Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.
Akibat ingin tahu soalan itu selebihnya, Adam keluar mencari gadis misteri itu dengan menggunakan yang dilukis adiknya, Mirul (Raja Atiqullah). Dengan kuasa Allah, tergerak hatinya untuk ke lorong pelacuran dimana dia ternampak Nur yang cuba melarikan diri. Namun, Adam gigih dan terus menunggunya hinggalah beberapa hari kemudian Adam terjumpa Nur bersembahyang Subuh dan berdoa di sebuah lorong. Keikhlasan dan ketaqwaan Nur lantas mengambil hati Adam.
Seterusnya, Adam dapat selebihnya soalan itu menjawabnya sebaik mungkin, dia juga menjadi pelindung Nur apabila Adam mengajak Nur ke masjid. Nur sering dikecam apabila ke masjid dan pernah dicampak terompah kaki ke mukanya.
Mereka hari ke hari semakin rapat dan terus berkenalan sambil berminum di gerai-gerai, akhirnya cinta berputik. Adam kian melupakan bakal isterinya yang dipilih ibu bapa Qhadeeja. Namun, Deja tabah dan matang serta mampu menerima hakikat. Positifnya Deja menerima ketentutan seharusnya di contohi.
Sayang macam mana kita pada seseorang itu, jodoh tetap rahsia Allah. Bila-bila masa Allah boleh hantarkan dan bila-bila masa juga Allah boleh tarik balik” – Deja
Apabila Nur masuk ke dalam keluarga terhormat itu, dia dibenci oleh Aisyah kerana nama keluarga mereka tercemar dan banyak rancangan ustaz selebriti dibatalkan akibat status isteri Adam. Sebagai seorang pengurus, hal ini memberi kesan hebat kepadanya.
Ibu Adam, Datin Ibu Hajah Musalmah (Fatimah Abu Bakar) juga susah untuk menerima Nur masuk ke dalam keluarga itu. Namun, setelah mendengar kisah yang sebenarnya, hatinya terbuka sedikit sahaja untuk menerima Nur.
Sekarang emak dah faham, kenapa dia pilih kamu. Sebab kamu ikhlas dengan Allah. Kamu cinta DIA bukan atas dosa dan pahala kamu. Tapi sebab DIA Tuhan kamu dan kamu perlukan DIA”
Satu hari, Nur sedang memasak Sup Ayam untuk keluarga mereka. Mirul ternampak yang Nur meletakkan sup bunjut kedalam masakan tersebut. Aisyah lantas tersalah fikir bahawa bunjut tersebut merupakan barangan sihir. Adegan ini lantas menjadi tular diseluruh negara berserta gelaran ‘Ecah Sup Bunjut’ yang turut tersebar. Memang lawak episod ni, korang kena tengok!
Nampak lucu namun mesej yang ingin disampaikan dalam Drama NUR ini – bila hati hitam, kita mudah bersangka buruk , suka menuduh tanpa usul periksa, dan akhirnya terserlah kebodohan sendiri. Sendiri yang malu! Amalan syirik dan khurafat haruslah kita jauhi.
Seterusnya, keadaan Hamadi kian mendesak. Wang yang dicurinya mengakibatkan Darul Mukhsin kemarau duit. Oleh itu, Aisyah meminjam dari ibu Qhadeeja, Datin Orkid (Kuna Muzani) yang meletakkan syarat agar Adam masih menjadi menantunya dan ceraikan Nur.
Ini membangkitkan lagi kebencian Aisyah kepada Nur sehinggakan dia sanggup menolak Nur dan mengakibatkan kegugurannya. Episod tolak ni memang kan buat korang nangis lihat keadaan NUR di dera dan rasa menyampah nak tendang jugak kakak Aisyah ni. Kejam nau dia!
Disebalik itu, Hamadi yang pernah berjumpa Nur sebagai pelacur tekad ingin ‘meratah’nya. Hamadi juga meletakkan sihir perpisahan terhadap Nur dan Adam. Benda-benda gini sememangnya wujud kannn? Siapapun kita tak akan terlepas dari dugaan dan gangguan.
Cinta Adam dan Nur kini kian pudar. Adam ke rumah Deja dan mengekspresikan penyesalan tidak mendengar kepada ibu dan kakaknya supaya tidak berkahwin dengan perempuan lorong seperti Nur.
Deja sedar bahawa Adam menyayangi Nur dan merasakan sesuatu itu tidak betul. Dia mula bertanya kan kepada ibunya rancangan Datin Orkid dengan Aisyah lantas terbongkar. Deja ke rumah Ayah Haji.
Dalam drama ini, sikap Ayah Haji Mukhsin dan Datuk Tajudin amat tenang. Contoh sikap seorang ketua keluarga yang amat baik. Dalam kekalutan permasalahan keluarga yang penuh dengan kontroversi, mereka tenang lebih diam dan menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anak serta menantu dari kejahatan luar dan kelemahan mereka sendiri. Menjaga aib sebaik-baiknya. Tanpa jemu memberi nasihat.
Namun, Adam sudahpun melafazkan cerai talak satu kepada Nur pada malam sebelumnya. Aisyah terdatang dan mengaku segalanya bahawa suaminya adalah munafik dan bahawa dialah punca Nur keguguran. Dia ditampar Ayahnya sendiri.
Akhir sekali, Nur pergi ke lorong lamanya dimana rumahnya dan ibunya sebenarnya telahpun dijual. Nur juga gigih mencari ibunya dan terjumpanya di kaki lima tempat dia sering sembahyang. Ibunya meninggal dunia disitu dan mengatakan Allah telah memakbulkan doanya.
Dua minggu kemudian, Nur membuka sebuah kelas mengaji percuma dilorongnya bersama Ustaz Yassin dimana Adam datang semula dan mereka kembali bahagia. Yeayyyy… Happy Ending!
Drama bersiri bertajuk ‘NUR’ yang menampilkan gandingan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Sebuah drama terbitan Radius One Sdn Bhd, hasil karya Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan bermula 14 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3.
JUDUL : NUR
JUMLAH EPISOD : 19 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal
WATAK PELAKON
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Laila Nasir sebagai Mona
Elmy Moin sebagai Marzuki
Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
Jijie Zainal sebagai Jojo
LAGU TEMA / OST
Tak Pernah Hilang – Amylea dan Kaer
Gantikan Diriku – Idayu
Kalau dulu 2018 korang dah terlepas nonton drama viral trending ni, moga tahun ni korang tak akan terlepas nonton nya. Kalau terlepas jugak sila laaa tonton Online Drama NUR Youtube TV3 Malaysia Official
Dah habis tonton NUR , pastu wajib laaa tonton kesinambugan dia lak kannn..? Lebih hebat dugaan dan cabaran hidup NUR setelah berkahwin dengan Ustaz Adam.
Baca : Full Sinopsis Drama NUR 2 TV3
Thats great news! Thank you for sharing!
I read this article! I hope you will continue to have such articles to share with everyone! thank you!
Till June, G North ward (Dharavi, Dadar and Mahim) had the highest number of Covid-19 cases. Now, the hotspots have are in Borivli, Andheri (West), Malad, and Andheri (East), which have more than 11,000 cases at present.
BMC attributes the spike to increased testing. “Cases are directly proportionate to the number of tests. So, as we aim to conduct the highest number of tests, we have ramped up testing,” said additional municipal commissioner, Suresh Kakani.
Very helpful advice in this particular post! It’s the little changes that make the largest changes. Thanks for sharing!