Setelah tamatnya Drama BUDAK TEBING 2, ending yang cukup sempurna buat kita yang menonton puashati dengan kupasan kekeluargaan, persahabatan yang utuh pasti terasa nak kan kesinambungan Budak Tebing 3 sebab rupanya si Pablo hidup lagi. Oh tidakkk…!!
Slot Lestary Tv3 seterusnya menghidangkan sebuah naskah yang cukup hebat – Drama AYAHANDA Tv3 kali ni berkonsepkan islamik. Agak jarang drama sebegini, selalunya dok drama Megah Holdings, harta 7 keturunan tak habis tapi kali ni kupasan realiti yang dekat dengan kita.
Adaptasi novel karya Azizi Haji Abdullah, yang mana pernah memenangi Anugerah S.E.A Writers Award. Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar.
Nama yang cukup senior dalam bidang ini. Peminat drama Melayu pasti akan terkesan dengan lakonan mantap dua insan hebat dalam industri tanah air iaitu Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy. Ekspresi raut rajah mereka pun dah cukup buat rasa sampai tuh kannn?
Selain tu adanya barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan dan ramai lagi.
Sinopsis Drama AYAHANDA TV3
Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud) ketika itu.
Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.
Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim).
Isteri beliau Noriah lakonan Fauziah Ahmad Daud seorang isteri yang begitu taat kepada suaminya. Dia memahami isihati Imam Abdullah yang lebih mengutamakan masjid berbanding keluarga sendiri.
Kupasan realiti konflik kekeluargaan, kasih sayang dan keegoan
Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Semampu daya Halimah cuba berusaha menjaga ibubapanya dalam susah senang meskipun dia sendiri hidup dalam serba kekurangan. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung sehingga terabai bab nafkah mereka sekeluarga.
Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Dalam pada itu, Ramli berusaha memberi yang terbaik untuk keluarganya dalam susah dan senang. Adakah pengorbanannya terbalas?
Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Ahmad yang dilanda kesepian setelah kematian isterinya seorang yang pendiam dan banyak memendam rasa. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baru untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.
Tiada yang sempurna
Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Ada suatu kejadian yang terjadi menyebabkan sekian lama Aziz berjauh hati dengan ayahnya. Keegoan Aziz membina dinding kebal antara dua beranak ini. Namun suatu kejadian juga akan menyebabkan ego Aziz cair dan menyatukan kasih sayang seorang anak dan ayahnya.
Isterinya Aziz, Mazni (Rita Nadira) seorang yang cantik tapi lebih mementingkan kesenangan diri. Mazni tak berapa selesa tinggal di kampung dan seringkali mengawal Aziz. Ala-ala Queen Control gitu si Mazni ni. mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.
Aishah (Sherry Ibrahim) seorang gadis yang bekerja di Jabatan Pertanian yang telah berjaya menawan hati Ahamd. Mampu kah cinta mereka mendapat restu dan disatukan?
Rahayu (Mimi Ernida) seorang gadis yang patah hati membawa diri kerana cintanya yang tidak direstu. Kepulangannya di kampung telah membuat ada hati yang dirindu mula berputik kembali cintanya. Apa yang terjadi sebenarnya sehinggakan Rahayu pegi dan pulang semula?
Slot Lestary TV3 ni merupakan inspirasi istimewa daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N bersiaran dengan penonton TV3 bermula 10 Julai 2021. Drama bersiri 13 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.
Drama Adaptasi Novel hebat karya Azizi Hj Abdullah
Drama bersiri ini terbitan Zeel Production Sdn. Bhd, ini diarahkan oleh Dato’ Ahmad Tamimi Siregar dengan nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan. Ia menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jaszle, Rita Nadira, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Mimi Ernida, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.
Untuk makluman, Allahyarham Azizi Hj Abdullah merupakan penulis tersohor, penerima Anugerah S.E.A Write Awards 1988, dikurnia pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang Dipertuan Agong dan Allahyarham jua merupakan penerima 7 kali Anugerah Hadiah Karya Sastera. Naskhah Allahyarham ini bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya terhadap keagamaan.
Walaupun novel ini merupakan terbitan tahun 1997, namun tema dan jalan cerita yang dipaparkan masih dekat dengan realiti kehidupan kita. Penerapan nilai-nilai moral dalam kandungan cerita ini juga boleh dijadikan rujukan oleh para penonton untuk berusaha ke arah yang lebih baik. Terbaik laaa! Ya naskah yang hebat.
JUDUL : AYAHANDA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah
PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida dan Anuar Hamizan.
WATAK PELAKON
Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Mimi Ernida sebagai Rahayu
Keras hati seorang ayah dan keegoan seorang anak
Kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah. Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya.
Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti. Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.
“Nina dah tengok video promo dan dah layan beberapa episod dah. Memang best drama ni. “
Hj. Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Hj. Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Hj. Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.
Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya?
Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah?
Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?
Drama bersiri meruntun jiwa ini juga diserikan dengan suara lagenda rock Malaysia, Dato’ Awie apabila single beliau berjudul Coretan Pilu dipilih menjadi lagi tema. . Gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar.
Terlepas episod : Tonton Online Drama Ayahanda Tv3
Baru beberapa episod jer ditayangkan. Kalau korang terlepas tonton episod yang lepas jangan risau!
Tonton Online Drama TV3 AYAHANDA www.tonton.com.my . Semua drama sangat TV3 ada kat sana jugak! Atau korang langgan Disney+ Hostar. Cuma nak pesan, pastikan korang sediakan tisu secukupnya. . .
Buat yang bergelar AYAH jadilah ayah yang terbaik selagi adanya nafas, tak rugi diturunkan ego untuk keluarga kerana tiada bahagia dalam sebuah EGO
Yang masih ada AYAH disisi hargailah mereka dan buat yang telah pergi sesama kita sedekahkan AlFatehah , semoga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmat hendaknya. Aamiinnn . . .
Rindu mau nonton film religi. Di Indonesia, produknya film nuansa keagamaan masih kurang. Meski begitu tetap berdoa semoga bisa sama seperti Malaysia.
btw, adakah layanan streaming legal nonton film ini untuk orang di luar Malaysia?
menangis tengok drama ni… selalu ibu, sekarang ayah pula.. jrg cita pasal ayah ni..
Tak sabar nak tunggu minggu akhir ni punya episod. Ikutkan tak boleh sangat tengok cerita ni sebab airmata tu bergenang jer. Ogy dengan Jalil Hamid punya pembawakkan watak memang terbaik sangat.
ya .. bagus kak Ogy dan Jalil Hamid bawakan watak mereka. Sampai sungguh!
Sedey nau. Huhuuu