Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Udang ButterMilk Chinese Food Paling Mudah Sedap
October 19, 2016September 9, 2023

Resepi Udang ButterMilk Chinese Style ini paling mudah sedap! Rekemen korang cuba

Antara masakan Chinese Style yang femes dan resepi yang selalu berada dalam carian gogole adalah  Resepi Udang ButterMilk . Resepi yang Nina kongsikan ini adalah resepi paling mudah sedap. InsyaAllah tak akan mengecewakan dan anak-anak sukakannya! Rekemen korang cuba!

Isi Kandungan hide
1 Yeayyy … Lulus! Resepi Udang ButterMilk menjadi – sedap!
2 Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap
2.1 Cara Masak Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap
3 Ppsssttt … Tips
4 Related posts:
5 Day11 TEMPE GORENG CRISPY Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
6 Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni
7 Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH
8 Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Masakan ala Chinese Style antara menu kegemaran Nina. Baru-baru ni Nina makan kat Restoran Chinese Muslim Sedap Selangor BLUE GINGER . Sedapnya alahai Chicken Buttermilk bersos dia. Ruginya hari tu ambik seketul jer. Tak puas makan.. Huhuu . . . 

Tengok!  Ya ampun.. Menyelerakan!
Puashati makan kat Blue Ginger ni, food dia semua sedap. Cukup rasa semua. Buat penggemar Chinese Muslim Food Nina rekemen korang cuba makan kat sini .

On the way balik rumah dah terbayang-bayang nak cuba masak gitu gak laa.. Tapi Nina nak gantikan ayam tuu ngan udang. Anak-anak Nina paling suka udang. Kuahnya yang tak pedas, lemak berkrim pastu wangi dek daun kari. Mmmm…. pasti anak-anak suka ni! Naluri hati seorang ibu berkata-kata selalunya tepat. Chewah… Acah Mak Enon. haha

Ok, udang dah ada bahan-bahan lain pun dah cukup. Berdebar-debar gak nak cuba. Maklumlah kiranya ini resepi ni try an error. Kalau jadi Nina kongsikan ngan korang kalau tak menjadi, senyap-senyap dok diam sudah! hahaa…

Selesai masak Nina rasa kuahnya dulu. Hurmm…. Hurmm… Mmmmm… Ok sedap!
Tak sangka menjadi dengan jayanya. Lemak berkrim di sukai ramai. Cehh… Berangan jer!
Anak-anak dan Geng belum rasa dan komen lagi. Risau gak ni…

Udang ButterMilk Chinese Food Paling Mudah Sedap

Yeayyy … Lulus! Resepi Udang ButterMilk menjadi – sedap!

Udang Masak ButterMilk ni kalau ikut selera tekak cerewet Nina dah kira lulus tapi Geng kata “Mmmm… kalau pedas lagi sikit lagi sedap!” ok noted! Nampaknya untuk Geng lain kali Nina letak cili padi hiris halus-halus banyak-banyakkkk sorok eh! tabur kat nasi dia. Baru kick pedasnya! Kannn….?? Haishh… bukan bukan..!! Syuhh syuhh… Pi jauh-jauh hasutan syaitonn nirrojim yang jahat ni. Jangan ikut tau! Nina gurau je.. Hehee

Dah dah … Usah di layan bebelan ala mak-mak nenek Nina. Kadang-kadang datang laaa mood merapu Nina ni. Ok, moh lerr tengok resepi Udang Masak ButterMilk Mudah Sedap style Nina. Korang cuba tau..! Kalau sedap kasitau tapi kalau tak sedap diam-diam sudahh… hehe.. Ehh, kalau tak sedap pepandai lah korang adjust atau senang citer tak yah masak lagi. Sedap tuu kan subjektif. Kann….?? Tapi kalau korang dan anak-anak suka carbonara, cheese cheezy gerenti laaa korang suka ButterMilk ni. Positif kan Nina? hehe 🙂

Udang ButterMilk Chinese Food Paling Mudah Sedap

Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap

Resepi : Nina Mirza
Bahan bahan
1kg Udang sederhana besar (lagi besar lagi best)
1/4 butter
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Eerkk..
4 pelepah daun kari
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang holand – tak yah gi holand tau! hehe.. Kalau tak de bawang besar pun ok
5 keping cheese – Nina guna cheesedale petak tuu jer
500 ml susu UHT atau susu cair – kalau suka kuah banyak buh laa sekotak terus. hehe
1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan air untuk memekatkan kuah.
Garam secukup rasa

Bahan perap
1 sk garam
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum

Cara Masak Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap

1- Perap udang ayam dengan bahan perap selama 20minit. Goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan kuali masukkan butter. Cukup sekadar cairkan butter. Jangan lama sangat, nanti hangus tak sedap butter tuu.. Pastu masukkan cili padi, bawang putih, bawang holand dan daun kari tumis hingga kekuninggan dan wangi.
3- Masukkan susu masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese. Kacau kuah guna whick supaya susu, cheese dan minyak sebati. Kalau guna senduk jer, minyak terasing ngan kuah. Tak best.
4- Perasakan dengan garam secukup rasa. Tak letak pun tak pe sebab kat butter tadi dah ada garam. Atau letak lah sikit. Ikut selera tekak masing-masing. Masukkan bancuhan tepung jagung ngan air tadi untuk memekatkan kuah. Terpulang kat korang kepekatan kuahnya.
5- Lepas tu masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan…

Resepi Udang Masak Butter Milk Chinese Style mudah Sedap

Ppsssttt … Tips

ppssttt >>> Pesanan khidmat masyarakat : Selain Udang korang leh ganti ngan ayam.  Sedap gak!  Dan lagi…  Bancuhan tepung jagung ngan air tuu sikit jer. Kuah jangan pekat sangat sebab nanti dah sejuk kuahnya akan lagi pekat dengan sendirinya. Sebab tuu makan panas-panas sejurus siap. Mmmm… Sedap sampai menjilat kuali jari! hehe…

 

 

Related posts:

Day11 TEMPE GORENG CRISPY Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni

Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH

Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Resepi Chinese Muslim FoodChinese StyleLauk Paukmasakan cinamenu anak-anakmenu kegemaran anak-anakresepi mudahresipi ringkasUdang buttermilkUdang Masak Buttermilk

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Ayu says:
    October 19, 2016 at 9:53 am

    Sedapnya.. Nak kna g cari udang segar neh.. Pernah mkn je, x pernah buat hihi

    Reply
  2. adda syuhada says:
    October 19, 2016 at 10:25 am

    wahhh…sedapnyer..

    Reply
  3. rozita says:
    October 19, 2016 at 11:49 am

    macam best je… biasa dengar menu ni tapi tak berani nak cuba.. tp ni menu hari minggu ni..siap perap bagai memang tak sempat la hari biasa.. hihi

    Reply
  4. Introducer account semasa may bank/cimb says:
    October 22, 2016 at 7:30 am

    Memang menyelerakan….terliur saya….

    Reply
  5. Hola Joys says:
    January 11, 2017 at 10:30 pm

    Nampak Sedap 🙂

    Reply
  6. Sherry Idid says:
    September 24, 2017 at 1:04 pm

    I’ve just tried it today & the recipe is a kick. Tq for sharing.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes