Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Mee Goreng Bodo Paling Sedap Mudah Senang
February 15, 2016February 24, 2023

Mee Goreng Bodo aje !! jadi laaa…. Erkkk, apa yang bodo?

Selamat Pagi! Sarapan apa pagi ni? Semalam Nina share Resepi Mee Goreng Bodo kat facebook Nina Azerin Binti Abd Mufti  & instagram @nina.mirza (hah…! Sapa belum add sila add follow naaa) sempat promote Hehee…!! pastu ramai juga yang dok bertanya maksud ‘Bodo’ tu.. Hehee … Ingat kan ramai sedia maklum.

Isi Kandungan hide
1 Mee Goreng Bodo ? Eerkk…
2 Oopsss…!!
3 Resepi Mee Goreng Bodo
4 Related posts:
5 Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3
6 Resipi Eat Clean | Asam Rebus Ikan Jenahak bersama Nenas
7 Salam Ramadhan buat semua ...
8 Telur Dadar Berinti

Mee Goreng Bodo ? Eerkk…

Okey, ‘Bodo’ tu maksudnya ringkas dan hanya menggunakan apa jua bahan yang sedia ada kat rumah masa tu. Kiranya tak banyak rencah dan bahan sampingan. Dan semalam, Nina sekadar masukkan rencah fish cake, fish ball, carrot dan sayur kobis sikit. Telur pun Nina tak masukkan. Itu laa sebab di panggil Mee Goreng Bodo. hehee . . . Rasanya orang Johor kot yang selalu menggunakan ayat tersebut. memandai aje Nina ni.. erkkk~

Kot lepas ni, ramai gak guna ayat tersebut so jangan laaa ingat sapa yang makan Mee Goreng tu ‘Bodoh’ lak! Naya kena pelangkung nanti. Hahaa   . . . Penat depa dok belajar tinggi-tinggi sampai ada PHD dok ingat kita kata dia Bodo lak! hihihii….

Oopsss…!!

Yelah, kot korang tak biasa ngan menu ni pastu ngada-ngada lak masa hidangkan kat suami pastu cakap “Abang, hari ni sayang masakkan  Mee Goreng Bodo” sambil gedik-gedik kannnn… Kena lak En.Suami tengah bad mood, mau cari nahas tetiba dia keluar pi lepak ngan kengkawan merajuk tak mau makan. Padan Muka! Maaf ya, bukan kisah benar! Hahhaa….

meh tengok resipi  Mee Goreng Bodo aka ringkas Nina

Resepi Mee Goreng Bodo simple

LIVE UPDATE DARI KUALI DAPUR KECIK NINA

Resepi Mee Goreng Bodo

Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – ketuk pastu dihiris
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
3 sudu besar sambal nasi Lemak
1 cawan air

rencah-rencah;
fish cake dan fish ball
sayur kobis
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …

Bahan hiasan;
Bawang goreng

Cara-cara
1- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
2- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
3- Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar hingga masak.
4- Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya hingga sebati dan kuah sedikit pekat
5- Sedia dihidangkan

Nak makan tuu, sila baca Bismillah yaa…. jangan gelojoh tak baik!
Selain Resepi mee Goreng Bodo, jangan tak tahu Nina ada jugak share Resepi Bihun Goreng Bodo tak kurang hebat jugak sedap dia. Jadi laa buat jamu keluarga atau tetamu tiba-tiba muncul bawak rezeki. Apa ada dalam fridge kita masukkan je semua bahan masakan.

Selain dari itu, menu ni pun sesuai di jadikan bekal anak sekolah. Korang boleh laa intai banyak lagi resepi mudah Bento Bekal Sekolah yang Nina dah pernah kongsikan. Semoga ianya memberi idea ilham buat mereka yang suka , enjoy masak untuk keluarga.

Related posts:

Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3

Resipi Eat Clean | Asam Rebus Ikan Jenahak bersama Nenas

Salam Ramadhan buat semua ...

Telur Dadar Berinti

Lifestyle Resepi Mee GorengMee Goreng Bodomenu minum petangMenu Ringkasresepi mudahresipiResipi cepat

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. ain says:
    February 15, 2016 at 10:46 am

    sedapnya mee goreng basah2 mcm tu panas pulak makan dengan keropok ikan pulak pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    hehe selamat pagi tuan blog

    Reply
  2. permohonan upu says:
    February 18, 2016 at 1:37 pm

    nama Bodo tu ok sikit..jangan je tambah ‘H’ kang jadi kasar pulak bunyinya.hehe

    Reply
  3. Noor Haida Zaibidin says:
    May 3, 2017 at 8:34 am

    Walaupun bodo tp nmpak sedapppp kak

    Reply
  4. العاب تلوين بنات says:
    April 10, 2020 at 1:32 am

    Thank you for your sharing! Amazing and beautiful good job. I like your ideas so much.

    Reply
  5. hj mat says:
    August 7, 2024 at 7:58 am

    mee bodo sedap… lagi sedap kalau masukkan kankong

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes