Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 24, 2019November 7, 2019

HALAL ke ubatan yang korang makan?

HALAL ke ubatan yang korang makan?

Isi Kandungan hide
1 HALAL ke ubatan yang korang makan?
2 Uphamol 650
3 Vitamin C – Flavettes Effervescent
3.1 Yakin dengan Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) sebab HALAL
4 CHAMPS Vitamin C Effervercent untuk anak-anak
5 Eye Glow
6 Ubatan Duopharma Biotech HALAL
7 Related posts:
8 Jangan tak tahu, lelaki juga prihatin akan .....
9 Tips jaga pakaian berwarna .. Nina pakai sabun basuh baju apa...?
10 Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap
11 My Simple Apple Pie

Lately sejak bulan puasa tu ari badan cepat letih, cepat demam.. Korang ada rasa yang sama tak? Tu ari Nina demam teruk, selain faktor cuaca panas,  badan kurang rehat, sejujurnya Nina sendiri tak jaga makan minum. Kurang sangat minum plain water. Huhuuu . . . Ubatan Duopharma Biotech HALAL

Macam biasa Mak Mak ni, bila demam malas nak pi  klinik. Bukan apa, bagi Nina masa menunggu yang diperuntukkan kat sana baik dok rumah banyak benda boleh siapkan. Kalau teruk sangat baru laaa mengalah,  gigih laaa pi klinik.

Nak cepat pi jer farmasi dapatkan ubat yang bersesuaian. Dah demam kannn, paracetamol kena laa makan.  Lebih cepat efektif biasanya Nina ambik Uphamol 650 pastu add on dengan Vitamin C.

Ini pilihan Nina  …

Uphamol 650

Kelegaan cepat! Memang efektif bila sakit ke, demam ke… Serasi ngan Nina.

Ubatan Duopharma Biotech HALAL

Vitamin C – Flavettes Effervescent

Korang yang kenali Nina ni agak cerewet banyak benda. Huhuuu… So hari ni ada satu perihal yang tergerak hati ni nak share ngan korang. Manalah tahu kot korang tak pernah terfikir sebelum ni ker kannn..??

Mencari yang HALAL tu wajib! Maka bab ubat-ubatan pun Nina cari yang Halal. Kita bukannya dok negara berperang, pilihan di tangan kita maka Nina ada pilihan ubatan dan supplement Nina sendiri.

Yakin dengan Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) sebab HALAL

Bab ubatan dan supplement , So far Nina beli brand Duopharma Biotech jer sebab Nina yakin dengan jenama ni. Terpampang kat kotak  adanya pensijilan HALAL dari JAKIM.  Korang ada belek-belek tak segala mak nenek yang tercatat kat kotak? Kalau Nina Yes! Spesis cerewet memang gini kot kannn…

Ahaa . . . Nampak tak? Korang hanya perlu tengok logo HALAL yang sah dari JAKIM yang ada pada kotak produk keluaran Duopharma Biotech.

Tapi rasanya ramai jer yang gini sekarang kann…?? Pengguna Islam dan bukan Islam semakin bijak dan menuntut jaminan bahawa ubat-ubatan dan suplemen kesihatan adalah berkualiti tinggi dan halal diperakui.

Korang ingat tak lagi satu ketika isu ni pernah havoc sekitar  November 2009. Masa tu hampir 30% daripada 100 produk kesihatan diuji di makmal Pusat Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana gelatin lembu yang digunakan dalam membuat kapsul produk. Ngeri beb!

Nampak tak Halal ni bukan saja pada makanan harian yang kita makan. Bukan sekadar sembelih, kebersihan semata ubat-ubatan yang kita ambik pun penting sahkan status halalnya. Macam Nina ksitau awal tadi, kita ni bukannya dok negara yang sedang darurat, pilihan ada kita yang tentukan.

CHAMPS Vitamin C Effervercent untuk anak-anak

Ubatan Duopharma Biotech HALAL

Yang ni untuk anak-anak Nina. Vitamin C ni penting gak tau! Yelah … Apa yang anak-anak makan seharian belum tentu mereka menerima zat dan nutrisi yang cukup. Vitamin C ni sebagai makanan tambahan yang berperanan mencukupi zat dan nutrisi yang kurang untuk mereka. Setuju tak?

Eye Glow

Ubat titis mata yang beri kesegaran bila mata letih dan penat.

Bagi Nina bab-bab produk farmasi dan supplement halal ni senang jer. Nina just refer produk tu distributed by who ? Yang mana produk under  Duopharma Biotech tuu Nina korang boleh tarik nafas lega seleganya sebab  Duopharma Biotech adalah organisasi yang dikenali globally dan sentiasa memastikan semua produk keluarannya halal dan proses penghasilan produk dari awal sampai akhir Duopharma Biotech mematuhi standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia  dan Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Ubatan Duopharma Biotech HALAL

Yang Nina share ni antara produk ubatan dan supplement under  Duopharma Biotech , banyak lagi korang boleh tengok dari website ni …
http://halal4pharma.com

Pepandai laaa korang mentelaahnya yaa, ‘mencari yang halal itu wajib!’

Ubatan Duopharma Biotech HALAL

Related posts:

Jangan tak tahu, lelaki juga prihatin akan .....

Tips jaga pakaian berwarna .. Nina pakai sabun basuh baju apa...?

Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap

My Simple Apple Pie

Lifestyle Parenting Review Tips Duopharma BiotechEye GlowHalal FoodInfo - IslamicInfo - kesihatanInfo - ParentingInfo - SemasaProduk HalalUphamol 650Vitamin CWajib tahu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (20)

  1. Atul Hamid says:
    July 25, 2019 at 5:54 pm

    Betul, halal mesti diutamakan. Kalau was-was lebih baik elak ambil daripada kita terus syak wasangka. Jadi, untuk lebih selamat, semak dulu sebelum membeli.

    Reply
  2. Marina says:
    July 25, 2019 at 6:32 pm

    Marina pon kalau sakit jarang sangat pegi klinik. Kalau pening atau demam telan panadol je

    Reply
  3. Fadzi Razak says:
    July 25, 2019 at 6:43 pm

    Saya jarang sangat nak bergantung pada ubat. Tapi kalau terpaksa tu, memang seboleh-bolehnya cari ubat ubat yang dah kenal dan biasa.

    Reply
  4. Muhammad Naim Abdullah says:
    July 25, 2019 at 9:09 pm

    Sangat setuju. mencari yang halal adalah WAJIB bagi umat Islam. Kalau boleh sakit , better pergi check di klinik. Kerana virus sekarang lebih bahaya. Kekadang ubatan tidak mampu.. Try Amal makanna sunnah seperti habbatus suada, madu lebah, minyak zaitun kerana banyak khasiat. hehe

    Reply
  5. Mahamahu says:
    July 26, 2019 at 12:07 am

    Betul sekarang ni bukan sahaja setakan makanan dan minuman yang perlu halal produk perubatan juga perlu kerana ia digunakan dalam tubuh badan kita. Boleh kita check kat laman yang diberikan tu bagus lah mudah dan senang sebab sekarang banyak sangat produk luar negara masuk dalam Malaysia ni tak tahu halal ker tidak belum lagi bab keselamatan…

    Reply
  6. Pamela Yeoh says:
    July 26, 2019 at 12:18 am

    no matter what makanan atau barang dibeli kena check dulu content. Kadang kadang tak tau ada apa yang bahaya kepada kesihatan

    Reply
  7. Nadia Johari says:
    July 26, 2019 at 1:20 am

    Selalu jarang tengok ubatan ni bab halal..pasni kena alert la ye..ayoyo..tak tau pulak ada ubatan tak halal..tapi selalu makan ubat doktor je..macm suplemnet anak memng makan yang dah masuk tv macm tu..hahaa

    Reply
  8. SITI AWADAH says:
    July 26, 2019 at 1:44 am

    sekarang ni produk bersepah sana sini… ubat pun sama. kat farmasi tu bila beritahu sakit apa allahu banyak betul ubat… sampaikan diri sendiri pening tak tahu nak beli yyang mana.. dan halal memang selalu diberi keutamaan tapi sayang x semua ubatan tu ada tanda halal.. sbb tu bagus sangat bila ada produk yg mcm ni….

    Reply
  9. Rawlins GLAM says:
    July 26, 2019 at 7:42 am

    Alhamdulilah semua ubatan yang Rawlins guna memang halal. Sekarang nie memang banyak ubatan yang dijual sesuka hati di pasaran kan. And Rawlins pun memang akan rujuk pada yang pakar untuk menentukan halal atau tidak.

    Reply
  10. Marshaliza says:
    July 26, 2019 at 7:51 am

    Betul sekarang semua supplemen pun marsha pastikan kena ada tanda halal baru senang hati nak consume

    Reply
  11. Atie Adnan says:
    July 26, 2019 at 8:00 am

    wow !! terima kasih nina !! saya pun sangat menitik beratkan hal ni.. memang hbis segala saya cek untuk pastikan ubat-ubatan kami sekeluarga halal dan selamat..

    Reply
  12. Wui Kathy says:
    July 26, 2019 at 1:37 pm

    Maklumat ni penting buat masyarakat. Mouse mommy blh kongsi website link ni kat pesakit jugak. Terima kasih.

    Reply
  13. Nadratul Syazwana says:
    July 27, 2019 at 7:48 am

    Serious tak pernah check pasal halal haram ubat-ubatan ni. Apa yang orang kata ubat elok memang kita beli jee. Harap lepasni Nad lebih aware nak pilih ubat. Bestnya makan Champs tu zaman kecik-kecik duluu.

    Reply
  14. TENGKUBUTANG says:
    July 29, 2019 at 9:07 am

    TB pun tak perasan bab ni.. Allah.. sebab fikir ubat belai kat farmasi ke kan.. memang otak fikir semua tu halal la kot.. tak pernah pulak belek2 .. tapi kalau suplemen ke apa beria je belek2 nya cari cop halal.. adoi

    Reply
  15. aliah says:
    July 29, 2019 at 4:39 pm

    Dekat instagram banyak sangat produk tak elok. yang katanya ada KKM, tapi sebenanya tak. Bahaya sangat. Kat farmasi watson guardian, banyak je ubat yang elok, yang ada KKM, ada halal, lagi yakin, Pentingnya ada halal dekat sesuatu produk tu.

    Reply
  16. Farahwahida says:
    July 31, 2019 at 2:03 pm

    Biasanya klu selain makanan sy mmg suka juga belek2 kandungan dan tanda halal tu. Itu pentingnya maklumat pada bungkusan/kotak

    Reply
  17. Hafiza Aizzawa says:
    July 31, 2019 at 3:04 pm

    Fiza pun akan pastikan ubat-ubatan dan supplement mempunyai pengesahan halal. Mcm mana badan nak sihat kalau bahan yang ada dlm suplement dan ubat dari sumber yg diragui. Nice sharing..

    Reply
  18. YB says:
    July 31, 2019 at 9:49 pm

    kena standby kat rumah.. yes halal no 1 kena check..

    Reply
  19. mas saari says:
    August 2, 2019 at 7:34 am

    Yes halal wajib diutamakan sebelum beli apa² produk!

    Reply
  20. Mama Kembar Tiga says:
    September 30, 2019 at 3:30 pm

    I mmg slalu standby ja Uphamol kat rumah, serasi guna tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes