EDWIN VAN DER SAR ADA DI AEON MALL! Cepat rebut peluang Meet & Greet legend MU tuh weyh.. Sapa Cepat, Dia Dapat!
Hai korang!
Nak share berita gempar + best gila + buat jantung berdegup laju ni. Haaa, especially korang yang fanatik Manchester United, tolong duduk diam-diam, tarik nafas dalam-dalam sebab ini bukan mimpi…
EDWIN VAN DER SAR datang MALAYSIA, geng!!
Yes, yang legend tu … bukan Van der entah siapa-siapa, tapi VAN DER SAR weyhhh..!!
Penjaga gol lagenda Manchester United!
Bukan calang-calang nama, ni kira abang besi tegar kat gawang gol zaman-zaman MU tengah menyengat. Haishhh… tak kan tak kenal?

Siapa dia Edwin Van Der Sar ni?
Alahai … Kalau korang baru nak kenal, meh sini duduk rapat-rapat kita story sikit.
Van Der Sar ni dulu penjaga gol kebangsaan Belanda dan bekas penjaga gol MU yang padu gila. Tinggi lampai, tangan panjang macam span, tangkap bola tak pernah drop – sebiji macam ‘human wall’. Antara penjaga gol terhebat yang pernah pakai jersi Merah MU. Main style steady, cool, tapi garang bila kena! HAhaa… Ok gurau!
Trophy? Haa jangan main-main, Champions League? Ada.
Premier League? Penuh lemari!
Nak kata dia ni abang legend, memang selayaknya. Ramai gila fans MU yang idolakan dia sampai sekarang. Haa .. Gempak kan?!
Kat mana boleh jumpa abang Edwin Van Der Sar ni?
Dalam siri AEON MALL Active Beat 3.0, dia akan turun padang (eh, turun mall ) untuk sesi Meet & Greet. Yes, korang boleh tengok depan mata, hulur tangan (kalau tak gugup), dan selfie sekeping dua. Jangan sampai korang gelabah pegang bola pun terketar dah laa.. (bikin malu orang kampong)
Jadual MEET & GREET EDWIN VAN SER SAR
1 OGOS 2025 (JUMAAT)
2:00 PM – AEON MALL BUKIT MERTAJAM
6:30 PM – AEON MALL IPOH STATION 18
2 OGOS 2025 (SABTU)
2:00 PM – AEON MALL BUKIT TINGGI
5:30 PM – AEON TAMAN MALURI
3 OGOS 2025 (AHAD)
12:00 PM – AEON MALL TEBRAU CITY
6:00 PM – AEON MALL NILAI

Macammana nak join MEET & GREET EDWIN VAN DER SAR
Amacam? Dah rasa excited nak jumpa depan-depan Edwin Van Der Sar?
Nakkk!! Tapi camne?
Senang je… Bukan kena lompat tiang gol pun
Kalau korang pemegang kad Maybank
Belanja RM200 kat mana-mana kedai dalam AEON MALL tu.
Kalau bukan pengguna Maybank
Belanjaj RM280 je. Tak banyak pun, boleh combine tiga resit, asalkan belanja pada hari yang sama.
Contohnya macam ni
Beli kopi RM15, baju RM120, alat tulis anak RM145… dah cukup syarat!
Dapat resit terus ke kaunter redemption – cepat-cepat sebab slot terhad!
Contest “SPEND & WIN” pun ada tau!
Selain jumpa abang Van Der Sar, korang boleh menang hadiah bernilai RM10,000 termasuk 41 barangan eksklusif dari Al-Ikhsan yang dah siap ditandatangani. Ha… siap tandatangan tu! Nak frame? Nak peluk masa tidur? Terpulang! HAhaa..

Cara join Contest SPEND & WIN
- Belanja RM100 kat Al-Ikhsan Sports
- Scan QR code
- Isi borang & upload resit
- Duduk, doa, dan tunggu menang!
Mudah je kann?
Korang… peluang macam ni bukan datang selalu. Legenda Manchester United, turun Malaysia depan mata, lepas tu siap boleh menang barang rare – mana nak cari?
Kalau korang jenis jerit bila tengok highlight MU, simpan kad jadual perlawanan dalam wallet, dan tahu sejarah team dari zaman Sir Alex lagi — ni masa korang bersinar! Jangan tunggu bola tu datang bergolek… korang kena rembat dulu peluang ni!
Nak tahu lebih lanjut?
Layari www.aeonmallmy.com
Jumpa korang kat AEON MALL okay?
Jangan lupa, pakai jersi MU, bawa marker pen (siap sedia tandatangan!)
dan paling penting… belanja cukup syarat!
Kalau suka info ni, share kat geng-geng bola, group WhatsApp, jiran sebelah, hatta suami yang sokong team lain pun share jugak!