Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Baby Nangis tak henti Apa itu colic
February 15, 2012April 28, 2019

Info tentang ROTAVIRUS

ROTAVIRUS

Isi Kandungan hide
1 ROTAVIRUS
2 Apakah itu jangkitan Rotavirus?
3 Apakah PUNCA yang menyebabkan jangkitan ini?
4 Bagaimana Rotavirus boleh tersebar??
5 Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
6 Related posts:
7 Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond
8 Senang jer masak Creamy Mushroom Soup Homemade
9 Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Tidak Berminyak
10 My Eilman 1st day School 😉

As’salam dan salam sejahtera buat semua …. Apa khabar? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Bagaimana dengan anak-anak anda?Harapnya sihat sejahtera. Baru-baru nie kita dihebahkan tentang penyakit berbahaya ‘Rotavirus’. Jangkitan yang semakin berleluasa telah menakutkan dan menghantui ramai kaum ibubapa yang punya anak kecil. Kerisauan, ketakutan menguasai diri ibubapa…..

Di akhbar mahupun TV heboh memperkatakan tentang virus ini. Semalam melaporkan  kat Berita Harian mangsa meningkat.  Untuk pengetahuan, Rotavirus lebih kurang Diarrhoea.

Apakah itu jangkitan Rotavirus?

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.

Apakah PUNCA yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkiti usus. Ia biasanya terdapat dalam najis kanak-kanak yang dijangkiti dan disebarkan menerusi sentuhan dengan najis yang dijangkiti.

Bagaimana Rotavirus boleh tersebar??

Apabila kanak-kanak tidak membasuh tangan mereka selepas menggunakan tandas atau sebelum makan
daripada orang dewasa yang mendapat jangkitan atau mengendalikan bayi yang dijangkiti.

Oleh kerana Rotavirus boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia dan berhari-hari pada permukaan keras dan kering.  Ia juga boleh disebarkan menerusi air dan makanan tercemar apabila kanak-kanak menyentuh objek dan permukaan tercemar, dan kemudian menyentuh mulut mereka.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
    • Loya dan Muntah berterusan
    • Cirit birit berlarutan selama 3 hingga 8hari.
    • Sakit perut
    • Demam dan selsema
    • Bau najis terlalu busuk
  • Cirit-birit boleh menjadi teruk hingga boleh menyebabkan penyahidratan. Tanda-tanda penyahidratan termasuk rasa dahaga, rengsa, lesu, mata cengkung, mulut dan lidah kering, kulit kering dan bagi bayi, lampinnya tidak basah selama beberapa jam.
Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

 
Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
    • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
    • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
    • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.

Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.

Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.
Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.
Sumber:
Vaksin Untuk Rotavirus
http://www.myhealth.gov.my/myhealth
http://www.mypositiveparenting.org/

Related posts:

Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Senang jer masak Creamy Mushroom Soup Homemade

Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Tidak Berminyak

My Eilman 1st day School 😉

Lifestyle Parenting Tips Info - kesihatanInfo - ParentingInfo - SemasaRotavirus

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes