Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tips-Pemakanan-supplement-semasa-hamil-pemakanan-perlu-ke-supplement
March 25, 2016August 9, 2022

Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??

Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Donut Oh Donut ~~~ Gebuzzzzz
3 Kat mana Nasi Lemak RM1 sebungkus? Ada lagi ke kat KL ni...??
4 Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH TV3
5 Eeeeeeee.... LIPAS SEMUT ...!! Pergi jauh-jauh ..

Perasaan tatkala mendapat berita positif  hamil sememangnya indah. Sukar di ungkapkan dengan kata-kata. Terutama sekali buat yang 1st time mengalaminya. Nina yakin 200%  bakal ibu akan sedaya upaya memberi yang terbaik untuk si manja. Antara perkara yang utama  yang dititikberatkan oleh bakal ibu semestinya faktor pemakanan. Pasti ada yang tercari-cari jenis pemakanan yang bagus ketika mengandung. Pastu lak tertanya-tanya samada perlu ke supplement tambahan semasa hamil?? Adakah ianya membahayakan kandungan? Betul tak?? Hurmm…..

Tips-semasa-hamil-pemakanan-perlu-ke-supplement

Sebenarnya soalan yang sama juga berlegar-legar dalam kotak fikiran Nina tiap kali Nina hamil.   Huh..!! Nina mengandung lagi?? aahh ….  malu sambil tutup muka! Dah nak masuk 21 minggu. Alhamdulillah… Malu nak ngaku sebenarnya sebab dah tua gini segan lak! Lagipun ini dah kali ke-6 Nina pregnant. Hehhee . . .

Meh Nina kongsikan tips pemakanan terbaik semasa hamil yang Nina amalkan sepanjang Nina mengandung. Antaranya :-

KURMA
Setiap pagi Nina akan pastikan Nina ambik beberapa biji kurma. Ikut laa samada 3 atau 7 biji sehari. Kalau malas ooopss…!! bukan – tak rajin nak makan, Nina blend kurma ngan susu kotak. Jadi lah milkshake. Sedap!! Stok Kurma memang sentiasa kat rumah Nina. MyGang sekali beli 5kg.
***Kurma kan makanan sunnah dan punya zat lengkap & penyembuh untuk tubuh badan kita. ***

AIR ZAM-ZAM
Air yang paling hebat dan tiada siapa mampu menafikannya. Setiap hari sekurangnya secawan Nina minum air Zam-Zam. Ini pesanan MyGang, Nina ikutkan aje… Jangan derhaka cakap suami,  tak baik dosa.. hehee . . . .

VITAMIN TAMBAHAN
Nina ambil Obimin. All in one. Senang..!! Sebiji aje diperlukan untuk sehari. Obimin mengandungi segala khasiat dan zat yang diperlukan untuk kesihatan ibu dan baby.

MAKANAN SEIMBANG
Yang ini bukan mudah ok! Masa trimester pertama mengandung ni laaa payah nak telan apa pun makanan. Segala yang sedap semua jadi tak sedap. Tengok apa pun tak de selera. Namun, Nina cuba sedaya upaya untuk amalkan pemakanan yang seimbang! ok, tipu! Makan ikut done aje! heheee… Tapi paling penting Nina akan cuba elakkan makanan yang manis, air berkarbonat, makanan yang ada bahan pengawet, asam-asam/jeruk, makanan segera Ok, tipu lagi…!! kadang-kadang belasah gak! Ngidam hehee… Juga elakkan Air berkafein seperti coffee,  Oopss..!! Tak mampu tipu! Bohong sunat. hehee . . . . Kalau korang nak tahu – Coffee favorite Nina, sukar dilepaskan so Nina  kurangkan sikit sukatannya. Janji ada rasa sikit jadi laaa.. hehee . . . . ***Pesanan :- Sila jangan ikut contoh tak baik dari Nina yaa***

SUSU
Hohooo . . . . Tulun tulunnn..!! Yang ini paling tak suka! Tak lalu weyyy~ Asal minum susu akan keluar semula. Rugi ooo…!! Dah laa susu tuk ibu mengandung ni mahal!! Sayangnya kalau dah minum pastu terkeluar semula. Huhuuu.. Tapi kan ….Rupanya tak semua susu ibu mengandung tak sedap. Baru-baru ni, kawan Nina perkenalkan Susu Moeder kat Nina. Lepas cuba, tak sangka susu Moeder ni sedap! Terus Nina amalkan setiap hari.  Lagipun banyak khasiat yang terkandung dalam Susu Moeder ni.SUSU MORDER IBU MENGANDUNG NAIKKAN HB MILKBOOSTER

Ini lah dia Susu Morder.

Ok, dah tercerita pasal Susu sedap ni kan, meh Nina share pengalaman best Nina sepanjang Nina minum  Susu Moeder ni. Yang baik mesti lah nak kongsi ngan korang..

HILANGYA RASA LOYA DAN MUAL
Macam Nina citer type tadi, bila minum susu aje Nina akan muntah dan mual. Tapi dengan Susu Moeder tak pula… Mungkin rasa Vanilla yang sedap tuu menghilangkan gelodak kecamuk mual Nina. Lega sangat boleh telan susu tanpa membazir!

BERTENAGA
Memang terasa perbezaan ketara dengan pengambilan Susu Moeder ni. Kalau dulu badan Nina cepat rasa letih, lesu, tak bermaya, malas. Tapi kali ni Nina cergas bertenaga menguruskan anak-anak seharian. Kadang tuu sebelum tido, lepas pekena secawan Nina masih gigih update blog sampai lewat malam.

DETOX
Masa mengandung ni, adalah perkara normal kalau proses pembuangan mengalami saat sukar. Senang citer sembelit. Sebelum ni, kalau dok kat tandas sangat lama. Entah apa di buatnya dalam tuu… erkk…. Kadang-kadang memang terasa susah untuk melepaskan sebab tu bercinta dok kat tandas. Sebenarnya ini normal sebab masa mengandung pembesaran baby dalam rahim memang akan ada effect untuk ibu. Namun, setiap pagi proses pembuangan Nina lancar tanpa sebarang masalah dengan Moeder. Suka suka…!!

MENAIKKAN HB
HB rendah paling risau! Bukan apa, bila pergi check up dan dapati keputusan darah bawah paras normal untuk ibu mengandung, nanti nurse akan bagi pil tambah darah yang warna coklat tuu. Tolong laaa…. Pil tu tak sedap! Loya nak telan… Nina alaminya masa mengandungkan Eilhan. Seksa ooo… Tapi Alhamdulillah, kali ni HB Nina cantik jer… Sebab tu Nina hanya perlu makan Obimin aje! Yeayyy ….

MILK BOOSTER
Ini memang tidak dinafikan sama sekali. Walaupun Eilhan dah berusia 2 tahun tapi susu tetap meriah..!! Terharu sangat… Patut laaa banyak testimoni yang dok war-warkan Susu Moeder sangat membantu banyakkan susu ibu. Memang tepat! Sangat recommended! Buat para ibu yang masih susukan anak dan pada masa yang sama mengandung usah risau, Susu Moeder adalah Milk Booster terbaik!

Tips dan cara nak banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Inilah Susu Moeder yang mama Eilhan minum. Rupanya Susu ni memperbanyakkan lagi penghasilan susu ibu…!! Bagus juga untuk mama dan baby dalam kandungan. Tak lama lagi, Eilhan akan jadi Abang 🙂

Ok, letih laaa, type banyak dah ni… Huhuhuu . . . . dah lenguh jari-jemari Nina. Kesian kita tau. hehee…
Gini laaa, senang citer korang terjah aje facebook page Moeder  dan IG mereka. Kat sana ada banyakkkk sangat testimoni dari mereka yang dah amalkan Susu Moeder ni. Kat page pun mereka banyak dikongsikan pelbagai Tips semasa hamil dan juga pemakanan yang baik untuk bakal ibu.

Web : www.moederhq.com
facebook page : Kelab Ibu Penyayang MOEDER
Instagram : Moeder_MilkBooster
Tel : +6010-4042769

Susu Moeder ini  bukan sahaja baik untuk Ibu mengandung dan Ibu menyusukan baby tapi sangat bagus juga untuk bakal ibu yang sedang merancang untuk hamil. Ahaaa…. Pengantin baru harus cuba!

Sebab apa tau, dalam Susu Morder ni ada pelbagai supplement dan khasiat dari  Susu kambing,  Habbatussauda, Madu, Kurma (makanan Sunnah ni – bagus!). Selain tuu ada Ekstrak Anggur, Lutein, Bird nest, Manna, Ekstrak Tomato, Bilberry, Aloe vera, Lobak merah, Brokoli, Omega 3, Betik, Stevia, Vanilla dan  Non diary creamer. Ahah….!! Banyakkan khasiatnya… Lagipun sedap!

SUSU MORDER IBU MENGANDUNG NAIKKAN HB MILKBOOSTER

Senang aje nak sediakannya. Hanya 1 scoop Moeder + secawan air suam. Kacau dan terus minum. Sedap…!! Rasa Vanilla.  Secawan pagi dan secawan malam

Fuhhh….. banyak celoteh Nina kann…?? Ok laa… Nina share perkara yang baik. Mana lah tau, kot kot ianya memberi manfaat buat yang memerlukan. Nina pun tumpang gembira 🙂

Berbalik pada persoalan samada perlu ke supplement semasa hamil, pada pendapat Nina ianya bergantung pada individu. Sebaiknya minta saranan doktor terlebih dahulu. Jangan memandai buat keputusan sendiri. Walau apapun, faktor kesihatan dan  faktor umur amat memainkan peranan penting  selain dari faktor amalan pemakanan seharian buat ibu mengandung.

Perlu di ingat, apa saja yang ibu makan akan disalurkan untuk pembesaran tumbesar baby dalam kandungan. Pilihlah yang berkhasiat,  tidak memudaratkan dan bersederhana dalam segala aspek. Itu sebaiknya. Kita hanya merancang dan Allah Yang Esa yang memberikan yang terbaik untuk kita.

Setelah beberapa bulan berlalu, pastu korang bersiap sedia untuk proses kelahiran nanti. Ianya pasti mendebarkan. Relax! Itu normal… Meh baca  Tips bersalin normal mudah . Nina doakan moga  dipermudahkan segala urusan dan semuanya selamat. Aamiin….

Untuk penjagaan dalam pantang pula, pastinya Nina akan kembali minum Harum Malam. Seperti mana Nina dah amalkan selepas kelahiran Eilhan 2 tahun lepas. Alhamdulillah, Nina sukakan rasanya yang masam manis.

Paling best, badan akan sentiasa berbau harum bak bunga ros yang sedang mekar. Cara pengambilannya pun mudah. Hanya sesudu pagi dan sesudu malam. Khasiatnya bukan sahaja badan berbau harum sehingga malam tapi bagus untuk masalah dalaman wanita. Ia juga menjaga Miss V kekal mantap!  InsyaAllah nanti Nina kongsikan lagi kebaikkan dan keistimewaan Harum Malam.

Jaga diri, Salam sayang dari Nina… 

Related posts:

Donut Oh Donut ~~~ Gebuzzzzz

Kat mana Nasi Lemak RM1 sebungkus? Ada lagi ke kat KL ni...??

Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH TV3

Eeeeeeee.... LIPAS SEMUT ...!! Pergi jauh-jauh ..

Lifestyle Parenting Review Tips atasi mula loyahamilHarum MalamJamu modenmakanan bagus untuk ibu mengandungmengandungmilk boosterMOEDERnaikkan HBsupplement ibu mengandungSupplement selepas bersalinsupplement untuk bakal ibuSusu ibu mengandungTips bersalin mudahTips pemakanan semasa hamil

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. PCL says:
    March 25, 2016 at 8:22 am

    “Malu nak ngaku sebenarnya sebab dah tua gini segan lak! Lagipun ini dah kali ke-6 Nina pregnant. Hehhee . . .” ..

    Okay, comment out of topic ~ actually saya suka tengok wanita pakai jubah or pakai baju wanita mengandung .. (sakadar suka tengok aje yer..) kagum.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 25, 2016 at 10:03 am

      PCL, Nina pregnant ke-6 tp tuk anak ke-5. Pernah gugur sekali dulu..
      Cantik ehh baju mengandung. 😉 hehee… Harus laaa belikan tuk mama D

      Reply
  2. Fieza Sani says:
    March 25, 2016 at 9:11 am

    Nina..tertarik baca psal susu ni..ingtkan utk ibu mengandung je..yg ttc pun boleh amalkan..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 25, 2016 at 10:00 am

      Fieza, banyak khasiat susu Moeder ni.. Kulit pun cantik bila di amalkan.

      Reply
  3. YB Shehan says:
    March 25, 2016 at 9:24 am

    wah.. harum malam boleh gak eh ms preg? susu tu nmpk menarik.. sy pun mmg x suka susu..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 25, 2016 at 9:59 am

      Shehan, Harum Malam tak leh ambik masa pregnant. Itu persediaan tuk Kak Nina masa berpantang lepas bersalin nanti..

      Reply
  4. Bonda Zahra says:
    March 25, 2016 at 9:25 am

    saya klu preggy pun HB selalu low.Selalu kena bising ngan nurse.Ubat tambah darah xbuleh nk mkn, bila mkn nak muntah.bau dia tu, euuuww.klu preggy lg lepas ni(ehem2), buleh try susu ni!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 25, 2016 at 10:05 am

      Bonda, ubat tambah darah tuu memang tak lalu nak telan kannn….?? Samalah kita.
      Pasni kalau preggy leh laaa try susu Moeder.

      Reply
  5. Jueliza says:
    March 25, 2016 at 3:57 pm

    wahh kali ke 6 pregnant.. muka nampak muda tak mcm ada anak 6.. hehehhe

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says:
    March 25, 2016 at 6:08 pm

    Sama laa.. Masa peknen dulu tak lalu minum susu. Kalau susu sedap camtu, senang laa skit kan nak telan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes