Tak pernah baking? Meh try buat muffin pandan .. Simple, mudah, cepat!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Muffin merupakan antara menu yang selalu Nina sediakan untuk family sebagai menu kudap-kudapan terutama buat anak-anak. Selain tuu, kot tetamu tetiba datang menjelma bertandang ke teratak kecik Nina pun Nina prefer sediakan muffin jer. Sebab muffin ni menu yang ringkas, cepat dan mudah disediakan. Alasan lain malas nak masak sebenarnya! Hahaa . .. Muffin Pandan kek paling mudah simple cepat senang buat

Lagipun muffin ni tahan lama. Kalau dok kat luar (room tempreture) simpan dalam bekas kedap udara leh tahan seminggu gitu. Pastu boleh simpan dalam fridge juga. Tapi sebelum nak makan tuu keluarkan letak atas meja dalam 15 minit dan pastu boleh lah makan. Kalau terus dari fridge, keras kejung muffin tuu..!! Tapi selalunya kat rumah Nina asal siap aje dah licin! Anak sapa lah tuu . hehe .. .

Buat yang ada oven tapi tak pernah pakai macam pandang sebelah mata jer kewujudan oven tuu meh cuba buat muffin. Daripada dok simpan atau terhias indah atas dapur ala sentuhan hiasan dalaman Eric Leong baik try buat muffin. Resepi yang sangat simple, mudah dan cepat!

Sebelum tuu meh Nina kongsikan tips dan basic buat muffin yang perlu korang tahu supaya muffin gerenti jadi! (Klik) Nanti dah pandai buat muffin boleh laa cuba buat kek plak! Pastu boleh ambik order cupcakes, cake birthday, door gift pastu boleh bukak kedai kek! Amboi …. Tetiba jadi penasihat masa depan. poyo kannn! Hahaha . . . .

Jom tengok resepi Muffin Pandan yang mudah, simple dan cepat. Zasss >>>>

Muffin Pandan kek paling mudah simple cepat senang buat

Muffin Pandan mudah

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu fresh milk
1 sudu kecil pandan paste (Nina blend 3/4 helai daun pandan bersama susu – tapis 3,4,5kali)
sedikit pewarna hijau

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Cara penyediaannya
1- Panaskan oven pada suhu 180c-190c. Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
2- Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan air pandan atau pandan paste & pewarna hijau pukul lagi, masukkan minyak plak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
3- Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi. Kacau rata guna kaedah kaup balik TIDAK lebih 20kali. Nina guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa… buat dek jerr)
4- Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Pastu kacau bulatan dalam 2kali. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
5- Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Dah siap boleh lah dihidangkan….

Muffin Pandan kek paling mudah simple cepat senang buat

 

Related Post
15 Resipi Mudah Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

Salam Ramadhan buat semua. Kebiasaanya bulan Ramadhan laa memasing mula dengan impian nak jaga makan, nak kurus kannn? Ya kurus Read more

Wahhh… Banyak nya resipi menarik di Aplikasi F&N Life. Air Soya Cincau paling mudah sedap
Resipi menarik Air Soya Cincau paling mudah sedap

Tatkala berbuka puasa, yang pertama kita biasa capai dulu dah tentu AIR kannn? Kadang tu sebelum waktu berbuka puasa, beria Read more

IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
Resipi Mudah Bekal Sekolah

Bermula nya hari ni 1 March 2021 anak-anak tahun 1 dan 2 memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2021. Tentunya anak Read more

Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
REsipi MUFFIN Paling Mudah Sedap Gerenti Jadi

Selalu nya akan jadi blank , aka buntu bila tak tahu nak masak apa untuk sarapan ataupun menu minum petang, Read more

2 Comments
  • shark
    Posted at 12:41h, 20 September Reply

    muffin tu dah ler sedap.
    tambah plak perisa pandan yang wangi
    adeh…
    bikin nk buat jer bila tgk.

  • husna zahidi
    Posted at 23:09h, 23 September Reply

    yeayyy! nak try buat lah nanti.. sedapnyaa..
    husna pesyen suka kek kecik2 comey camni dari yg besaq2 tu.. yg senang makan.. hahaha..
    pastu tak yah letak apa2 hiasan lg sedappp..:D

Post A Comment