
31 May Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …
Tu ari Nina ada share pasal menu sahur sedap cepat ringkas yang mengenyangkan kannn… Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, Nina jarang bersahur dengan menu yang berat-berat. Kalau dulu, nasi tak pernah tinggal, wajib makan… Tu pasal laa dulu montel comey. Eh! Salahkan nasik lak. Sendiri makan tak hinggat. HAhaa Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap
Tahun ni Nina try menu sahur yang cepat ringkas ala bijirin yang mengenyangkan dari S Great Grain. Memula dulu macam tak yakin ianya akan mengenyangkan, yelah … Bijirin jer kot? Boleh tahan ker perut ni berpuasa nanti?
Puasa pun bakal meninggalkan kita, dan sepanjang puasa ni Nina kerap bersahur dengan S Great Grain . Alhamdulillah … Memang tak sangka ianya berkesan! Suka laaa…!!
Meh Nina nak share kenapa Nina sukakan S Great Grain ni dan apa keistimewaannya.
Kenapa Nina pilih S Great Grain sebagai menu sahur
Rasa kenyang lebih lama berbanding bijirin biasa. Tak rasa lapar pun masa Nina ambik S Great Grain ni untuk sahur.
Dalam sepeket Surya S Great Grain ni ada lebih dari 18 jenis bijirin. Maka ianya lebih berkhasiat , mudah disediakan, cepat dan korang akan rasa kenyang lebih lama dari bijirin biasa.
Korang yang sibuk nak berdiet tu sesuai laaa minum Surya S Great Grain untuk sahur nanti. Ia mengandungi nutrien, protein yang tinggi dan sumber serat diet yang baik untuk kesihatan dan membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari!
Halal
Surya S Great Grain ni dijamin HALAL oleh JAKIM. Wajibnya kita pun mencari yang Halal iyer tak?
Kombinasi 18 jenis bijirin
Ianya mengandungi 18 jenis bijirin iatu Beras Merah, Kacang Merah , Kacang Hijau, Benih Coix, Biji Bunga Teratai, Biji Rami, Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Sekoi, Bijan Hitam, Kacang Walnut, Kernel Aprikot, Kacang Hitam, Benih Chia dan Berat Pulut. Banyak kann..??
18 jenis bijirin yang ada dalam Surya S Great Grain ni menggalakkan kesihatan system pencernaan dan dapat sekaligus membantu pengurusan berat badan cara sihat dan juga mengawal keseimbangan glukosa darah.
5 bahan istimewa
Manakala tambahan 5 jenis bahan istimewa iatu terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu ini menjadi sumber antioksidan yang baik dan dapat meningkatkan imuniti, melindungi kesihatan jantung dan juga baik untuk kesihatan kulit!
1- Buah Ara adalah sumber antioksidan vitamin A dan K yang baik untuk kesihatan. Selain antioksidan, buah ara juga mengandungi protein, vitamin B, C, dan D, zat besi, kalsium, kalium, fostur dan mineral lainnya. Ia juga merupakan makanan bergizi yang bagus untuk kanak-kanak, wanita hamil dan orang yang sakit.
2- Buah delima adalah buah yang popular dikenali sebagai sumber antioksidan yang baik. Buah delima mempunyai vitamin C, B, dan K, mahnesium, kalsium, zink, zat besi dan fosfurus dan juga serat tinggi. Kandungan lemak dan kolesterol dalam buah ini sangat sedikit oleh itu bagus untuk individu yang ingin menjaga kesihatan jantung dan mengawal berat badan.
3- Chia Seed merupakan sumber asli untuk asid lemak Omega-3, serat, antioksidan, besi dan kalsium. Dalam satu sudu besar hidangan chia seed mengandungi sebanyak 5.6g protein! Bagus kannn…
4- Habatus Sauda merupakan bahan yang penuh dengan pelbagai kebaikkan. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti Vitamin B, E, zat besi, kalsium, zink, magnesium dan juga kaya dengan antioksidan. Membantu mengelakkan sembelit, dan masalah penghadaman, menstabilkan teanan darah, menguatkan sistem badan, menggalakkan penghasilan susu ibu dan juga anti penuaan.
5- Madu merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup, seperti enzim, pelbagai vitamin dan mineral dan air dan juga pinocembrin-antioksidan yang boleh meningkatkan fungsi otak.
Nampak … Betapa banyaknya keistimewaan bahan yang ada dalam S Great Grain ni kannn..? Kandungan Multi-Bijirin yang ada dalam Surya S Great Grain ni adalah pilihan terbaik untuk sekeluarga.
Cara penyediaan Surya S Great Grain
Senang sangat! Satu sachet ni buh dalam mug pastu tuang air panas dan kacau hingga larut dan sedia di minum. Berwarna pink belacan gitu. Bukan rasa belacan . hAhaa
Sedap ke?
Nina dah rasa! Tekstur dia ala-ala smoothie lembut berkrim , rasa lak macam ais krim potong singgit kacang merah. Tak muak, tak manis , Tak de rasa bijirin sangat pun dan lepas minum memang terasa kenyang.
Kalau korang suka sejuk, letak laaa beberapa ketul ais. Tentu lagi sedapppp..!! Macam Nina memang tak gemar air sejuk maka citarasa panas pilihan Nina.
Harga Surya S Great Grain
Hanya RM39.90 ( 15 sachet)
Dan korang boleh dapatkannya di memana cawangan Watsons seluruh Malaysia.
Kot korang nak info lebih lanjut korang pi kat
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia
E-Commerce Shopee : http://bit.ly/SGGShopee
Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap
Buat yang acah-acah diet tu , try laaa bijirin Surya S Great Grain ni. Pasni Nina bersarapan dengan S Great Grain ni lak… Mana lah tahu, pasni berat badan kekal diparas BMI. Dok makan sokmo Raya nanti risau weyhhh kot badan kembang bak belon. HAHaa… Jommm sesama try kita mulakan dengan Surya S Great Grain , Bijirin Sarapan yang ringkas mudah sedap ni..
Selamat menyambut Aidilfitri dan jaga diri, jaga kesihatan!
Rawlins GLAM
Posted at 11:41h, 31 MaySince Rawlins nak teruskan makan oatmeal dan grain selepas ramadhan, Rawlins nak try gak Surya nie kelak.
Doakan mudahan keazaman untuk kurus berjaya ye.
Nina Mirza
Posted at 04:31h, 02 JuneWah…. Moga tercapai impian Rawlins hendaknya. Aamiin
Lily Shah
Posted at 13:00h, 31 MayAikk.. terkejut plak tengok harga… ingatkan mahal.. but sangat affordable! boleh consider ni!
Nina Mirza
Posted at 04:30h, 02 JuneYup harga berpatutan dan berbaloi sebab bahannya lebih banyak manfaat. Orang diet sesuai sangat
Irene
Posted at 14:00h, 31 MayWah! Nampak sedap. Cute juga dengan warna pink. Selamat berpuasa and Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Nina Mirza
Posted at 04:29h, 02 JuneYup sedap! Should try..
Mama Kembar Tiga
Posted at 14:33h, 31 MayAgaknya kalau sejukkan jadi aiskrim potong boleh tak eh? Mesti sedap kan
Nina Mirza
Posted at 04:29h, 02 JunePerghhh…. Tak terfikir lak. Tentu lagi sedap! Nak try laaaa nanti. Thanks sharing idea
naimttbc
Posted at 15:19h, 31 MayMadu dan Habbatus Sauda makanan sunnah . Ia sangat baik untuk kesihatan kita. Selamat menjalani ibadah puasa
Nina Mirza
Posted at 04:28h, 02 JuneAlhamdulillah, bahan terbaik ada kat dalam S Great Grain ni… Salam Ramadhan
Mohd Zarin
Posted at 15:20h, 31 MaySemua makanan yang tinggi serat memang bagus diambil ketika sahur sebab makan berserat tinggi bagi kita lambat lapar dan tenaga disepanjang hari kita berpuasa. Terima kasih, nanti saya cuba produk ni
Nina Mirza
Posted at 04:27h, 02 JuneSama² kembali… Kita sekadar sharing benda baik dan bagus. Manalah tahu kot perkongsian ini membantu kengkwan lain yang sesama nak try diet. Hehee
Cik puan Ena
Posted at 22:08h, 31 MayBanyak jugak ada 18jenis kandungan bahan. Semuanya banyak khasiat untuk badan. Bulan puasa ni memang kena makan benda yang memberi tenaga. Normally air bijirin bersusu saje kan. Ni perisa lain ye. Mesti sedap.
Nina Mirza
Posted at 04:25h, 02 JuneAah… Rasa dia lain dari yang lain. Should try!
Mahamahu
Posted at 00:11h, 01 JuneAir tu warna pink hehehe mesti sedap dan juga menyelerakan best lah kalau dapat boleh berdiet untuk kita ni hehehe sebab banyak bahan semulajadi kat dalam campuran ni bagus untuk dalaman….
Nina Mirza
Posted at 04:25h, 02 JuneYup, InsyaAllah bagus untuk yang sedang berdiet. Mengenyangkan so idok lerrr dok makan heavy pas ambik ni
Li Chuen
Posted at 01:47h, 01 JuneBiasanya saya x suka sangat minuman bijiran ni sebab cepat rasa muak. Tapi kandungan ini lain sikit ada buah ara dan buah delima yang produk lain x de…macam sedap je..mungkin boleh cuba lain kali..
Nina Mirza
Posted at 04:23h, 02 JuneYup, yang ni lain dari yang lain. Should try!
Hanny Abdullah
Posted at 02:17h, 01 JunePackaging nampak menarik, buat siap yg tengok mesti nak cuba. Sis pun masa bersahur ni memang dah kurang ambik nasi, memang minum susu kurma aje. Kenyang pun kenyang. Tapi boleh le cuba yang ni jugak..tukar-tukar rasa sesekali tak salah kan..:D
Nina Mirza
Posted at 04:22h, 02 JuneKannn.. Sesekali tukar selera lain lak. Pasni Nina nak jadikan amalan sarapan pagi
Eiza GreenAppleKu
Posted at 09:35h, 01 JuneMinuman bijirin buat minum ketika bersahur memang tahan sampai berbuka nanti. Eiza pun amalkan minum bijirin je. Tapi nestum je. Nanti bolehlah cuba produk ni pula sebab harga taklah mahal dan ada pelbagai manfaat.
Nina Mirza
Posted at 04:21h, 02 JuneNanti try laaa eh.. Sesekali tukar-tukar bijirin lain lak. Pelbagaikan menu harian
Bonde Zaidalifah
Posted at 09:44h, 01 JuneKak Nina nampak cantik sangat rupa inilah rahsianya! minum surya s great grain rupanya nak trylah nanti
Nina Mirza
Posted at 04:20h, 02 JuneBukan lagi rahsia. Hehee… Try laaaa bonde, sedap!
ayu rafikah
Posted at 22:01h, 01 Junekaya dengan khasiat dan mengenyangkan. memang pakej terbaik untuk kita terus amalkan gaya hidup yang sihat. suka tengok nina ..makin langsing dan cantik
Nina Mirza
Posted at 04:19h, 02 JuneFaktor usia gini kena displin diri jaga pemakanan. Kadang tu kelaut gak semua pun bedal. HAhaa…
Alahai Ayu, time langsing jer baru berani kuar rumah, time montel nyorok dok diam² . Hehee
Julia Mahir
Posted at 00:34h, 03 JuneWahh kalau ambik ni je dah boleh kenyang & tahan, boleh kurus la xyah makan nasi sahur. Senang juga utk org yg malas nak prepare macam macam ni.
Zharif Azis
Posted at 10:27h, 03 Junewahhh kombinasi 18 bijirin. semua bijirin sihat2 pulak tu. no wonderlah ianya bagus dijadikan sebagai menu untuk sahur sebab mampu membekalkan tenaga sepanjang hari. okay nk kena beli nie
AlongMurni
Posted at 01:29h, 13 JuneBestnya boleh bersahur dgn suraya s great grain… Ada pelbagai khasiat n kelebihan rupanya.. AM berminat nak mencuba juga nnti..