Sinopsis Drama SITIK TOK

Sinopsis Drama SITIK TOK TV3 Obsesi TIK TOK Full Episod Tonton ONline

TIK TOK! Trend terkini media sosial yang cukup trending. Rata-rata ramai ada account Tik Tok kannn? Sejujurnya apps Tik Tok ni banyak bagusnya , bergantung pada apa carian kita. Baik kita cari, baik lah kita dapat. Dan begitu lah sebaliknya. Setuju? Tik Tok yang hebat, ramai followers akan menjadi viral dan mampu menjaga pendapatan melalui review. Drama terbaru TV3 mengupaskan kisah suka duka gadis influencer TikTok. Jom baca Sinopsis Drama SITIK TOK ni

Dah beberapa episod dah ditayangkan, drama yang cukup santai, relax, menghiburkan. Ada beberapa scene lawak! Anak-anak pun gelakkan Siti ni. Sebab drama ni best , sesuai untuk tontonan seisi keluarga , Nina seronok nak share ngan korang kisahnya. Bukan apa, walaupun Nina tak de account Tik Tok tapi sedikit sebanyak Nina as blogger beauty, food, review ni tercubit gak laaa beberapa scene seiring dengan Nina yang suka selfie bersama produk ni. HAhaa… Tapi part menari tu memang jauh langit dan bumi ya! HEhee

Sinopsis Drama SITIK TOK

Sinopsis Drama SITIK TOK

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Siti lakonan Scha Ellinnea yang sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok. Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti. Alahai kesian Siti…

Siti tidak rasa patah hati selepas kejadian itu. Cekalnya dikau Siti ooii . . .
Malahan, Siti nekad untuk mencari peluang di Kuala Lumpur. Siti memujuk dan merayu ibunya supaya bersetuju dengan permintaannya. Akhirnya, dia dilepaskan dengan syarat dia perlu tinggal bersama sepupunya, Jaja.

Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi dia tidak sedar bahawa Jaja tidak menyukai kedatangannya. Jaja menjalankan bisnes atas talian dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video dan menyimpan stok. Teman serumah mereka iaitu, Maru pula seorang gadis yang ceria dan mempunyai bisnes ‘food truck’.

Siti didampingi oleh Chuchox, seorang artis rock kapak yang menawarkan peluang untuk bekerjasama kerana tertarik dengan kepopulariti Siti. Malahan, pasukan Jaja juga mencari Siti untuk membuat review produk tanpa pengetahuan Jaja.

Sinopsis Drama SITIK TOK

Dengan hanya ber TIK TOK mampu kah Siti mengubah kehidupannya?

Hanya berpandukan minat, Siti mula mengenali dunia media sosial yang sebenar. Siapakah gerangan Miss Rona yang menjadi pujaan dan ikutan dalam kalangan influencers? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?

Drama terbaru ‘SiTikTok’ akan datang di slot Samarinda TV3. Drama komedi arahan Joon Goh, menampilkan pelakon seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon dan ramai lagi. SiTik Tok menemui penonton mulai 22 Julai, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

JUDUL : SITIK TOK
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 22 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean, Mamu Vies
PENGARAH : Joon Goh
PRODUKSI : Wildsnapper TV
PELAKON : Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nadia Aqilah, Nelissa Nizam, Zamaera, Kahoe Hon, Acong Sweetchild, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Anuar Haji Abdul Hamid, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff, Mia Sabrina Mahadir

Sinopsis Drama SITIK TOK

Watak Pelakon Drama SITIK TOK

Scha Elinnea sebagai Siti
Nelissa Nizam sebagai Jaja
Nadia Aqilah sebagai Ms. Rona
Niezam Zaidi sebagai Shon
Zamaera sebagai Maru
Acong Sweetchild sebagai Chuchox
Kahoe Hon sebagai Xander
Dee Alhadi sebagai Mimi
Syazlin Zainal sebagai Teena
Aznie Azmi sebagai Luna
Tony Eusoff sebagai Dato Mutalib
Mia Sabrina Mahadir sebagai Nana

Tonton Online Drama SITIK TOK

Kalau korang terlepas siaran, don’t worry sebab korang masih boleh Tonton Online Drama SITIK TOK WetV Malaysia secara PERCUMA selepas satu jam tayangan. So santai-santai, relax korang click dan layannnn! Syok weyhh tonton tanpa iklan.

Related Post
Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV
Drama Checklist Mr Right Tonton ONline WETV

Nama Eyka Farhana bukan lah nama baru. Si cantik manis ni pernah trending dalam sebuah Drama BATIK ZAKIAH. Nina suka Read more

Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

Kali terakhir tonton lakonan Redza Rosli dalam Drama MISTERI NONA last year 2020. Watak psiko dia memang menjadi! Sikap penyayang Read more

Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 – Akhir
Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 - Akhir

Nama Amelia Henderson trending tahun lepas 2020 angkara penangan hebat dalam Drama PENGANTIN 1 MALAM . Bergandingan dengan Nazim Othman. Read more

MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
Sinopsis Drama MISS MATCH

Selepas drama hebat lakonan Mimi Lana dalam drama Hati Yang Tersakiti , kali ni Mimi Lana bergandingan bersama Kilafairy dalam Read more

No Comments

Post A Comment