Menara KL Tower Mini Zoo in the city

Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Cuti Sekolah hampir tiba. Ke mana korang bawak anak-anak bercuti? Buat mak pak yang dah habis cuti tahunan tuu, tak tau ke mana nak bawak anak berjalan cuti sekolah ni meh Nina cadangkan tempat jalan-jalan dekat sekitar Kuala Lumpur yang best! Mini Zoo KL Tower Tempat Best Cuti Sekolah

Mini Zoo KL Tower Best!

Menara KL Tower Mini Zoo in the city

Buat yang dah pernah jejak kaki kat KL Tower agak-agak korang ada perasan tak ada Mini Zoo kat sini. Dari pintu masuk KL Tower tepi lereng bukit belah kiri ada pintu masuk ke Mini Zoo in the City. Tempat yang seronok untuk diterokai oleh anak-anak. Mereka gerenti seronok dapat belai-belai, bagi makan burung, kambing, kura-kura giant, banyak lagi laaa dan belek-belek semua haiwan dalam ni dengan lebih dekat.

Mini Zoo In The City KL Tower

Ini antara group pertama yang sampai dulu…!!

Mini Zoo In The City KL Tower

Nak masuk sini, kanak-kanak Ribena sila ukur tinggi. Kalau 90cm ke bawah percuma!

Memula sekali nak masuk sini kanak-kanak Ribena kena ukur ketinggian. Mana yang kecik comel macam dak Eilhan ni, 90cm ke bawah masuk adalah percuma! Ada gak kelebihan orang petite 🙂

Mini Zoo In The City KL Tower

Penyambut tetamu yang mula-mula sekali kami temui. Cantik! Anak-anak sibuk nak sentuh bulu dia.. Indahnya ciptaan Illahi

Mini Zoo KL Tower best

“mama… takut bird ni yak-yak atas kepala..” Huhuu . . .

Sambil tuu mereka belajar mengenali jenis haiwan yang ada. Ala-ala rombongan sekolah lawatan sambil belajar gitu. Cuma yang lagi best, jalan ngan family. Boleh mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain. Macam-macam memek muka, gelagat yang tak pernah akan dilupakan sepanjang berada kat Mini Zoo KL Tower.

KL Tower Mini Zoo in The City

Ini Meerat namanya.. “Nape dia tak reti dok diam?” “Dia sama macam Eilhan gak.. tak tau dok diam!” Hahaa

Mini Zoo in The City KL Tower

“Ooo… Rabbit makan sayur. Kenapa rabbit ni tak makan ikan? Dia kan comel macam cat”
Eerkk… apa nak jawab ni?? hahaa

Mini Zoo in The City KL Tower Best

kat Longkang Fish memang lama..!! Leka anak-anak dok kejar ikan. Boleh tangkap ikan tapi lepas tu kena lepaskan semula. Seronok depa!

Mini Zoo In The City KL Tower

Awat termenung jer tuu..??

Mini Zoo In The City KL Tower

“makan makan…. nanti cepat besar! ” ada-ada aje celoteh dia

Oh Ya… banyak lagi gambar-gambar menarik yang sempat Nina snap sepanjang berada kat Mini Zoo KL Tower.
Korang boleh cuci mata tengok kat Facebook Album Seronoknya Anak-anak terokai Mini Zoo in The City KL Tower

Ni nak pesan, korang nanti jangan macam Nina lak! Mama nya yang terlebih teruja nak tengok haiwan ni dekat-dekat secara live. Haha . . . Memang akan leka berada kat Mini Zoo KL Tower ni. Tempatnya pun idok ler besar mana, tak penat pun nak jelajahi kembara Cuti Sekolah bersama anak-anak.

Harga Mini Zoo in The City KL Tower

Mini Zoo KL Tower

Harga amat berpatutan. Kenangan yang tak boleh di jual beli…

Mini Package RM50
1 dewasa + 1 kanak-kanak + free 1 ice cream
Family Package RM98
2 dewasa + 2 kanak-kanak + free 2 ice cream

Kalau korang sukakan yang lebih mencabar dan lebih penat, korang harus terjah kat Farm In The City. Yang tadi tu Mini Zoo, yang Farm ni lagi gempak!

Amacam best tak?
Kadang-kadang kita tak perlu bawak anak-anak jalan jauh-jauh sampai obersi hanya untuk mengisi masa Cuti Sekolah mereka. Dekat-dekat pun ok dah! Yang penting ianya akan meninggalkan kenangan terindah zaman kanak-kanak buat mereka…

Mini Zoo KL Tower Tempat Best Cuti Sekolah

Alahai… anak omak!

Mini Zoo KL Tower Tempat Best Cuti Sekolah

Ya.. Nina sarankan korang bawak anak-anak korang terokai alam semulajadi kat sini. Memang seronok, best dan penuh dengan pembelajaran secara tak langsung. Terbaik laa…!!

Related Post
FARM IN THE CITY DAH BUKA !! ANAK SERONOK WALAU DAH KALI KE-3
FARM IN THE CITY

FARM IN THE CITY dah beroperasi semula! Ya awak . . . Sejak PKP lama dah tutup dan sekarang dah Read more

Apa yang BEST di LEGOLAND Malaysia | FAMILY DAY KBBA9

LEGOLAND Malaysia Sebuah tempat Taman Tema yang femes kat Malaysia. Sejujurnya Nina belum pernah jejak masuk dalam ni apatah lagi Read more

Have Fun at KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Fun KidZania GO Quill City Mall KL

Ke mana Cuti Sekolah ? Cuti sekolah bakal bermula. Apa plan korang? Ke mana nak bawak anak-anak habiskan cuti sekolah Read more

Cuti sekolah enjoy sakan di FELDA Residence Hot Spring Sungkai Perak
Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

FELDA ! Bila korang dengar FELDA .. Mesti korang dok terfikir kan Estate! Kann…?? Nina pun sama macam korang. Alahai Read more

3 Comments
  • umminani
    Posted at 09:29h, 24 November Reply

    best bawa budak2 ke sini, anak anak bebas mcm keluar dari sangkar. sebab lebih teruja .. heheeh alahai anak omak comei aihh

  • nadia joHARI
    Posted at 02:03h, 25 November Reply

    si kecik tu enjoy habis..

  • Mama Kembar 3
    Posted at 11:17h, 25 November Reply

    Boleh bayangkan betapa happynya anak anak kat situ. Kena bawa gak lah si kembar nanti

Post A Comment