Pengalaman Hari Pertama Sekolah Tadika PASTI UMI – 8hb Februari 2021 buat Eicha. Sayang lak kalau tak coretkan simpan sini buat kenang-kenangan. Kannn..?
Kenangan ni sesuatu yang tak mempu dijual beli.
Akhirnya persoalan Eicha setiap hari terjawab.
“Mama, bila Eicha nak pegi sekolah? “
Berakhir sudah penantian yang ditunggu-tunggu sekian lama.
Excited dia..
Bangun tido senang dan bersiap dengan penuh semangat. Maklum lah pertama kali pegi sekolah. Selama ni dia dok teman Nina hantar jemput abang kakak dia sekolah. So hari ini sejarah buat dia.
Setelah sebulan lebih bertemu dan belajar online dengan Cikgu dan kengkawan dia. Harini Eicha akan rasai dan lalui sendiri dunia persekolahan sebenar.
Walau hati Mama pun sama excited, tak mampu bohong sedikit rasa bimbang tetap ada. Berbakul berjuta pesanan dok ulang ulang kat dia.
Geng yang hantar Eicha tadi. Katanya Eicha bersemangat! Tak takut, tak nangis.
Cikgu tanya nama, jelas penuh yakin dia jawab. Happy for u sayang!
Tahniah PASTI. Patuhi SOP
Alhamdulillah, pihak sekolah menitikberatkan SOP yang betul. Para ibubapa juga sama jaga SOP. Paling bagus tidak berebut bersesak semasa hantar jemput anak sekolah. Memasing beratur tunggu Q. InsyaAllah sesama kita doakan yang terbaik
Moga anak-anak dan para pendidik yang mula persekolahan hari ini dan seterusnya lindungi dari wabak Covid-19. Aamiinnnn…
“Eicha… Mama yang dah mula rindu Eicha kat rumah ni. Huhuuu”
Hadoi… Sambil type dan post gambar ni, hati ini dah mula gundah gulana tak keruan.
Nina yang dah mula rindu kat Eicha ni. Parah mama oii…
Acaner? HAhaaa
Pengalaman Hari Pertama Sekolah Tadika PASTI UMI
Episod balik sekolah
Macam-macam rasa ada masa nak jemput Eicha balik sekolah. Risau cuak seram pun ada! Risau kot dia nangis, tak suka sekolah, belum pandai sesuaikan diri dan memacam laaa ada dalam fikiran ni.
Nah.. Jemput tonton celoteh Eicha cerita hari pertama persekolahan dia. Sempat membawang lagi dia ni.. Sabar jer laaa
Ketahui TIPS seawal usia berapa daftar anak tadika , Kat mana, Kos berapa, Tadika jenis apa
“Eicha suka pegi sekolah. Best!”
Alhamdulillah… Lega! Happy for u Eicha
Semoga Eicha rajin ke sekolah, pandai belajar, pandai berdikari sesuaikan diri dan nanti dapat keputusan yang cemerlang. Aamiinnn
Rasa berbaloi-baloi daftar anak sekolah tadika 2021 di PASTI UMI ni. Yelah, sebelum dibenarkan bertemu muka, pihak sekolah sediakan kelas online yang menarik! Pihak sekolah sediakan buku, bahan untuk buat latihan dan setiap hari ada video cikgu ajar. Bagus laaa…
Yuran sekolah juga amat berpatutan! Idok ler mahal sangat sampai kena beribu masa pendaftaran. Sekolah anak yang sebelum ni ya agak mahal. Sekarang kena bijak menguruskan kewangan sebaiknya.
So untuk Eicha expectation Nina biasa-biasa jer. Janji nanti sebelum masuk darjah 1 dah tahu membaca, menulis, mengira dan berdikari sesuaikan diri. Tempoh tadika ni pandai hafal beberapa doa, surah pendek dah kira bonus laaa tu.
Kita bukannya nak anak masuk Universiti masa darjah 1 kannn?
HAhaaa .. So chill chill sudaaa. Biar lah mereka belajar sambil bermain. Janji anak happy pegi sekolah! Setuju tak?
comel je eicha. belajar rajin rajin tau. nampak happy je dia dapat ke sekolah
Hehe. Sonok tgk dia berborak ya. 1st day sekolah mestilah jd kenangan best kan. Hope dipermudahkan dan baguslah patuhi SOP. Good luck adik ❤
Comel eicha pakai baju school.
Bagusnya dia excited nak pegi sekolah. Sesetengah budak tu menangis-nangis, sampai mak ayah kena tunggu.
baguslah awal2 lagi seronok nak ke sekolah. teringat pulak kes massa adik saya beberapa tahun lalu, menangis teruk hari pertama tadika haha.
Comelnya dia seronok pergi sekolah. Bagus. Teruskan.
And memang tenang hati jika patuh SOP
Comel Eicha..
Yaa Nina, anak-anak sedara Sis pun sama, semua excited nak pi sekolah, semua barang dah beli, kesian nengok.. harap semuanya membaik dan semua anak boleh pi sekolah macam biasa..
Comel eicha semangat nak school. Semoga dipermudahkan dan dilindungi allah selalu.. Belajar rajin2 tau
bestnya anak boleh berdikari. brave sangat juga sebab tak nangis. kalau masa anak i nak pergi sekolah, mesti nangis kuat. haha
Jangan lupa ikut SOP tau dik..hehe ^^ bagusnya dia semangat nak pergi sekolah. Kesian tengok budak-budak skarang rindu nak pergi skolah tapi kebanyakan skolah masih tutup coz of PKP. Stay safe ya.
Bila dah terlalu lama duduk kat rumah, the kids pun jadi excited nak pergi sekolah kan.. hopefully everything will back to normal soon.. (Y) termasuk la kita yang kerja ni… genap setahun tak masuk office dah..
Eeeiii bestnya dapat pi school. Student pun patuh SOP. Bagus bagus. PASTI kat rumah Ruby sentiass full. Ramai student. Sekarang pandemik tak tau la camana mereka handle situation. All the best to anak akak!
eicha is sooooo cute. it is pretty eye-opening to see how our children today will grow up in a very different setting and environment, having to look after their safety by wearing masks and not being able to play the way we used to. anyway, wishing eicha all the best and hope she has fun at school! 🙂
Tahniah eicha tak menangis. Seronok ye pergi sekolah. Boleh jumpa kawan2 dan cikgu kan. Acik doakan semoga eicha berjaya di dunia dan akhirat. Aamin.
Comal la eicha. Belajar baik kat pasti. jadi anak yang solehah, belajar rajin2 banggakan ibuayah. Tahniah juga untuk ibuayah yang berjaya didik anak menjadi yang terbaik
Nampak seronok eicha dapat pergi sekolah . Lama sangat dah duduk rumah kan. Seronok giler la dapat pergi sekolah. apa apa pun Eicha kene take care tau time covid macam ni. budak budak senang kene jangkitan
Wah seronoknya dia gi sekolah. Budak3 mmg akn excited nak pergi sekolahkan. Nak jumpa cikgu dan kengkawan
Merasa gak dia dgn suasana sekolah pasti seronok dpt jupa kwn2 jika study online xdptlah nak borak2 dgn kwn2