Paku Di Hati …

PAKU DI HATI…

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kira berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Walau bagaimanapun marahnya kita terhadap sesuatu perkara itu, sebaik-baiknya kita masih lagi rasional dalam pertimbangan kita. Namun, jarang sekali kita melihat pertimbangan yang rasional lagi bijaksana lahir dari hati yang membuak-buak dengan perasaan mara. Marah itu sifatnya api, dan Syaitan yang direjam itu juga asalnya daripada api.
 Karya Sastera Sufi Agung: Syeikh Hamzah Al-Fansuri.




**** moral of the story , buat yg memaku tuuu ….. 
jangan lah memaku lagi. Tenang-tenangkan diri sentiasa …
DAN  buat yg kena dipaku tuuuu …. segera lah memaafkan sesama insan
‘tiada insan yang sempurna di dunia ini’ 








Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Petua Membersihkan Blender
Petua Membersihkan Blender

Blender adalah peralatan yang wajib ada kat semua rumah. Bermacam-macam brand ada kat pasaran. Harga nya pula dari RM50 (paling Read more

Please follow and like us:
No Comments

Post A Comment

Follow by Email
Instagram