Sinopsis Drama MISS MATCH

MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia

Selepas drama hebat lakonan Mimi Lana dalam drama Hati Yang Tersakiti , kali ni Mimi Lana bergandingan bersama Kilafairy dalam drama mini bersiri exclusive MISS MATCH. Sinopsis Drama MISS MATCH

Drama ini ditayangkan secara exclusive hanya di WeTV Malaysia. Saluran rasmi drama online yang ada di Malaysia.

Buat yang belum tahu, korang hanya perlu download jer Apps WeTV Malaysia dari play store ke smartphone dan boleh tonton secara percuma! Ada banyak drama yang best best ada kat sana.

Sinopsis Drama MISS MATCH

Melissa (Kilafairy) adalah penyampai bagi “Berdua Bersatu,” sebuah program pencarian pasangan ideal. Melissa menerima undangan untuk menjadi ahli komiti bagi acara reunion. Melissa skeptikal apabila perjumpaan tersebut bakal disertai oleh Adrea (Mimi Lana), musuhnya sewaktu di bangku sekolah. Namun begitu, dia mengambil inisiatif untuk berdamai dengan Adrea demi untuk melancarkan tugasan masing-masing.

Bimbang jika status Melissa yang masih solo dijadikan bahan jenaka, rakannya (Shad dan Iqy – Bella Dally & Atiq Azman) bertindak mencari pasangan untuknya.

Pertemuan secara tidak sengaja di antara Melissa dan Harris (Donna Muslim) secara tidak langsung menjadikan hubungan mereka menjadi akrab.

Sinopsis Drama MISS MATCH

Harris tiba untuk menjemput Melissa. Tanpa diketahui oleh Melissa, Harris merupakan bekas kekasih Adrea. Adrea yakin bahawa Melissa menjadi punca perpisahannya dengan Harris.

Sejak dari itu Melissa kembali menjadi sasaran kepada Adrea. Adrea bertindak memalukan Melissa dan mendakwa bahawa Melissa begitu terdesak sehingga sanggup mendapatkan khidmat teman lelaki upahan.

Melissa perlu memilih sama ada menyelamatkan hubungan dengan Harris ataupun menyelesaikan krisis yang tidak berkesudahan bersama Adrea.

Ahaa… Menarik kannn? Rasa nya kali ni Mimi Lana akan dikecam lagi tak seperti drama Hati Yang Tersakiti ? HAhaa..

Tajuk: Miss Match (mini siri)
Arahan: Tam Suhaimi
Lakonan: Kilafairy, Bella Dally, Mimi Lana, Donna Muslim, Emelda Rosemila, Atiq Azman dan special appearance Izara Aishah
Siaran: 25, 26 Feb dan 4, 5 Mar
Waktu Siaran: 8PM

Nah . . . Tonton trailer dia. BEST ke Best kannn? Drama mini komedi yang santai-santai sambil layan malam korang tanpa stress gitu.

https://www.facebook.com/ninamirzadotcom/posts/2885480795109123

Korang boleh laaa tonton drama mini siri exclusive ni di Drama Online WeTV Malaysia . PERCUMA jer . . Dan banyak lagi drama best best ada kat sana!

Related Post
Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV
Drama Checklist Mr Right Tonton ONline WETV

Nama Eyka Farhana bukan lah nama baru. Si cantik manis ni pernah trending dalam sebuah Drama BATIK ZAKIAH. Nina suka Read more

Sinopsis Drama SITIK TOK TV3 Obsesi TIK TOK Full Episod Tonton ONline
Sinopsis Drama SITIK TOK

TIK TOK! Trend terkini media sosial yang cukup trending. Rata-rata ramai ada account Tik Tok kannn? Sejujurnya apps Tik Tok Read more

Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

Kali terakhir tonton lakonan Redza Rosli dalam Drama MISTERI NONA last year 2020. Watak psiko dia memang menjadi! Sikap penyayang Read more

Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 – Akhir
Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 - Akhir

Nama Amelia Henderson trending tahun lepas 2020 angkara penangan hebat dalam Drama PENGANTIN 1 MALAM . Bergandingan dengan Nazim Othman. Read more

16 Comments
  • Dorsett Pink
    Posted at 13:47h, 24 February Reply

    wow!.. tak sempat nak tengok . say baca sini je la

  • Khai Artzfar
    Posted at 14:12h, 24 February Reply

    wow banyak gak nama nama besar dan best berlakon! bolehlah tengok nanti kebetulan free je hehee tq for sharing

  • Rawlins GLAM
    Posted at 15:28h, 24 February Reply

    Takod plak baca plot dia. Takod dan menarik sebenarnya. Nak ajak kengkawan layan sama la weekend nie sesambil ratah apa2 apa yang patut kan. Baru meriah.

  • bae roslan
    Posted at 20:35h, 24 February Reply

    dulu pernah buat satu program lebih kurang camni. tapi at last macam tak menjadi je.

    • Bella Jamal
      Posted at 22:03h, 24 February Reply

      Baru tau ye WeTV. Boleh tonton ni dikala tak ada keje. Layan trailer dulu

  • Ayu Rafikah
    Posted at 22:28h, 24 February Reply

    Pelakon2 dia semua best.. suka cerita komedi ringgan mcm ni.. boleh relaks kan minda

  • farah wahida
    Posted at 09:28h, 25 February Reply

    baru tau wetv. boleh la layan2 bila free nanti

  • Sis Lin
    Posted at 09:29h, 25 February Reply

    Baru tau wetv ni .. Sis dah bookmark dah kat laptop ni, nanti boleh tengok.. macam best plak baca sinopsis dia..

  • Marina
    Posted at 13:14h, 25 February Reply

    Macam best je jalan cerita dia. Bolehla layan nanti. 4 episod je ye

  • Grace Ng
    Posted at 17:45h, 25 February Reply

    omg i love a good malay drama, especially when the cast is this amazing! i think mimi lana is such a great actress!

  • Kitkat Nelfei
    Posted at 09:51h, 26 February Reply

    Alamak terlepas siaran semalam.. boleh ulang siar tak episode semalam? Kena download WeTV la macam ni.. sure best drama ni..

  • Tini
    Posted at 20:50h, 26 February Reply

    Oh, tayang kat WeTV je eh?… Tini pun memang selalu jugak layanz WeTV sebab cerita-cerita yang ditayangkan always the bomb gitu… bolehlah marathon nanti… layanz from 1 episode to another… time cuti memang ONZ… hehehehe…

  • Sunshine Kelly
    Posted at 11:17h, 28 February Reply

    Ramai yang tengah follow this mini series, last last i pun terjebak juga.

  • LampuHijau
    Posted at 00:25h, 05 March Reply

    Yang penting dua-dua cantikss

  • Nadia johari
    Posted at 01:33h, 05 March Reply

    Macam best je. Nanti nak cuba tengok..Jarang layan Wetv ni

  • Ai
    Posted at 10:44h, 08 March Reply

    Masa ni Kilafairy masih free hair.

Post A Comment