Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

FARM IN THE CITY TEMPAT MENARIK CUTI SEKOLAH
March 13, 2015June 9, 2023

FARM IN THE CITY TEMPAT BEST DAN BERBALOI bawak anak-anak jalan CUTI SEKOLAH

Cuti Sekolah di Farm In The City memang tempat yang berbaloi bawak anak-anak datang sini. Serius anak pasti suka sebab dalam ni adanya aktiviti FUN buat anak teruja enjoy! Ssyyhhh… kat sini lagi best dari Zoo sebab anak dapat pegang, main, dapat bagi makan dengan haiwan jinak dalam ni. Dah pernah datang sini? 

Isi Kandungan hide
1 Kat mana tempat BEST berbaloi bajet ciput bawak anak jalan cuti sekolah ?
2 FARM IN THE CITY
2.1 Petting Zoo haiwan jinak mesra kanak-kanak
2.2 Cuti Sekolah Best di Farm In The City
2.3 Anak seronok! Haiwan jinak. Memang BEST bawak anak jalan CUTI SEKOLAH FITC
2.4 Anak seronok! Berbaloi bawak anak jalan sini
2.5 Cuti Sekolah di Farm In The City | Anak-anak Seronok FUN!
2.5.1 Aktiviti menarik, anak enjoy FUN di Farm In The City
2.6 Cuti Sekolah BEST Farm In The City
2.7 Lokasi
2.8 Harga tiket masuk Farm In The City
2.9 Masa operasi
2.10 Kenangan terindah cuti sekolah di Farm In The City
2.11 Related posts:

Yeayyy esok cuti sekolah akan bermula!  Seminggu aje tapi walaupun seminggu je anak-anak dok meratib nak pegi jalan. Huhuu . . .  Pasti ramai ibubapa yang dok runsing lagi sakit kepala tetiba datang lah migraine bila fikir nak bawak ke mana cuti sekolah nie? Betul kan kan kannnnn….?? Kat mana lah nak bawak 4 ketul ni jalan-jalan ya? Kat mana tempat best menarik bawak anak cuti sekolah?

Kat mana tempat BEST berbaloi bajet ciput bawak anak jalan cuti sekolah ?

Kaum Ibu, mummy yang tak keje aka permaisuri rumah lagi laaa haru kat rumah. Anak-anak semua kat rumah dari pagi ke malam. Kalau anak sorang ok lagi, ala-ala peneman setia. Nie kalau berderet-deret 5-6 orang?? Gerenti banyak kali praktis vokal sampai nak pecah urat lidah dan dawai segala bagai~ *ermm… lidah ada urat eh?*Pak pak, abah, ayah, daddy, dada….. Sila lah fahami kaum ibu nie ehh

Atleast anak-anak ada gak coti sekolah, nie mama, mummy yang dok rumah nie tak dak langsung coti tahunan… Omputeh kata annual leave! MC memang tak dak laaa 
Uhuk uhukkk huwaaaa .. Huishh….!! Nangis teruk betul *konon sedey sesangat* ehheeHah!
 
 
FARM IN THE CITY TEMPAT MENARIK CUTI SEKOLAH
 

FARM IN THE CITY

Nina nak kasitau tempat paling seronok bawak anak-anak jengjalan cuti-cuti sekolah nie…Kalau pak, abah, daddy tak der coti, bos tak bagi ker….. tak per! Bawak aje jalan-jalan dekat-dekat – short trip. Yang penting anak-anak enjoy dan masa cuti mereka bermanfaat penuh dengan ilmu dan pengalaman terindah.

Pernah dengar tak FARM IN THE CITY . Dah femes tau tempat nie…. Kat TV pun dah selalu dok tayang. Cantik tempat dia…. Pernah menang Best Of Travel Award 2013. Dengan 3 tema Animal, Plants & Nature.. Menarik kan?

Petting Zoo haiwan jinak mesra kanak-kanak

Tempat ini sangat mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi. Ala-ala petting Zoo. Paling best kat sini ada macam-macam jenis haiwan ternakan yang sangat jinak.. Friendly lak tuu….. sapa yang friendly? Haiwan-haiwan tuu

Haiwan-haiwan yang manja lagi jinak dilepaskan begitu saja sesuai dengan habitat mereka. Bayangkan kita boleh pegang rusa, kambing, itik, arnab, burung dan banyakkkk lagi. Boleh belai, kasi makan, touch-touch, peluk pun boleh…. Selfie ngan haiwan nie pun boleh! Sempoi.  Tak boleh bawak balik ajer ler 

Anak-anak Nina nie tak der kampung. Nak bawak pegi Zoo sekarang dah mahal. Itupun boleh tengok dari kejauhan aje…. Baik dok rumah pasang TV channel dokumentari, Eilman layan je dokumentari. Suka dia!

Cuti Sekolah Best di Farm In The City

Dekat FARM IN THE CITY nie ada banyak aktiviti menarik. Dapat tengok secara dekat kura-kura gergasi. Besar..!! Terkejut anak-anak Nina…Siap tanya berapa berat dia? Jalan pun macam tak larat.. Dah berapa tahun umur dia?! Alamak…. Lupa nak tanya~ hehe.. Yana asyik dok belek-belek turtle tuu makan.
“Nyam nyamm, kunyah-kunyah” katanya
 

Anak-anak gerenti teruja lagi enjoy sakan dapat beramah mesra ngan haiwan kat sana. Maklum lah first time dapat pegang, mengusap dan merasai bulu rusa! Siap bagi makan lagi.. Eilman kata “Jangan takut.. jangan takut… Eilman sayang.. Eilman sayang…

Eh ehh mama… kenapa bulu rusa nie tak lembut macam cat?” Hah tuu laaa….. bukan semua yang berbulu tu lembut. Texture setiap haiwan berbula adalah berbeza. Pengetahuan tuu…
 

Anak seronok! Haiwan jinak. Memang BEST bawak anak jalan CUTI SEKOLAH FITC

Baby Eilhan teruja sungguh dapat pegang dan merasai touch touch rusa, kambing… Memula takut nak pegang, bila dok tengok abahnya belai-belai lastly dia pun layan sama… Bertuah dia! Ayam pun banyak…. Dok relax santai-santai ajer
 
FARM IN THE CITY
 
Itik yang ramah. Kuek-kuekk!! Leka dok tengok itik dalam kolam.. tenang jer
Berkawan ke sana ke mari … Sentiasa dalam kumpulan. Kuat ikatan persahabatan mereka.
Adakah kita pun sama?
 
Farm In The City
 

Anak seronok! Berbaloi bawak anak jalan sini

Selain boleh bagi makan kat haiwan, boleh pegang belai, kita juga boleh try test kecekapan tangkap ikan kat longkang tapi cantik! Bukan senang tau nak tangkap ikan-ikan comel dalam longkang nie… try laaa tengok berapa ekor uolss dapat?

Pastu jangan ngada-ngada nak buat panggang ikan bakar lak kat sana. Nehi nehi~
Lepas dah dapat tangkap **itupun kalau uolss dapat tangap** pastu kena lepaskan balik.

Cuti Sekolah di Farm In The City | Anak-anak Seronok FUN!

 
Best laaa kat FARM IN THE CITY! Macam-macam ada” – Eilman

Ada arnab, dari baby hingga lah yang paling besar gebus, kolam ikan yang penuh dengan ikan. Tabur ajer makanan…. Berebut ikan-ikan tuu kerumun. 
Makanan semua FREE. Petugas kat situ akan beri… Ada kancil yang cerdik! Eh! Dah macam tajuk buku hikayat pulak. HAhaa

Burung yang cantik dan peramah. Tak lari… boleh ajer pegang. Ada show time.. Paling best, ada anak ayam. Boleh tangkap dan pegang… comel ajer!  Ada anak penyu. Seronok yana dapat angkat. “Yang ini kecik jer,comel. Tak berat macam tadi tuu… yana nak bawak balik boleh tak?” erkk~ Pastu boleh naik pony round round keliling padang. 

 

Aktiviti menarik, anak enjoy FUN di Farm In The City

Kat sini ada sediakan café. Macam-macam menu ada… Sebaiknya pegi pagi-pagi. Tak panas. Memang tak panas pun kat sini pasal banyak pokok. Segar ajer rasa… Pastu lak, kalau pepagi haiwan-haiwan nie masih fresh! Asal bagi ajer dia makan…. Kalau dah tengahhari sikit, dia pun dah penat dan kenyang… Malas sikit nak layan pengunjung.  Haiwan pun tahu penat…

Pesanan dari panaja :: Nina laaa ya! Sila bawak air mineral. Gerenti haus dan penat. Selalunya round-round dalam nie anggaran 3jam boleh habis. Tapi kalau macam anak-anak Nina dok belek-belek tiap yang ada memang lamaaaa sangat. Berjam-jam! Tak penat lak derang… Seronok lah katakan. Bila enjoy memang tak akan rasa penat. Banyak sungguh lak tuu soalan

Cuti Sekolah BEST Farm In The City

Kesimpulannya, FARM IN THE CITY memang terbaekk~
Tempat yang sangat sesuai buat lawatan cuti-cuti sekolah anak-anak disamping memberi pendedahan dan pembelajaran tentang FARM. Tak akan jumpa kat mana-mana FARM yang mengumpulkan segala jenis haiwan ternakan dalam satu FARM.
Berbaloi-baloi. 
 

Lokasi 

betul-betul belakang Giant Seri Kembangan. Berdekatan dengan The Atmosphere, Seri Kembangan.

Harga tiket masuk Farm In The City

RM30 dewasa 
RM25 kanak-kanak/ warga emas – Berbaloi-baloi
 

Masa operasi

Masa :: 10am-6pm
Disarankan datang pagi , sila bawak air dan payung
 
Cuti Sekolah Farm In The City

Kenangan terindah cuti sekolah di Farm In The City

Sebelum balik singgah port sini ambik gambar sekeluarga. Tengok tuu Eilhan kepenatan expore sana sini. Tentu terbwa-bawa dalam mimpi dia kot. Hehee
Rekemen korang ke sini . Serius BEST!

Pegi lah dan rasai keseronokkannya yang tersendiri. Pasti ini menjadi kenangan terindah buat kita dan anak-anak.  Aktiviti di sini diterapkan ilmu sains kehidupan dan pendedahan bersama pengalaman berharga yang tak ternilai harganya buat mereka. 

Terima kasih buat #kelabbloggerbenashaari yg telah memberi kenangan terindah kami di Farm In The City!

 

Related posts:

Cantik kan bag Nina ni...? Sapa sangka rupanya ini Diapers Bag by ETHISSA
Sinopsis Drama RUMAH SITI KHADIJAH TV3
Terujanya dapat beraya teratak Che Mat Gebu. Camner orangnya?
Pengat Pisang
Lifestyle Parenting Review Travel Ceritera NinaCuti SekolahFarm in The CityFriendly ZooInfo - ParentingInfo - SemasaInfo - Tempat Best Cuti-Cuti Malaysiapetting zooReviewTempat Best Jalan-jalan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. ideascale innovation says:
    May 20, 2020 at 6:00 pm

    Cognitive and interesting trip. Children were able to see many different birds and animals. Great review. Such an exciting tour is all delighted. Thank.

    Reply
  2. spider says:
    December 8, 2022 at 11:44 pm

    Artikel yang berguna, saya menghargainya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes