Cinta itu buta @ buta kah cinta …. ???

CINTA ITU BUTA ….


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…. Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, “Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. “

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati, garu ketiak kamu” “Apa-apalah abang ni ?” tanya Yati tak faham. “Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,…….. “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini……….boleh saya jumpa dia” Amin: ???????????

tang… tang…tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa………. “

hahahaa …. !!!
Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Hadiah Hari Guru Buat Cikgu !!
Hadiah Hari Guru Buat Cikgu !!

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada Read more

Nak Citer Pun Malas . . .
Nak Citer Pun Malas  . . .

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu Read more

Salam Aidilfitri 2014
Salam Aidilfitri 2014

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera...Apa khabar teman semua? Nina doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat.Begitu juga untuk diri Nina sekeluarga. ...Eh Read more

Please follow and like us:
No Comments

Post A Comment

Follow by Email
Instagram