Bagus ke Habbatus Sauda? Manfaat Kebaikan Penawar Penyakit

Antara Aku dan Habbatus Sauda. Betul ke bagus?

Bagus ke Habatussauda Manfaat Kebaikan Penawar Penyakit

Ni laaa #habatussauda . Korang kenal tak? Biji jintan hitam asli tanpa di proses. Hurrmm… Pasti ada yang terfikir tertanya-tanya akan Bagus ke Habbatus Sauda?

Kisah Nina,
Antara aku dan Habbatus Sauda

Base on true story. Chewah… Ala ala drama adaptasi gitu bunyinya. Ini adalah kisah benar berpandukan pengalaman peribadi seorang insan bernama Nina Mirza

Sejak awal tahun ritu Nina start amalkan habatussauda jenis biji asli jintan gini. Seperti dalam gambar. Mula nya nak try yang jenis minyak yang ramai kengkawan dok promote. Dok baca kata habatussauda ni bagus untuk kesihatan terutama yang ada asthma. Teringin laaa nak cuba. Berangan saja… Berangan tu kan percuma.

Tapi…. Kita ni bukan have², yang jenis kapsul tu mahal. Risau nanti tak mampu istiqomah 🙈😁

So kebetulan awal tahun ritu, Nina jengjalan kat hypermarket bahagian rempah, nampak lak rempah Habatussauda atau nama lainnya Jintan Hitam. Saja laaa beli. Murah! Tak sampai RM5

Sejak tu setiap pagi Nina akan makan 7 biji, kunyah gitu jer dan segelas air suam.

Rasa dia?
Hurmmmm… Camner nak citer eh
Rasa rempah. Ok laaa… Idok teruk sangat pun. Boleh laaa telan.

Anak² Nina semua pun makan yang ni.
Nina kata kat derang , “sedap habatussauda ni, rasa kacang!” 🙊🙊
Derang makan kunyah kunyah. Enjoy the feeling gitu… Yeayyy berjaya! 🎉🎉

Manfaat, Kebaikan Kelebihan Habbatus Sauda?

Sejujurnya… Syukur Alhamdulillah.
Rezeki Nina. Dengan mengamalkan Habbatus Sauda 7 biji setiap pagi ternyata ianya serasi dan berkesan untuk Nina dan family.

Intro sikit eh..
Buat yang kenali Nina, asthma yang alami agak teruk juga. Paling kalah dengan batuk. Dulu tak de laa teruk sangat, entah laa lately ni makin menjadi-jadi. Faktor usia barangkali. Ayat sedapkan hati
Batuk kaluu…. Siap laaa. Memang kena pi neb kat Selayang Hospital emergency.

Baca : Asthma Ohhh .. Asthma

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Biasalah hospital gomen, datang jam 8pm, selagi tak clear lung depa tak lepaskan balik. Normal sampai pagi dok kat sana. 😁😁

Sebab dah sedia maklum proses rawatannya, selalu geng hantar jer, nanti dah selesai baru call dia jemput Nina balik. Gitu laaaa kebiasaannya.. Cukup puashati dengan rawatan dan layanan pihak Hospital Selayang. Terbaik!

Berbaloi dengan masa. Rela ai tunggu sebab apa-apa hal di luar kemungkinan, Nina dah sedia ada kat tempat yang sewajarnya. Sejauh itu Nina fikirkan sebab sendiri faham betapa serius asthma yang Nina alami ..

Tahun lepas,
Hampir setiap malam, ya setiap malam Nina akan terbangun dari tido yang lena sebab tetiba Nina akan rasa sesak nafas. Tetiba rasa tak boleh nafas. Sempit! Tarik nafas sakit. Tiap hela nafas ku bagai terhenti. Chewah.. dah macam kata pujangga lak

Seksa nya tak terluah dengan kata-kata. 😭
Takut nak kongsi rasa tu..
Inhaler wajib ada. Tekan laaa sampai 10 juta kali nanti baru rasa sikit kelegaan. Sikit jerrr 😥

Pastu bila tak tertanggung rasa sempit nak nafas tu, akhirnya Nina akan mengalah. Mintak Geng serahkan Nina kat Emergency Selayang Hospital dapatkan rawatan. Huhuuu…

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Makan ubat 6 hari, dan 💊💊 ubatan lain, asthma akan lega. Rasa satu kepuasan yang amat tau bila dapat sedut nafas dengan sempurna. Ruang dada ni cukup longgar . Lega! Tapi . . . . Kelegaan dan ketenangan.ni biasanya tak lama 😥

Silap sikit, habuk ker, terpenat ker… Batuk! Mula laaa
Tiap malam tido ku akan terjaga tiba-tiba dan mimpi ngeri menghantui semula. 😭😭 Tak suka. Takut sangat

Ok, Nina tau ada nak kata…
“Huk alohhh.. Asthma jer pun. Relax laaa.. “
Ya relax.. Hanya yang mengalaminya rasai derita asthma aje faham ngertik camner rasa dia…

Kesan Habbatus Sauda untuk Nina ?

Bagus ke Habatussauda Manfaat Kebaikan Penawar Penyakit

” Pada Habatussauda itu ada penawar / ubat bagi semua penyakit kecuali mati”  – Riwayat Al-Bukhari dalam Kitab Al-Tibb No. 5687, Riwayat Muslim No. 2215

Syukur Alhamdulillah.. Sejak Nina amalkan habatussauda awal tahun ni, Nina belum pernah lagi jejak kaki ini kat Emergency Hospital Selayang

Gembira tak terkata, derita asthma yang Nina alami seolah hilang di lautan Hindi. Entah mana dia pegi entah. Bagus!
Pegi laaa jauh-jauh selamanya. . Selain asthma, Nina juga rasa lebih sihat. Begitu juga anak-anak. Alhamdulillah… Doakan diri Nina ini dan family terus sihat yaa .. InsyaAllah Aamiin…

Penafian :
Bukan nak sekat rezeki sesapa yang jual minyak habatussauda yang dah diproses , sekadar nak kongsi kehebatan Habatussauda ini. Dan… Tak semua mampu beli yang diproses yang senang ditelan dan tak semua juga mampu kunyah yang asli jenis rempah biji² gini. 🙊😂😂

Apapun… Kita sekadar berusaha dan ikhtiar
Tak rugi mencuba dan usaha, lagi rugi andai tak berbuat apa-apa.
Selebihnya semua dari Yang Maha Esa.

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Ya ampun… Tanpa ku sedari, dah panjang berjela rupanya. Tahniah tuk korang. Nahh… Hadiah 🎁🎁
Makaseh korang sudi baca sampai habis.

Bagus ke Habbatus Sauda?

As’salamualaikum..
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin..

#NinaMirza #KBBA9 #habbatussauda

Bagus ke Habatussauda?

Related Post
Cara Masak Resepi Tips SAMBAL KENTANG IKAN BILIS RANGUP kekal lama!
Cara Masak Resepi Tips SAMBAL KENTANG IKAN BILIS RANGUP lamaasak Resepi Tips SAMBAL KENTANG IKAN BILIS RANGUP lama

Sambal merupakan antara menu pembuka selera yang wajib ada kannn? Tak kisah laa sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, sambal Read more

APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
Minyak Masak KIJANG GOLD Berkualiti Tinggi HALAL

PRODUK MUSLIM HARGA YAHUDI?  Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Read more

Trauma.. Apa nak buat Tong Gas Bocor!
Apa nak buat Tong Gas Bocor

Day 19 #MenuBukaPuasa . NASI LEMAK SEMPOI sama Ikan Goreng Garing. Menu yang ringkas, mudah dan cepat disediakan. Menu Nasi Read more

TIPS Resipi Donut Gebu Lembut sampai besok! Bahan rahsia wajib ada . . .
TIPS Resipi Donut Gebu Lembut sampai esok

Lama dulu Nina suka pakai Resipi Donut Lembut Gebu Mudah ni sebab hasil nya memang meletop! Gebus dan paling best Read more

6 Comments
  • JMR
    Posted at 10:24h, 10 April Reply

    makanan sunnah, konfem banyak khasiat kepada diri kan.

  • Pingback:Apa itu SUMAC Penawar Covid19 betul ke bagus untuk kesihatan
    Posted at 01:59h, 01 June Reply

    […] Baca : HABBATUS SAUDA Penawar Penyakit? Baca Khasiat Manfaat dan Kelebihan Kebaikannya […]

  • Nor Adzimah subirin
    Posted at 21:26h, 18 August Reply

    MasyaAllah berkhasiatnya habatussauda.. dulu guru kelas saya hari2 akn beri kami 7 biji habbatus sauda sebelum mula kelas.. tabarakallah buat guru saya

    Sis, saya copy gambar ye.. cantik sgt.. minta izin ye

  • Karan Thakur
    Posted at 17:52h, 06 May Reply

    Thanks for sharing this post is an excellent article.

  • karan negi
    Posted at 15:14h, 22 June Reply

    Readers are always admiring informational blogs, and this is truly one of them. You did a great job.<

  • tabir
    Posted at 16:29h, 22 June Reply

    Thanks for sharing this piece of information. I really enjoyed it. keep up the good work and all the very best of luck!<

Post A Comment