Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 15, 2019June 2, 2019

Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan meriah!

Alhamdulillah … Ramadhan tahun ni Nina berpeluang bawak seisi keluarga Nina berbuka puasa Buffet Ramadhan kat luar dan bersama family kengkawan gak.  Tempat special cantik di tengah bandar ibukota yang happening. Meriah! Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB Hotel KL BEST

Isi Kandungan hide
1 Apa yang menarik di Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB On The Park KL
1.1 Berkonsepkan stall Bazar Perdana Ramadhan – meriah!
2 188 menu pelbagai hidangan
3 Menu masakan tradisional Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan
4 Sajian Menu Tradisional
5 Kambing golek buat diet ku yang tergolek
6 Dessert
6.1 Stall ABC meriah nau topping nya. Anak-anak dok berulang ABC gak! HAhaa..
7 Buah-buahan
7.1 Restoran PNB Perdana On The Park KL – HALAL dari JAKIM
7.2 Surau
7.3 Parking basement atau naik Putra LRT lagi mudah
8 Harga Buffet Ramadan PNB Perdana On The Park.
8.1 Restoran 10 Binjai RM98.00 nett untuk dewasa RM59.00 nett untuk kanak-kanak (umur 7-12 tahun)
8.2 Restoran 39 RM135.00 nett (dewasa)
8.3 Untuk tempahan Tel: 03-7490 3939
9 Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB Hotel KL BEST!
10 Related posts:
11 Cara Masak Resipi Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah
12 Sinopsis BUKAN CINTA AKU TV3 AKASIA
13 Shampoo SAFI Shayla BEST..!! Selamat tinggal rambut kepam
14 Minum petang ringkas - cucur crab meat.

Bazar Perdana – itu lah tema Buffet Ramadhan di Restoran 10 Binjai PNB Hotel tahun ni. Sebab PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur nak menampilkan kelainan untuk berbuka puasa dengan membawa suasana meriah bazar.

Bukan selalu dapat belanja family, maklumlah kita kannn surirumah aje, tapi bila sesekali dapat reward family satu kepuasan buat Nina. Korang pun rasa yang sama kannn? Nak lagi ada bersama kengkawan, ala gathering gitu.. Seronok!

Apa yang menarik di Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB On The Park KL 

Berkonsepkan stall Bazar Perdana Ramadhan – meriah!

Tatkala sampai sini, kat luar aje dah nampak punya lah banyak pilihan air. Masuk dalam bahagian outdoor ada beberapa stall style bazar Ramadhan. Memang meriah! Ada stall murtabak, roti jala,  roti John, aneka mee, ice goyang, apam balik, kambing golek, grilled, rojak , pasembor, satay, goreng-goreng panas – pisang goreng, keledek, ubi dan  kuali besar Kuey Teow Goreng! Banyakkk kann?

188 menu pelbagai hidangan

Paling WIN  air dia laa… punya lah banyak pilihan. Tengok laaa sendiri. Ada 18 jenis antaranya  ada air Tebu, Lemon, Air mata Kucing, Soya, Keladi, Sirap dan banyak lagi!

Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB Hotel KL BEST

Lagi best  ada stall teh tarik. Staff nya siap berkain pelekat dan bersongkok. Tinggi beb dia tarik. Buih banyakkk! Berulang-ulang dok pekena Teh Tarik kawwww dia! Kedai mamak pun kalah weyhh… HAhaa

Menu masakan tradisional Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan

Untuk buffet Ramadhan kali ni, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan. Rambang mata nak pilih yang mana dulu.

Diantara signature dish yang disajikan termasuklah Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese.

Sajian Menu Tradisional

Menu paling terangkat kat sini jatuh kepada Rendang Paru. Perghhh…. Sedap beb! Segala yang Nina makan, Nina match kan ngan Rendang paru dia. Serius tak sangka sedap. Tak de bau  paru dan rempah rendangnya  punya sedap rasa nak tapau bawak balik. Hehee…

Nasi Beriani Gam terajak sedap. Nasi nya memang uummphhh! Lembut sedap terasa rempah nya. Anak Nina no 5 Eicha suka sangat. Dia dok makan nasi gitu aje. Suka mama tengok ! Nina pekena nasi beriani  dan Roti Jala dengan Rendang paru  yang sedap tuu. Asyikkkk..!!

Kambing golek buat diet ku yang tergolek

Tak tahu nak kata apa, kambing golek dia kat sini terbaik! Nina suka … Memang kena laa dengan sos black pepper dia. Last year pun Nina dok ngadap ni aje. Dan tahun ni menu kambing golek menepati selera Nina sekeluarga.

Menu grilled pun best. Seafood segar! Jangan tanya berapa kali kami ulang ambik. HAhaa…

Meh Nina belanja lagi menu-menu menarik yang ada kat sini. Nak kasitau ni, satay kat sini sedap! Dagingnya lembut, moist. Selain tu Roti John pun dah ala bazar Ramadhan.Lauk pauk pun tak kurang menyengat selera. Rasa nak tambah nasik aje. Huhuuu

Dessert

Dessert usah cakap laaa… Banyak! Tinggal korang mampu ker tidak aje nak ambik. Macam-macam ada! Dari kueh mueh tradisional, bubur, apam balik, buah-buahan banyakkk lagi!

Stall ABC meriah nau topping nya. Anak-anak dok berulang ABC gak! HAhaa..

Buah-buahan

Tabik spring tuk Chef yang deko kaunter buah ni. Cantik! Buah-buahan pun segar. Pilihan pelbagai..  Rambutan ada, mata kucing ada, duku langsat ada, buah-buahan lain pun ada… Anak-anak dok ulang ambik rambutan. Maklumlah orang tak de kampong

Restoran PNB Perdana On The Park KL –  HALAL dari JAKIM

PNB Perdana On The Park antara Hotel  Restoran di Kuala Lumpur ni yang menerima pensijilan HALAL sepenuhnya dari JAKIM sejak 2007.  Hotel yang konsep patuh syariah sebegini lebih menyakinkan kita kann…?? Terbaik laaaa PNB Perdana KL

Surau

Kemudahan surau yang disediakan oleh PNB Perdana On The Park di tingkat 5 memudahkan korang menunaikan solat maghrib tatkala berbuka puasa kat sini. Nak teruskan solat terawih pun boleh. Senang kann…?

Parking basement atau naik Putra LRT lagi  mudah

Korang yang datang bawak kereta ada basement parking disediakan.  Atau  korang  naik public  transport  lagi senang. Last year Nina naik LRT Putra dari Gombak dan turun kat Stesen Ampang Park. Jalan kaki dekat jer… Tak yah risau, tak lencun pun baju dek peloh korang.  Rasanya tak sampai pun  100m jarak jalan kaki. Nak lagi senang sila naik grab car.

Harga Buffet Ramadan PNB Perdana On The Park.

Restoran 10 Binjai 
RM98.00 nett untuk dewasa
RM59.00 nett untuk kanak-kanak (umur 7-12 tahun)
Restoran 39 
RM135.00 nett (dewasa)
Untuk tempahan
Tel: 03-7490 3939

10 Binjai PNB Buffet Ramadhan KL

Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB Hotel KL BEST!

Kalau korang mencari lokasi buffet Ramadhan yang sesuai untuk seisi keluarga, kot nak buat reunion sekolah ker, jiran tetangga ke,  gathering family ke kat sini memang sesuai!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh laaa layari
Website: www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook: https://www.facebook.com/pnbperdanakl/
Instagram: https://www.instagram.com/pnbperdanakl/

Salam Ramadhan …!!

Related posts:

Cara Masak Resipi Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah

Sinopsis BUKAN CINTA AKU TV3 AKASIA

Shampoo SAFI Shayla BEST..!! Selamat tinggal rambut kepam

Minum petang ringkas - cucur crab meat.

Lifestyle Review 10 Binjai Restaurant PNBBazar Perdanabuffet hotelBuffet Ramadhan 2019Buffet Ramadhan KLBuffet sedap KLmakan best KLPNB Perdana On The Park

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes