Apa itu Slipped Disc ? Bahaya ke…

Korang pernah dengar pasal slipped disc?
Korang tau tak apa itu Slipped Disc? Bukan sejenis selipar mahupun CD disc yang kumpulan 4U2C pakai kat leher tu eh..?

Slipped disc tu sakit  dekat tulang belakang ya?

Secara kasar amnya fahaman orang biasa-biasa macam kita, slipped disc sakit belakang yang amat sangat. Sakit sampai tak leh bangun, mencucuk dan sakit sangat laaaa…

 

Ok, sejujurnya entri ni sekadar perkongsian dari seorang Doktor yang sangat humble dan suka berkongsi ilmu kat media social. Maka Nina ambik peluang ni panjangkan lagi perkongsian ilmiah beliau buat yang memerlukan. Saya nak tumpang sikit amal jariah Doktor 🙈🙈

Di ingatkan lagi…. Nina bukan doktor eh. Kalau korang ada pertanyaan korang boleh terus ke link bawah dan komen kat laman media social Doktor Khairul Faizie eh…

Ini perkongsian beliau

Apa itu Slipped Disc Bahaya ke

Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”

Dia jawab ” Masalah tidur ( sleep) ke doktor?”

Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.
Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).

Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.

Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak.

Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.

PUNCA SLIPPED DISC

Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan dan mula bengkak / koyak annulus fibrosus.

Slipped Disc Degeneration

Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut.. so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat.. Dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

PUNCA SLIPPED DISC

Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:

– Trauma / jatuh / accident

– Obesiti — berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc

– Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok

– Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan( yg akan support tulang belakang)

– Selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN SLIPPED DISC

Tak semua Slipped disc perlu pembedahan,
Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.

Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).

Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.

Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail…
Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.

Rawatan altenatif

Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.

Moga perkongsian ini memberi manfaat buat yang memerlukan.

Credit to : Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar
Untuk baca Q&A antara followers dan  Doktor  berkenaan tajuk ni click : Apa itu slipped disc ? Bahaya ke

Related Post
Ooo… Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Pernah viral satu ketika tu ari pasal non stick pan ni bahaya. Nina tak mo komen lebih sebab nina faham Read more

Bahaya ke BUASIR ? Punca dan Rawatan
BUASIR Bahaya Punca Rawatan

" Saya makan pedas, tu pasal dapat buasir" Bahaya Buasir Punca Rawatan  " Lepas makan mee ramen pedas, saya berak Read more

Asthma ohhh asthma
Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Semenjak dua menjak ni entah kenapa kesihatan agak merundum. Cepat penat, mudah sakit kepala, migrain bila cuaca panas sangat dan Read more

Perghhh…!! Hospital bertaraf hotel mewah di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital. Kuslasss seyh!

Perghhh…!! Hospital bertaraf hotel mewah di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital. Kuslasss seyh! Baru-baru ni, kawan Nina bercerita yang Read more

2 Comments
  • Nadia Johari
    Posted at 01:20h, 22 October Reply

    ooobaru tau pasal ni..nama ni pun baru dengar..kene google lagi pasal ni kalau nak tau..

  • ema
    Posted at 16:20h, 26 October Reply

    tak terbangun dan tak boleh jalan bila datang sakit slipped disc ni

Post A Comment